26 February 2009

Nilai Sebuah Senyuman

KALI ini saya rasa tertarik untuk membincangkan satu topik berkenaan senyuman di bibir. Saya ingin kongsikan beberapa tips untuk kita selalu tersenyum.


1) Jagalah kesihatan dengan baik. Terutamanya mulut. Kenapa saya kata begini? Kerana apabila kita senyum, yang pertama sekali nampak adalah gigi. Maka, kalau gigi kita pun dah berkarat kuning tak bergosok, sudah tentulah hilang nilai sebuah senyuman.

2)Berasa selesa ketika tersenyum. Ramai di kalangan kita yang agak kekok ketika tersenyum. Mungkin rasa janggal. Ada yang merasakan apabila mereka tersenyum mereka akan dipandang tidak matang dan tidak professional. Saya tidak setuju dengan pendapat ini. Kenapa? Sebab mereka tidak tahu sejauhmana 'power' yang ada hanya pada senyuman. Bila kita senyum pada seseorang, pasti riak balas juga yang manis.

3)Belajar untuk gembira. Macamana nak senyum selalu kalau hati tak gembira. Maka, selalulah ceria. Depanilah setiap masalah dengan selamba tapi bijaksana. Hidup ini ujian. Bukanlah dinamakan kehidupan kalau tiada cabaran.

4)Senyumlah dengan mata. Apa mata pun boleh senyum? Ya. Senyuman kita akan lebih bermakna apabila kita menggunakan semua pencaindera yang ada termasuk mata. Memang sukar untuk mendefinisikan bagaimana seyum dengan mata. Tapi, apabila kita senyum cuba-cubalah gerakkan kening kita. Barulah kita tahu, yang mata kita pun boleh turut sama tersenyum kalau kita selalu mem'practise'kannya di depan cermin.

5)Tengok cermin. Hadaplah ke muka cermin. Berlatih tersenyum semanis mungkin. Memang tidak dinafikan sesetengah orang mempunyai senyuman yang menawan dan menarik. Tetapi kualiti senyuman itu boleh ditingkatkan andainya kita mampu berlatih senyum di muka cermin kemudian praktikkannya pula apabila berhadapan dengan orang sekitar.

6)Pandanglah gambar sesiapa saja yang sedang tersenyum yang kita rasakan menarik. Cubalah tiru gaya mereka. Mana tahu senyuman kita lebih menawan dari mereka.

p/s: Saya juga kadang-kadang sukar untuk mengukir senyuman walaupun senyuman itu menampakkan kita muda selalu. Senyumlah pada tempatnya, setiap masa. Apabila kita tersenyum, dunia akan turut sama tersenyum.
Continue Reading...

22 February 2009

Jantung Masih Berdenyut

Sekadar perkongsian info mengenai 'betapa kuatnya jantung kita' ...

Saiz jantung dewasa besar sedikit daripada genggaman tangan. Beratnya pula antara 300 gram (gm) dan 400gm atau seberat satu tin minuman ringan.

Proses pengaliran darah badan manusia meliputi jantung yang bertindak sebagai pam dan sistem saluran darah yang kompleks membabitkan aorta, arteri, vena dan kapilari, iaitu saluran darah halus yang menghubungkan arteri dan vena.

Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan di kebun dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!

Jantung adalah organ yang sangat kuat dan bertenaga. Sebagai demonstrasi, ambil sebiji bola tenis dan genggam sekuat mungkin. Inilah anggaran tenaga yang digunakan oleh jantung setiap kali ia mengepam darah ke seluruh badan.

Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.

Dalam tempoh satu jam, tenaga kerja yang dihasilkan oleh jantung boleh mengangkat barang seberat hampir 1,400 kilogram setinggi 30 sentimeter. Ini seumpama berat dua kereta Perodua Kancil. Tenaga yang dijanakan jantung sepanjang hayat seseorang pula boleh mengangkat satu kapal perang besar keluar dari air.

Setiap kali berdenyut, jantung mengepam darah sebanyak 70 mililiter, di mana lebih kurang lima liter darah dipam dalam tempoh satu minit. Ini bermakna untuk tempoh satu jam pula, 300 liter darah, dan di dalam satu hari lebih kurang 7,200 liter darah dipam jantung kita.

Sepanjang hayat seorang manusia, jantung mengepam lebih daripada satu milion tong darah. Ini cukup untuk mengisi dan memenuhi kapasiti tiga kapal tangki minyak yang besar!

p/s: Manusia kadangkala lupa betapa besar pemberian yang dikurniakn oleh-NYA, walaupun pemberian itu kekadang terlalu hampir dengan kita.
Continue Reading...

20 February 2009

Dia Ku Panggil Mama

Puisi ini saya tujukan khas buat insan yang saya panggil mama.



Senja itu

Sang mentari menyusup menghilang

Kejauhan tersembunyi di balik pergunungan

Kala itu aku menangis

Saat melihat dunia

Menjadi gamit-gamitan orang


Masih segar di ingatan tika kau mengusap ubun-ubun

Dengan harapan menggunung setinggi langit

Untuk menjadi penerang hari yang gelap

Untuk berbakti padanya di hari tua nanti


Kini

Aku terbang jauh

Jauh di mata tapi dekat di hati

Meniti tangga-tangga kejayaan

Janji itu perlu aku lunaskan

Berbakti pada nya tak kira di mana jua


Ya ALLAH

Berilah aku kekuatan

Untuk menjalankan taklifan ini.


p/s: Berbakti bukan hanya pada perlakuan, tapi cukup sekadar doa andai itu yang mampu.

Continue Reading...

16 February 2009

Desiran Pasir



HARI kedua bermulanya kuliah selepas dua minggu bercuti. Seakan-akan kekok untuk menyesuaikan dengan musim baru ini.

Angin ribut pasir tiba-tiba muncul. Membawa kepulan pasir yang memedihkan mata. Pemandangan juga barangkali kabur tidak seperti biasa. Keadaan ini menjadi lumrah buat warga Kota Kaherah ini. Sudah menjadi asam garam mereka. Meneruskan kehidupan seharian, berebut dan bergegas dengan arah masing-masing. Gerak jalan mereka pantas tidak seperti orang kita.

Kadang-kadang saya terfikir, betapa beruntungnya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Anak melayu yang dapat merasa hujan dan panas. Bukannya ribut pasir walaupun tidak punya salji. Kadang-kadang panas namun tidak terlalu dingin. Tetapi tidak bagi manusia di bumi afrika ini. Mereka jarang menikmati titisan hujan dari langit walaupun dingin hingga ke tulang.

p/s: Merenung jauh. Baru saya sedar, saya patut beruntung dan bertuah kerana menjadi anak Tanah Melayu.
Continue Reading...

11 February 2009

Salahkah Mereka?


DUNIA Malaysia hari ini diprovok dengan pelbagai tujahan cabaran. Permasalahan ekonomi yang meruncing masih belum menemui kata penyelesaiannya. Kini hangat pula dengan isu politik. Sebenarnya saya memang tidak suka untuk membincangkan isu ini. Tetapi melihatkan kepada senario yang berlaku, rasa terpanggil untuk menulis sesuatu yang terbuku di hati.


Masing-masing punya pendapat yang berbeza. Kekalutan dan kekusutan yang sedang berlaku di Perak tidak boleh dipandang enteng. Manusia berbalah kerana mahukan kuasa. Sejarah telah menunjukkan manusia sanggup bergadai nyawa, harta benda, maruah semata-mata kerana kuasa. Ketaksuban yang melampau ini kadang-kadang membuatkan manusia melakukan apa saja hatta agama terbarai.

Namun, inikah contoh terbaik yang ada pada mereka yang mempunyai kuasa kelak? Kekuasaan tidak pernah menghalalkan yang haram juga sebaliknya. Apa manusia lupa bahawa siapa sebenarnya yang lebih berkuasa. Yang menciptakan mengatur gerak mereka. Manusia alpa inilah yang apabila berkuasa kelak akan hancur binasalah tamadunnya.



"Daulat tuanku"


Manusia tanpa segan silu memapar dan melaungkan kalimah ini di mana-mana. Demonstrasi jalanan tidak kurang juga. Sanggup berpanas berhujan kerana semangat cintakan manusia. Betulkah tindakan mereka? Bagi yang menentang pula bagaimana? Durhaka kah mereka? Manusia seakan lupa pada sejarah lampau. Apa mereka tidak balajar sejarah sewaktu sekolah dulu. Lupakah manusia pada kisah Tuah, Jebat dan Sultan Melaka? Mayat Tong Janggut yang digantung di depan istana sehingga 4 hari lamanya?


Manusia sememangnya lebih mudah mengikut arus yang dituju. Ikut kata ramai tanpa mahu berfikir di sebalik yang berlaku. Berfikir sebab dan hikmah mengapa sesuatu tindakan itu dilakukan walaupun pada mata kasarnya salah. Rupa-rupanya manusia memang perlu lebih banyak belajar mentafsir sebelum bertindak.


p/s: Kebijaksanaan manusia terletak sejauhmana mereka mampu melihat ke hadapan di sebalik tembok batu.
Continue Reading...
 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template