03 January 2009

Rintihan Buat Palestin...Kami sahut seruanmu

Sajak ringkas ini saya tulis buat mereka yang punya rasa simpati pada saudara kita yang diuji sengsara di sana. Moga ALLAH bersama mereka.


Hati ini menangis
Meraung tanpa siapa yang simpati...rintihan demi rintihan

Darah itu mengalir lagi
Menitis bagai tiada hentinya, merah menyala jatuh ke bumi
Bergumpal lalu menjadi hitam pekat

Ah, tak bisa untuk aku lihatnya!
Setiap nadi mereka perlu kurasai
Zalimkah aku kerna tidak turut sama berjuang bersama mereka?
Mereka berjuang demi menyelamatkan agama ku ISLAM
demi mempertahankan kiblat pertama agamaku
demi mempertahahan masjid suci ketiga umat Muhammad s.a.w
Apakah aku mahu terus duduk berdiam diri?
Kejamnya aku yang kala ini masih mampu menyuap hidangan yang lazat di kala mereka terlantar kebuluran
Kebuluran kerna sikap manusia yang angkuh tiada prikemanusiaan

Ya ALLAH, apakah sumbangan yang harus aku lakukan?
Aku bukannya Laksamana Hang Tuah yang hebat menjadi pahlawan Melaka
Jauh sekali untuk dibandingkan dengan keberanian Saidina Umar yang berani mencabar sesiapa yang ingin menhalang dakwah Islam tercinta
Ah, pengecutkah aku?

Lantas aku berfikir sejenak...
Aku masih punya jalan
Perjuangan bukannya hanya di medan pertempuran
Sesungguhnya aku juga ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan
Mencari ilmu

Saat ini aku harus sentiasa menadah tangan memohon pertolongan dariNYA
Hanya ALLAH sahajalah tempat aku berharap
Tiada guna kala ini untuk aku menuding ke arah sesiapa pun, Obama? Husni Mubarak?
Biarkan mereka!
Mereka akan jawab sendiri di hari pembalasan kelak

Aku seru pada diri ini untuk turut sama merasa penderitaan saudara Palestin
Hari ini hari mereka...esok lusa belum pasti
Ku tadah tangan, sujud memohon pertolongan-Nya setiap masa
Moga tiada lagi kekacauan, kesengsaraan, penderitaan
Kemenangan milik kita...

2 comments:

As on January 4, 2009 at 8:18 AM said...

nice poem..

silent reader~ on April 13, 2009 at 10:27 AM said...

Salam...

Saya pernah di datangi oleh seorang sukarelawan untuk mengumpul dana bagi membantu saudara di Palestin. Kebetulan tak bawa purse hari tu. Hanya tersenyum pada sukarelawan tersebut... Di dalam hati terdetik perasaan bersalah kerna tak dapat membantu mereka di sana. Setelah di renungkan semula, saya sedar bukan wang ringgit saja yang boleh membantu mereka, huluran doa juga boleh meringankan kesengsaraan mereka di sana... Moga di kabulkan segala doa yang di pohon. :)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template