06 January 2009

Manusia Tak Punya Mata



TENGAH hari ini, saya pulang seperti biasa dari kuliah. Esok cuti. Sememangnya suatu yang saya tunggu-tunggu. Bukan saya saja tapi mungkin semua orang. Suasana dan jadual kuliah di sini bagi yang tidak ponteng memang memenatkan. Tapi kerana minat yang mendalam dan azam yang pernah saya sematkan sejak mula-mula sampai ke bumi Mesir ini, memberikan satu tonik untuk terus gagah sampai sekarang.


Semalam saya menaiki lif untuk sampai ke tingkat di mana saya tinggal. Apabila memasukinya saya mendongak ke atas, ternampak akan cebisan sampah yang hanya dibuang selit di sana. Manusia memang tak punya mata. Apa tiada tempat lain untuk membuang sampah. Bumbung lif yang sekecil itu juga dijadikan tong sampah.


Mata manusia bentuknya bulat. Saiznya kecil tapi punya makna dan erti yang cukup besar untuk kita. Tanpa mata kita tidak dapat melihat. Bangun pagi, terus melihat jam di tangan, jam berapa juga dengan mata. Tak dapat bayangkan kalau satu hari apabila bangun pagi dunia ini terus gelap gelita tiada cahaya. Bukannya kerana sudah tidak bernyawa, bukannya kerana tiada elektrik tapi kerana tiada mata yang normal.


Setiap manusia punya warna mata yang berlainan. Warna mata? Ya, warna iris. Kemudian, dikelilingi pula dengan sklera yang berwarna putih diselaputi pula oleh satu lagi lapisan konjuktiva. Sungguh unik penciptaan mata. Tapi banyak manusia tidak dapat gunakan sebaiknya.


Manusia tak punya mata? Pernah jumpa manusia tak punya mata? Agak-agaknya apa akan jadi pada dunia kalau benar wujud manusia tak punya mata. Kalau ada mata pun, sia-siakan. Ingat lagi macam kisah Kasim Selamat yang mencucuk matanya sendiri sampai buta. Itu tak punya mata atau tak punya akal? Mata-mata. Itu apa cerita pula? Mata-mata itu orang yang punya banyak mata. Betul? Bukan. Mata-mata itu polis yang mempunyai tugas-tugas tertentu.


Macam-macam kita dengar di sana sini. Ada yang kena bunuh. Ada yang gaduh. Tidak kurang juga perang tak sudah-sudah. Anda pasti dengar dan lihat bukan? Apa anda rasa? Manusia tidak punya akal yang waras untuk berfikir. Masing-masing dengan ego dan kepentingan sendiri.


"Semua punya mata tapi tak melihat. Manusia melihat tapi tak berfikir. Manusia berfikir tapi gagal untuk bertindak."


Jadikan peristiwa yang berlaku sebagai pedoman dan garis panduan. Pandang dan lihat sesuatu yang berlaku dari mata hati. Akal yang diberi digunakan untuk berfikir maka bertindak mengikut kesesuaian. Manusia kadang-kadang kurang rasa sensitiviti pada yang lain. Pada mereka yang memerlukan bantuan manusia lain. Kenapa? Kerana mereka sendiri tidak merasa. Sekarang tahu kan? Mata biru, hijau atau hitam semua itu sama. Yang berbeza adalah mata hati.

0 comments:

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template