01 May 2010

Menangislah berpada-pada



HARI ini sudah 1 Mei. Sekejap saja masa berlalu kan. Tanpa kita sedar dan perasan masa begitu pantas dan cepat berputar. Namun, itu bagi mereka yang sibuk dengan urusan dan kerja harian. Bagi mereka yang setiap hari macam tak ada benda yang nak dibuat, lain pula ceritanya. Kerjanya melepak aje sana sini. Jadi, sudah tentu rasa lama semacam.

Tiba-tiba hari ni saya tergerak untuk menulis tentang air mata. Menangis lah bahasa kita-kita ni. Agak-agak dah berapa lama ya abang, akak, makcik, pakcik tak menangis? Hush, ada ke tanya soalan macam tu. Kenapa, tak boleh ke? Saja saya bertanya. Tak salah kan.

Mungkin ada munasabahnya soalan saya tu. Sebab ada antara kita ni yang dalam diam tak diam tak pernah pun menangis sepanjang hidupnya. Eh, biar betul? Ada juga orang yang macam ni? Orang macam ni mesti ada. Kat mana-mana pun pasti ada. Orang macam ni hatinya keras macam batu. Tak boleh dilentur. Kau buatlah sedih macam mana pun kat dia. Tak akan tersentuh hati punya, jauh sekali menangis.

Itu yang hatinya keras macam batu. Ada juga ni yang hatinya lembut macam jeli. Hehe. Saja saya bergurau. Tak kiralah apapun perumpamaannya, yang penting orang satu lagi ni hatinya memang lembut, cair mudah tersentuh.

Mereka ni kalau boleh setiap masa tu asyik nak menangis aje. Pantang diusik, mulalah air mata tu mengalir. Ha, orang yang macam ni pun ada. Tapi, biasanya nangis orang yang macam ni sekejap aje, lepas 10 minit reda lah tu.


Kadang-kadang seronok juga berkawan dengan orang yang macam ni. Senang kita nak sakat-sakat, nak usik-usik, senang kita ajuk-ajuk. Maaf ya kalau ada yang terasa hati. Bukankah usikan tu merapatkan ukhuwah mengeratkan persahabatan. Hidup ni boring kalau masam aje. Kan? Sekali-sekala perlukan usikan gurauan. Barulah yang masam jadi manis, yang pahit kelat jadi madu.

Tapi antara dua orang jenis manusia ni, ada yang berada di tengah-tengah. Ke kanan tidak ke kiri pun tak. Yang paling best atau yang paling bagus lah senang cerita. Orang macam ni adalah mereka yang sentiasa cool dan tenang. Hidupnya relaks dan santai. Menangis bila waktu perlu saja. Setiap halangan yang ada, dianggap seperti permainan dan warna warni hidup. Barulah hidup kita ni sentiasa ceria dan gembira. Ya tak?

Jadi, kita ini kategori yang macam mana? Kenalilah diri sendiri. Kita sendiri saja yang tahu. Nak menangis? Menangis lah sepuas-puasnya kalau itu yang anda inginkan. Siapa tahu dengan menangis tu boleh membuatkan anda gembira. Tapi yang penting, jangan sampai menangis anda tu menyusahkan orang lain, mengganggu kehidupan anda sendiri. Selamat bercuti..

3 comments:

Anonymous said...

salam....

menangis....istilah ni memang dah sinonim dgn wanita kan...kalau sedih atau marah mesti jalan terakhirnya menangis....bukan apa untuk mengembalikan ketenangan.. menangislah selagi anda boleh menangis tapi jangan sampai keluar air mata darah sudahlah... ada banyak sebab kenapa orang menangis. diantaranya kerana sedih, gembira, merajuk, menyesal.. dan ermmm...mcm2 lagilah... tetapi alangkah bertuahnya kita jika kita mengalirkan air mata kerana menyesali dosa2 yang lalu...sesungguhnya air mata yang jatuh kerana takutkan Allah dan menyesali dosa2 lalu, Allah akan mengharamkan ianya dari tersentuh dengan api neraka Allah....

p/s: Ya Allah ku pohon, tabahkanlah hatiku dalam mengharungi dugaanMU...jika tidak tertanggung, biarlah aku menangis hanya keranaMU....

Ezainy on May 1, 2010 at 9:29 AM said...

anonymous,

Wslm.Ya. Sememangnya menangis lebih sinonim dengan wanita. Tapi, jangan tidak tahu yang golongan adam juga kadang-kadang ada yang begini. Alangkah indahnya andai kita dapat menangis setiap malam menyesali doa-dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan selama ini. Bermuhasabah untuk sentiasa memperbaiki setiap kelemahan diri.

p/s: Adakalanya dengan menangis dapat menghilangkan stress. Menangis juga barangkali medium terbaik untuk melepaskan tekanan..=)

Anonymous said...

and thats probably causing guys lgi rmi yg mati awl dri girls.
hahaha.. no offence, kay. gurau je..

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template