06 January 2009

Erti Sahabat

Kenangan satu batch Middle East Prog(MEP 4). Cairo Airport


LAGU Terasing Allahyarham Sudirman menerjah masuh ke corong telinga. Kesayuan suaranya mendamaikan jiwa. Tidak semena-mena membawa diri saya untuk menulis tentang isu yang selalu disebut tapi tidak tahu ke mana penghayatannya. Sahabat.

Semua orang punya ramai kawan tapi berapa ramai yang punya sahabat. Sahabat yang mampu bersama dalam apa jua keadaan dan ketika. Sahabat yang boleh menjadi pendengar setia di kala kita memerlukan seseorang untuk meluahkan sesuatu. Kita mungkin punya banyak masalah dan kekalutan tapi tiada tempat untuk diluahkan kerana tiada siapa yang boleh dipercaya. Tiada siapa yang sudi mendengarnya. Sahabat setia bukan sahaja mampu menjadi pendengar yang setia tapi juga dapat memberi pendapat dan pandangan ke arah penyelasaian.

Seorang sahabat yang setia mampu untuk mengkritik kita walaupun perkara itu kadang-kadang tidak mampu dilakukan oleh seorang kawan. Kenapa? Kerana seorang sahabat tidak mahu melihat sehabatnya berada dalam kedaan yang salah. Mengkritik kerana keburukan juga kerana kelemahan kita. Kelemahan yang kalau tak siapa yang tegur kita akan terus berada dalam keadaan yang silap. Bukan mudah tugas ini kerana kalau salah tegur lain pula jadinya. Besar sungguh peranan sahabat.

"Kalau zaman sahabat tahap ukhuwah mereka cukup tinggi. Hanya dengan derapan tapak kaki saja tanpa melihat sudah tahu siapa gerangan yang tiba."

Ah, adakah saya telah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat kepada sekalian sahabat dengan setia. Bangun pagi sahaja apa yang kita terus fikirkan? Pencarian matlamat kita yang masih belum tercapai. Sumber rezeki yang ingin dikaut hari ni. Semua itu tidak salah. Tapi alangkah indahnya kalau bangun pagi saja lantas kita ingatkan sahabat dan saudara kita di mana jua pun. Bagaimana keadaan mereka.

Seorang sahabat mampu untuk mengajak sahabatnya untuk ke arah kebaikan. Walaupun kadang-kadang perkara itu suatu yang sensitif. Tapi jika kita tahu kelebihannya tak salah untuk kita bertegur sama. Sahabat yang setia tidak mahu masuk ke syurga sendirian. Mereka akan menarik sahabat mereka yang lain untuk turut sama bersama mereka. Perkara yang paling mudah dilakukan ialah bangun subuh. Bagi yang tinggal serumah dengan sahabat-sahabat, kejutlah mereka di subuh hari walaupun itu mungkin suatu perkara yang berat buat mereka.

"Seorang sahabat bukannya mereka yang bersama kita ketika senang sahaja. Seorang sahabat yang setia akan sentiasa bersama kita waktu senang mahupun susah."


Apabila dalam kesenangan sahabat ini akan tolong meringankan beban sahabat yang lain. Juga apabila ada sahabat yang dalam kesusahan memerlukan pertolongan maka bantulah mereka. Sahabat setia sanggup berkorban apa jua tak kira harta benda, masa dan mungkin juga nyawa. Sahabat yang begini kalau kita jumpa jangan sesekali kita persiakan.

Anyaman ketupat tidak akan menjadi suatu anyaman yang halus, ketat dan cantik kalau setiap jari yang bertugas untuk mengayamnya tidak menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna. Satu jari ke atas, yang lain ke bawah pula dan silih berganti. Begitulah perumpamaannya saling perlunya sesama sahabat untuk membentuk satu ukhuwah mantap yang terjalin.

P/S: Kita mungkin punya seribu kawan, Tapi seorang sahabat belum pasti



1 comments:

Anonymous said...

friends:
1] to hav fun with- lg rmi, lg sronok
2] close one- ade sorg pn pening nk puaskn hati die. better not to hav one. stress je yg dpt nti.

to En. Ezainy,
best frinds ni really exist ke?
sorry kalau komen ni mnyakitkn hati.

-Nisyah-

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template