09 December 2008

Tiada Lagi Air Mata


SENJA
itu dia termenung. Mendongak ke langit merah. Terkenang sesuatu yang telah lama ditinggalkan. Sudah bertahun lamanya tidak pulang ke tempat itu. Wajah sang ibu jelas terbayang seolah-olah di depan mata walau dah lama tak bersua kirim berita. Entah mengapa seketika ini sering saja wajah yang semakin dimamah usia itu muncul dalam bayang dan mimpinya.

Si ibu jauh di Malaysia batuk-batuk. Termangu di anak tangga. Memendam rasa rindu yang membuak-buak terhadap anak yang dicinta.

"Mengapa jarang sekali kau mengirim khabar berita? Apa salah dan dosaku nak. Sukar sangatkah bagi kau wahai anakku untuk meghubungi ibumu ini walau sekejap cuma." Si ibu berkecil hati.


Sememangnya sejak meninggalkan kampung halaman lima tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tidak pernah walau sekali Redza pulang ke Malaysia. Bukannya wang yang menjadi persoalan tapi dek kerana kepentingan lain. Kalau telefon pun boleh dihitung dengan jari. Dia sibuk dengan urusan kuliah dan kawan-kawan selain melacong ke merata tempat di kala cuti menjelang tiba. Selama ini dia tak pernah sedar bahawa si ibu sangat merinduinya walaupun tak pernah terluah di bibir bicara. 5 tahun bukan suatu jangka masa yang singkat bagi si ibu yang ditelan usia itu di kala penhujung hayatnya. Si ibu lebih suka memendam rasa.

Petang itu Redza bertekad. Dia mahu segera pulang ke tanah air. Entah angin bayu mana yang menggerakkan hatinya untuk pulang walaupun ketika itu bukannya cuti semester. Hatinya lain macam sekali. Segala persiapan dilakukan. Namun langsung tidak diberitahu kepada orang tuanya itu.

Perjalan 10 jam di dalam pesawat sungguh lama dirasakan. Tidak sabar rasanya untuk mendakap insan tersayang yang telah lama sangat merinduinya. Saat terlelap dia sempat berjumpa dengan ibunya walau dalam khayalan mimpi.

Sampai di halaman rumah, terasa seperti adanya sesuatu. Kelihatan ramai orang lelaki bersongkok bertenggek-tenggek di beranda rumahnya. Tak kurang juga yang berborak-borak sambil rokok di hujung jari. Dari kejauhan dia sudah dapat mendengar sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Semacam kerap benar dia mendengar bait-bait kalimah tersebut. Hatinya berdegup kencang Tak semena-mena matanya mula berkaca. Degupan jantung dirasakan seperti hilang pedoman. Titik-titik peluh memenuhi dahinya. Dia melangkah anak tangga rumah dengan seribu tanda tanya. Tak mampu untuk mulut berbicara bertanya sebab. Ruang tengah rumah dipijak. Terpandang sebujur tubuh kaku dengan lengkap kain putih menutupi seluruh tubuh itu. Hatinya meraung. Mahu saja dia menjerit namun suaranya tersekat di anak tekak. Di kala itu juga dia mendengar seorang berbicara dengan suara sayu..
"Ibumu sudah tiada.."

Redza meraung sekuat hati. Air mata berjujuran. Tak mampu tertahan lagi. Yang mampu terkeluar "Maafkan adik mak!!!"

Mahukah anda mejadi sedemikian? Kisah ini pendek cuma. Mungkin ada yang beranggapan sekadar cerita kosong. Namun, tentunya anda tidak mahu perkara sedemikian berlaku ke atas anda. Mungkin anda tidak setegar Redza. Tapi kita sebagai manusia juga sebagai anak pastinya banyak melakukan dosa pada orang tua tercinta. Bagi yang punya kesempatan pulanglah menjenguk mereka di kala punya kesempatan. Bagi yang jauh pula, tak berat rasanya untuk kita sekadar mnghubungi mereka walau di hujung talian. Cukup sekadar ucapan khabar berita sudah memadai menjadi pengubat rindu mereka…

Ayam dibakar di atas sutuh,
Bukannya apa sekadar suka-suka,
Orang tua hatinya mudah tersentuh,
Jagalah senantiasa usah menderhaka

1 comments:

Ami Farhani MNA on December 18, 2008 at 12:24 PM said...

ceritanya biasa2 saja, tapi punya peringatan yang cukup besar..

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template