02 January 2009

Bukan Sekadar Azam


JAM menunjukkan pukul 11.05 malam. Tapi mata saya masih belum lagi mahu terlelap. Tiba-tiba saya teringat akan azam dan impian yang pernah saya sematkan setahun lalu. Sesungguhnya masih ada yang belum tercapai. Namun, pada tahun ini saya sematkan lagi azam yang masih belum terlangsai di samping azam baru yang pastinya membuatkan saya lebih berusaha kuat untuk memastikan azam ini tercapai.


Anda bagaimana? Bagaimana azam anda yang sudah...Sudah terlangsai semua? Jawapannya hanya sendiri yang tahu. Sejauhmana kita mengklasifikasikan azam kita itu tercapai atau tidak, sememangnya berbeza antara setiap kita. Sama lah macam kalau kita hendak kata kan sesorang itu berjaya atau pun gagal. Berjaya atau pun gagal adalah suatu perkara yang subjektif. Ia bergantung terhadap sejauh mana kita meletakkan sasaran dan target kita.


Orang yang tak punya kemampuan, selama ini tinggal di kampung setinggan apabila suatu hari dapat membeli kereta baru walaupun dengan harga yang rendah, sudah dianggap kejayaan bagi mereka. Tapi lain pula bagi, orang yang memang setiap minggu menginap di hotel lima bintang. Mereka ini barangkali kalau memperoleh keuntungan yang tidak mencapai angka juta-juta masih belum dikatakan berjaya. Kenapa ya? Kerana target dan sasaran yang mereka letakkan berbeza.


Sesekali, saya cuba muhasabah diri sendiri mencari di mana silapnya langkah dan percaturan yang meyebabkan ada beberapa matlamat yang lepas masih belum tercapai. Bukankah muhasabah ini telah lama diajar oleh nabi kita untuk kita lakukan setiap kali sebelum kita tidur.

“Pastikan hari ini lebih baik dari semalam. Kalau hari ini sama saja dengan semalam maka rugilah kita, tapi bagi yang hari ini lebih teruk dari semalam maka celakalah kita.”

Mahukah kita tergolong dalam golongan ini? Tentunya tidak bukan. Justeru, dalam kita meletakkan apa jua matlamat, pastikan seboleh-bolehnya ianya tercapai. Kalau tak tercapai, cuba cari di mana silapnya. Nabi juga pernah bersabda bukanlah di kalangan umatku yang masuk ke dalam lubang yang sama dua kali.


Walaubagaimanapun, sama-samalah kita beringat sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian tinggi mana pun azam yang kita letakkan, pastikan matlamat asal kita dijadikan di atas muka bumi ini tidak terbarai. Bukan apa kadang-kadang kita ini mudah terlupa ataupun buat-buat lupa.

“Manusia sebenarnya tidur sewaktu berada di dunia, tetapi terjaga apabila dibangkitkan di kemudian hari nanti.-Saidina Ali-“

0 comments:

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template