28 March 2010

'relax' dulu...




KERJA yang menimbun dan bebanan tugas yang kunjung tiba membuatkan manusia sibuk sentiasa. Seakan-akan tidak punya masa untuk berehat. Bermula dari pagi hinggalah kita memejamkan mata, masa dihabiskan dengan menyiapkan tugasan harian.

Namun, sedarkah kita bahawa berehat sebentar itu adalah lebih baik daripada terus menerus dengan kesibukan harian? Tahukah kita bahawa berehat satu minit itu lebih penting daripada satu jam kerja yang meletihkan, membosankan dan penuh paksaan?


Seorang cendekiawan barat pernah berkata: "Perkara yang paling penting dalam satu hari manusia adalah waktu rehat yang mereka peruntukkan antara dua tarikan nafas yang panjang".


Ambillah masa untuk berehat walaupun hanya setengah jam untuk memberikan rehat pada anggota badan. Kalau tidak pada fizikal pun, minda juga perlukan rehat. Kadang-kadang apabila mental kita penat, natijahnya segala kerja yang kita lakukan serba tidak menjadi. Kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik tetapi tanpa disedari bahawa otak kita sebenarnya telah terlalu penat bekerja seharian.

Berehatlah sebentar untuk tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan. Kualiti kerja dan kehidupan akan terjejas seandainya jadual rutin harian tidak sempurna.

Menurut kajian yang dijalankan oleh David F. Dinges, Ph.D. Pakar Psikologi University of Pennsylvania School of Medicine "Keadaan mudah marah, kemurungan (moodiness) dan stress adalah antara tanda-tanda awal yang dialami oleh mereka yang tidak mendapat tidur yang cukup".


Keperluan untuk tidur juga berbeza. Puratanya manusia dewasa memerlukan tidur selama 8 jam untuk tidur yang cukup. Sesetengahnya pula hanya memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk menjalankan tugasan harian secara maksimum tanpa sebarang rasa mengantuk. Justeru, carilah kesesuaian di sana. Apa yang penting, usah kerana tidur yang tidak cukup itu menjadi penyebab rendahnya mutu kerja harian kita.

Ayuh. Kita cemerlang dan hebatkan diri dengan tidur dan rehat. Usah ada yang salah anggap. Bukannya terus terusan berehat. Tetapi cukuplah sekadar yang perlu.

p/s: Kalau mesin yang seharian digunakan pun boleh rosak apa lagi tubuh badan kita. Gunakanlah segala nikmat kurniaan yang diberikan sebaik mungkin. Ianya hanya diberi sekali tiada yang kedua.

5 comments:

Iliana on March 29, 2010 at 7:54 PM said...

huhuhu~ teringat pula masa preparation grand diner yang lepas..fuhh~ bila buat kerja tanpa henti, memang terasa blur..dan kerja yang memerlukan daya kreatif, terlihat seperti hampeh (^_^)>

Anonymous said...

emm... mesin yang beroperasi tanpa henti juga wajib menjalani proses calibrate semula beberapa minit sebelum dijalankan agar masalah defect pada meterial dapat dikurangkan.Begitu jglah pada manusia kena ada rehat walau sebentar tetapi berkualiti demi dapat menjalankan tugasan berikutnya dengan cemerlang..tak gitu?

Ezainy on March 30, 2010 at 4:37 AM said...

anonymous,

Benar kata kamu. Dalam apa jua yang kita lakukan, yang paling penting adalah kualiti. Kalau rehatnya berjam-jam sekalipun tetapi dihabiskan dengan perkara yang tidak merehatkan malah sesuatu yang hanya sia-sia, apalah gunanya. Bukankah lagi elok andai berehat cuma sekadar 5 minit tetapi kena pada caranya. :)

Ezainy on March 30, 2010 at 4:38 AM said...

Iliana,

Apabila melakukan sesuatu kerja dalam keadaan yang penat dan tertekan, kerja yang senang pun boleh jadi susah. Sebab itulah pentingnya pengurusan masa berkualiti dalam hidup :)

akimhijau on April 26, 2010 at 11:32 AM said...

baik en doktor.kikiki

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template