08 May 2009

Aku bukannya culas...siri 2

Coretan ini adalah sambungan daripada entri saya yang lepas. Sedarkan diri dari tidur tatkala alpa.


Langkah ketiga, untuk membentuk semangat yang telah lama hilang ataupun yang memang tidak pernah termotivasi ialah ubah perseketitaran. Lakukan perubahan. Dalam masa sebulan ini, ubah suasana bilik belajar kita. Kalau sebelum ini berselerak dan kotor sana sini. Mulai esok kita bersihkan ceriakan. Kita beri peluang pada tubuh kita mendapat tempat yang seselesa mungkin untuk belajar. Manusia sukakan yang bersih yang cantik. Maka apabila bilik kita sudah bersih, kita akan bertambah ceria bersemangat untuk belajar.


Tampal pula kata-kata semangat dari tokoh-tokoh berjaya seluruh dunia. Tidak kiralah saintis, agamawan, tokoh perniagaan atau sesiapa sahaja. Kita tulis besar-besar kata tersebut dan tampal banyak-banyak di dinding supaya kita sentiasa termotivasi. Apabila kita terasa malas sahaja, tetapi apabila terbaca kata-kata semangat tersebut..kita akan kembali bersemangat. Kedudukan belajar kita juga barangkali boleh diubah. Kalau sebelum ini meja belajar kita menghadap dinding sekarang tukar selera pula, kita ubah susunan menghadap jendela. Beri nafas baru pada persekitaran kita. Bagaimana mahu mengubah diri kalau persekitaran juga tidak diubah?


Langkah keempat, kalau ditanya pada saya apakah motivasi paling besar dalam diri. saya akan jawab ibu dan ayah. Kenapa saya katakan ibu dan ayah sebagai motivator terbesar saya. Kerana apabila teringatkan pengorbanan mereka saya jadi terharu. Ayah membanting tulang membesarkan kita sewaktu kecil manakala ibu pula menyusukan kemudian membesarkan. Maka apakah ada lagi hadiah paling besar buat mereka melainkan doa dan kejayaan tak seberapa dari anaknya. Kalau sebelum ini jarang sekali menelefon ibu dan ayah. Sekarang ini sudah dekat musim peperiksaan kalau boleh 2 atau 3 hari sekali telefonlah mereka. Cukup sekadar tanya khabar. Kemudian letak pula gambar ibu dan ayah di atas meja study kita. Apabila kita tengok wajah mereka secara automatik rasa rindu pun datang dan motivasi pasti meningkat.Tahukah anda bahawa motivasi paling besar dalam diri setiap individu adalah ayah dan ibu.


Akhir sekali, Eugene Griessman, seorang pakar pengurusan pernah bertanya kepada seorang jurujual apakah yang dilakukannya setiap kali sebelum melakukan pemasaran. Jawabnya.. genggam satu penumbuk..kemudian tumbuk tangan satu lagi sampai bunyi pop!!!.dan berkatalah..ya! saya sungguh hebat sekali..Kemudian Eugene Griessman pun mencubanya dan ternyata ianya sangat berkesan. Tahu kenapa? Kerana dengan melakukan sedemikian anda telah memperdayakan ingatan separuh sedar anda. Otak separuh sedar anda percaya akan kebenaran yang anda katakan. Kemudian otak separuh sedar tadi menghantar mesej pengesahan ke seluruh sistem saraf. Sebab itulah anda berasa hebat sekali.

5 comments:

Ami Farhani MNA on May 8, 2009 at 6:05 AM said...

terima kasih atas entri bermanfaat ini..hmm, saya sangat bersetuju dengan cara mengubah persekitaran itu, dapat mengembalikan semula semangat. saya sering mempraktikkannya.

Ezainy on May 9, 2009 at 3:16 AM said...

to Ami Farhani,

Teori ini saya peroleh sejak kecil lagi. Kalau di rumah, ibu saya sebulan sekali pasti sahaja mengubah susunan perabot di ruang tamu. Mulanya saya pun keliru. Baru kini saya sedar, kepentingan memaksimumkan suasana sekeliling dalam membina keceriaan dan semangat.

lovelylilac on May 9, 2009 at 7:41 AM said...

rajinnya ibu kamu.
ibu saya setahun sekali ada lah.
(apabila aidilfitri menjelang)

p/s-ada tips@pesanan utk yang suka belajar last minute?

jazakallahu khair.

Ezainy on May 10, 2009 at 3:48 AM said...

Buat lovelylilac,

Pertama kali sampai di sini ya. Ahlan saya ucapkan. Orang kata nasi boleh jadi bubur. tapi bolehkah bubur kembali menjadi nasi? Pejam celik tidak sedar bahawa sang imtihan semakin hampir. Masa tak boleh diputar balik. Bekalan pula seakan tidak seberapa.

Tidak tahu mana mahu dimula, apa perlu dibuat. Mulakanlah dari mana-mana pun Lakukan apa sahaja selagi mana tidak salah. Cuba kuasai mana yang penting untuk setiap perkara yang kita pelajari. Pastinya tidur pastikan cukup dan rehatkan minda.

p/s: Setiap orang punya pandangan dan pendapat masing-masing. Semestinya cara juga berbeza..(^_~)

.::Norhasnah Zakariyah::. on May 10, 2009 at 10:12 AM said...

Moga najah untuk imtihan kalian ya... :)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template