
Setiap manusia yang bernyawa pasti melalui tingkat piramid kehidupan sehingga menjadi dewasa. Bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, belia, tua dan akhirnya memejamkan mata selama-lamanya. Semakin meningkat usia semakin banyak yang kita ketahui, semakin banyak jugalah kesilapan dan kelemahan yang terzahir walaupun di situ semakin banyak kemampuan yang mampu kita lakukan. Jadilah macam baby. Menangis apabila perlu, diam takala tidak tahu. Gerak apabila diminta.
1) Dukunglah bayi 2 bulan dalam keadaan mereka sedang berdiri kemudian perlahan-lahan letakkan kaki mereka di permukaan rata. Sepantas itu jugalah kaki mereka akan menguis-nguis membina langkah mahu berjalan atau merangkak.
2) Baringkan bayi dalam keadaan menelentang dan kemudian pusingkan kepala mereka ke kanan atau ke kiri dengan pantas. Pasti sahaja mereka akan mendepakan tangan ke arah mana pusingan kepala mereka dan tangan yang satu lagi akan dibengkokkan.
3) Sentuhlah pipi si bayi kecil. Pasti mereka akan menoleh ke arah anda dan mulut terbuka sebagai tanda mahukan sesuatu.
4) Ketuklah dengan perlahan permukaan licin tulang di pertengahan dahi antara dua kening bayi. Sepantas itu jugalah mereka akan memejamkan mata serapat-rapatnya.
p/s: Semua ini hanya terdapat pada si bayi kecil yang tidak tahu apa-apa. Tidak mungkin ada pada kita manusia dewasa yang normal. Tuhan kuniakan mereka kelebihan pasti ada sebabnya. Carilah bayi kita yang sudah lama hilang. Menangis apabila perlu, diam takala tidak tahu. Gerak apabila diminta.
8 comments:
'Menangis apabila perlu, diam takala tidak tahu. Gerak apabila diminta.'
Menangis apabila perlu
- Bukankah air mata akan keluar dengan sendirinya apabila dirangsang oleh rasa sedih ataupun terharu?
Diam tatkala tidak tahu
- Setuju! Jangan ada yang tak tahu tetapi buat-buat macam tahu.
Gerak apabila diminta
- Untuk situasi baby tadi saya faham. Tetapi bagaimana mahu diaplikasikan pada kehidupan seorang dewasa?
PS: Salam ziarah dari Tanah Melayu.
nooreena,
Kadang-kadang manusia menjadikan air mata sebagai senjata untuk meminta belas kasihan pada yang bukan punya hak. Menangis bukan pada tempatnya. Ya, memang benar air mata keluar apabila dirangsang. Tetapi rangsangan itu kadang-kadang kita sendiri yang beri, bukan semata-mata kerana sedih atau terharu.
Jadilah kita seadanya. Bertindak apabila perlu mengikut keadaan. Laksanakan setiap tanggungjawab yang diminta tinggalkan yang dilarang...(^_~)
p/s: Pertama kali sampai di sini ya. Ahlan wasahlan..
Ha'a la. Saya tak terfikir pula ada orang yang akan menangis dengan alasan untuk meminta belas kasihan. Aduh. Itu menangis ada makna tu.
Ini bukan pertama kali sampai di sini. Sebelum ni pernah sampai, cuma menjadi silent reader. Sampai dari blog saudara kamu, Sang Mentari.
salam~
Diam jika tak tahu-Tapi jangan terus-terusan membatu dan membisu jika betul-betul tak tahu. Boleh sesat jalan tak pun tak pasal-pasal jadi bodoh sombong pulak nanti.
^_~
ni sindrom nak kawen ke
or
da kawen
Hasnah,
Benar kata kamu, jika tidak tahu segeralah bertanya pada mereka yang mengetahui. Kata orang 'malu bertanya sesat jalan'.
joegrimjow,
Saya sedang berbicara tentang kelebihan yang ada pada si bayi kecil untuk kita sama ambil cakna dan aplikasikan sebagai manusia dewasa.
p/s: Selamat datang buat mr joegrimjow. Saya sudah lawat blog kamu. hebat sekali:D (^_^)
menarik entry ini..
ilmu tambahan yg belum pernah didengar di mana2..
dan penggunaan bahasa yg tidak bosan..
Post a Comment