27 December 2008

Amukan Santa Claus



UDARA petang ini sungguh nyaman walaupun terasa sejuk sekali. Kadang-kadang bagai menusuk-nusuk ke tulang. Suhu Kota Kaherah yang mencecah 15 darjah celcius sudah cukup untuk menjadikan saya menggigil kesejukan.

Hari ni saya ingin membawa kita terbang pergi ke Los Angeles. Apa ke Amerika? Ya, tempat di mana bekas presidennya dibaling kasut dan semalam posternya pula sekali dibaling dengan habuan yang serupa di Iraq. Kisahnya begini, seorang lelaki yang berpakaian santa claus telah masuk ke sebuah rumah lantas membuat kacau bilau ketika orang sibuk menyambut sambutan Krismas. Bukan itu sahaja, tidak cukup dengan itu santa claus ini turut menembak para tetamu yang berada di majlis itu. Akhirnya, 8 orang termasuk dirinya sendiri terbunuh. Kasihan kan?

Puas si santa claus ni menembak mangsa-mangsanya, dia pun lari keluar lalu membunuh dirirnya sendiri. Mengapa ini semua berlaku? Ada yang kata, dia menjadi sedemikian kerana tertekan dek kerana masalah rumah tangga yang dihadapinya. Tapi, adakah wajar dan betul tindakan yang dilakukan oleh si santa claus ini dalam menghilangkan rasa stressnya? Tentunya tidak kan.

Namun, itulah sebenarnya rentetan cerita dan peristiwa yang berlaku apabila diri tidak dibekalkan dengan ilmu dan pegangan agama yang mencukupi di samping keadaan mental yang tidak stabil. Bagi saya, seandainya si santa claus ini bijak dalam mengawal emosi pastinya perkara seperti ini tidak akan berlaku. Saya juga yakin bahawa sekiraya lelaki yang berlagak santa claus ini seorang lelaki yang berpegang teguh dan percaya pada qada' dan qadar ALLAH yang Esa, pasti dia akan akan lebih yakin bahawa setiap apa yang diturunkan oleh ALLAH pasti ada mutiara hikmah yang perlu kita cari disebalik sesuatu permasalahan yang menimpa.

"Tidak semestinya yang kita suka malahan baik pada pandangan kita mendatangkan bahagia, dan tidak semestinya yang kita benci malahan rasanya seperti beban masalah pada kita mendatangkan derita."


Pada ketika panas yang terik, tiba-tiba ALLAH turunkan hujan. Kita pun sibuk mencari ke mana hilangnya sang mentari...rupa-rupanya pelangi nan indah yang muncul...

2 comments:

Ami Farhani MNA on December 29, 2008 at 3:18 AM said...

Saya suka akan kata2 ini:
"Tidak semestinya yang kita suka malahan baik pada pandangan kita mendatangkan bahagia, dan tidak semestinya yang kita benci malahan rasanya seperti beban masalah pada kita mendatangkan derita."

Benar sekali, tapi kita manusia sering terlupa dan terlalu cepat menyalahkan takdir lantas bertindak mengikut arahan emosi..
nauzubillah~minta dijauhkan dari semua itu.

Ezainy on December 29, 2008 at 3:56 AM said...

Qada' dan qadar memang telah ditentukan. Tapi pastinya tidak adil untuk kita terus meneruskan menyalahkan perkara yang telah tertulis itu sebagai dalil kemalasan kita mecapai sesuatu..

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template