27 December 2008

Amukan Santa Claus



UDARA petang ini sungguh nyaman walaupun terasa sejuk sekali. Kadang-kadang bagai menusuk-nusuk ke tulang. Suhu Kota Kaherah yang mencecah 15 darjah celcius sudah cukup untuk menjadikan saya menggigil kesejukan.

Hari ni saya ingin membawa kita terbang pergi ke Los Angeles. Apa ke Amerika? Ya, tempat di mana bekas presidennya dibaling kasut dan semalam posternya pula sekali dibaling dengan habuan yang serupa di Iraq. Kisahnya begini, seorang lelaki yang berpakaian santa claus telah masuk ke sebuah rumah lantas membuat kacau bilau ketika orang sibuk menyambut sambutan Krismas. Bukan itu sahaja, tidak cukup dengan itu santa claus ini turut menembak para tetamu yang berada di majlis itu. Akhirnya, 8 orang termasuk dirinya sendiri terbunuh. Kasihan kan?

Puas si santa claus ni menembak mangsa-mangsanya, dia pun lari keluar lalu membunuh dirirnya sendiri. Mengapa ini semua berlaku? Ada yang kata, dia menjadi sedemikian kerana tertekan dek kerana masalah rumah tangga yang dihadapinya. Tapi, adakah wajar dan betul tindakan yang dilakukan oleh si santa claus ini dalam menghilangkan rasa stressnya? Tentunya tidak kan.

Namun, itulah sebenarnya rentetan cerita dan peristiwa yang berlaku apabila diri tidak dibekalkan dengan ilmu dan pegangan agama yang mencukupi di samping keadaan mental yang tidak stabil. Bagi saya, seandainya si santa claus ini bijak dalam mengawal emosi pastinya perkara seperti ini tidak akan berlaku. Saya juga yakin bahawa sekiraya lelaki yang berlagak santa claus ini seorang lelaki yang berpegang teguh dan percaya pada qada' dan qadar ALLAH yang Esa, pasti dia akan akan lebih yakin bahawa setiap apa yang diturunkan oleh ALLAH pasti ada mutiara hikmah yang perlu kita cari disebalik sesuatu permasalahan yang menimpa.

"Tidak semestinya yang kita suka malahan baik pada pandangan kita mendatangkan bahagia, dan tidak semestinya yang kita benci malahan rasanya seperti beban masalah pada kita mendatangkan derita."


Pada ketika panas yang terik, tiba-tiba ALLAH turunkan hujan. Kita pun sibuk mencari ke mana hilangnya sang mentari...rupa-rupanya pelangi nan indah yang muncul...
Continue Reading...

25 December 2008

Matangkah kita?


SELAMAT semua. Selamat maju jaya. Selamat membaca. Tergerak hati saya untuk menulis coretan ringkas ini apabila melihat keadaan vandalisme yang berlaku di negara kita. Saya kira tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku dalam negara Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan kira-kira lebih 50 tahun. Namun dilihat dari tindakan yang anak bangsa kita lakukan jelas menampakkan kita sebenarnya belum cukup matang dalam menilai dan membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

"Baru-baru ini, rumah salah seorang pemimpin masyarakat selatan tanah air habis diburukkan dengan tumpahan cat dek kerana percanggahan politik. Tak cukup dengan itu pejabatnya juga dihadiahkan dengan habuan yang serupa."

Adakah kita fikir tindakan sebegitu bijak? Matangkah kita dalam melepaskan rasa ketidakpuashatian yang menebal dan membuak-buak dalam diri dengan bertindak sedemikian?

Fikirlah dengan bijak secara rasional dan dewasa sebelum membuat sebarang tindakan. Kadang-kadang kita tak perasan yang tindakan kita itu mencerminkan betapa buruknya bangsa kita lebih-lebih lagi agama kita. Apalagi kalau perkara ini diketahui orang luar.

"Iman seseorang belum dikatakan sempurna, begitu juga dengan istiqomahnya sebelum ia mempergunakan akalnya secara sempurna." –hadith-

Continue Reading...

09 December 2008

Tiada Lagi Air Mata


SENJA
itu dia termenung. Mendongak ke langit merah. Terkenang sesuatu yang telah lama ditinggalkan. Sudah bertahun lamanya tidak pulang ke tempat itu. Wajah sang ibu jelas terbayang seolah-olah di depan mata walau dah lama tak bersua kirim berita. Entah mengapa seketika ini sering saja wajah yang semakin dimamah usia itu muncul dalam bayang dan mimpinya.

Si ibu jauh di Malaysia batuk-batuk. Termangu di anak tangga. Memendam rasa rindu yang membuak-buak terhadap anak yang dicinta.

"Mengapa jarang sekali kau mengirim khabar berita? Apa salah dan dosaku nak. Sukar sangatkah bagi kau wahai anakku untuk meghubungi ibumu ini walau sekejap cuma." Si ibu berkecil hati.


Sememangnya sejak meninggalkan kampung halaman lima tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tidak pernah walau sekali Redza pulang ke Malaysia. Bukannya wang yang menjadi persoalan tapi dek kerana kepentingan lain. Kalau telefon pun boleh dihitung dengan jari. Dia sibuk dengan urusan kuliah dan kawan-kawan selain melacong ke merata tempat di kala cuti menjelang tiba. Selama ini dia tak pernah sedar bahawa si ibu sangat merinduinya walaupun tak pernah terluah di bibir bicara. 5 tahun bukan suatu jangka masa yang singkat bagi si ibu yang ditelan usia itu di kala penhujung hayatnya. Si ibu lebih suka memendam rasa.

Petang itu Redza bertekad. Dia mahu segera pulang ke tanah air. Entah angin bayu mana yang menggerakkan hatinya untuk pulang walaupun ketika itu bukannya cuti semester. Hatinya lain macam sekali. Segala persiapan dilakukan. Namun langsung tidak diberitahu kepada orang tuanya itu.

Perjalan 10 jam di dalam pesawat sungguh lama dirasakan. Tidak sabar rasanya untuk mendakap insan tersayang yang telah lama sangat merinduinya. Saat terlelap dia sempat berjumpa dengan ibunya walau dalam khayalan mimpi.

Sampai di halaman rumah, terasa seperti adanya sesuatu. Kelihatan ramai orang lelaki bersongkok bertenggek-tenggek di beranda rumahnya. Tak kurang juga yang berborak-borak sambil rokok di hujung jari. Dari kejauhan dia sudah dapat mendengar sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Semacam kerap benar dia mendengar bait-bait kalimah tersebut. Hatinya berdegup kencang Tak semena-mena matanya mula berkaca. Degupan jantung dirasakan seperti hilang pedoman. Titik-titik peluh memenuhi dahinya. Dia melangkah anak tangga rumah dengan seribu tanda tanya. Tak mampu untuk mulut berbicara bertanya sebab. Ruang tengah rumah dipijak. Terpandang sebujur tubuh kaku dengan lengkap kain putih menutupi seluruh tubuh itu. Hatinya meraung. Mahu saja dia menjerit namun suaranya tersekat di anak tekak. Di kala itu juga dia mendengar seorang berbicara dengan suara sayu..
"Ibumu sudah tiada.."

Redza meraung sekuat hati. Air mata berjujuran. Tak mampu tertahan lagi. Yang mampu terkeluar "Maafkan adik mak!!!"

Mahukah anda mejadi sedemikian? Kisah ini pendek cuma. Mungkin ada yang beranggapan sekadar cerita kosong. Namun, tentunya anda tidak mahu perkara sedemikian berlaku ke atas anda. Mungkin anda tidak setegar Redza. Tapi kita sebagai manusia juga sebagai anak pastinya banyak melakukan dosa pada orang tua tercinta. Bagi yang punya kesempatan pulanglah menjenguk mereka di kala punya kesempatan. Bagi yang jauh pula, tak berat rasanya untuk kita sekadar mnghubungi mereka walau di hujung talian. Cukup sekadar ucapan khabar berita sudah memadai menjadi pengubat rindu mereka…

Ayam dibakar di atas sutuh,
Bukannya apa sekadar suka-suka,
Orang tua hatinya mudah tersentuh,
Jagalah senantiasa usah menderhaka
Continue Reading...
 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template