09 June 2009

Panas itu datang lagi...


Kehangatan luar masih terasa.

Peluh terus membasahi seluruh tubuh.

Bahang terik sang mentari terus memanahkan sinar cahaya.


Titisan keringat menitis galaknya,

Tiupan angin hadir membawa hawa yang panas,

Pancaran matahari membara memusingkan kepala.

Ah... aku nak lari,

Tapi mahu lari ke mana ya?

Di sini semuanya serupa,

Luar dan dalam tiada bedanya


Waktu begini memang sesuai memerap sahaja,

Tapi nyata itu tak bisa,

Kudrat perlu dikerah demi setitik ilmu.


Hari terus berganti dengan harapan semakin pantas,

Siang, senja, dinihari serupa sahaja,

Inilah yang dinamakan ujian hidup...


p/s: Kehangatan negara padang pasir ini benar-benar menguji. Apabila difikir-fikirkan sejuk sangat pun susah, panas sangat pun payah. Huh... itulah tandanya tuhan mahu menguji sejauhmana kita mampu menggunakan nikmat syukur yang sentiasa dikurniakan pada setiap hambanya. Ya ALLAH, berilah kekuatan pada hamba-MU ini.

6 comments:

.::N.hasnah.Z::. on June 9, 2009 at 1:58 PM said...

di Penang juga serupa situasinya, sampai saya sendiri pusing kepala tapi sudah tentu tak dapat lawan keadaan di sana. Pasti lebih mencabar diri.

Moga kamu kuat dan tabah ya! ;)

Iliana on June 10, 2009 at 1:11 AM said...

nampaknya, di mana-mana pun sama. mengikut ramalan, jika pemanasan berterusan, suhu kepanasan mampu mencecah sehingga 58 darjah celcius yang mampu membunuh manusia, melenyapkan hutan Amazon dan mencairkan ketulan ais di kutub utara. adakah ini salah satu tanda akhirnya dunia? di mana matahari akan semakin hampir?

wallahualam

Ezainy on June 10, 2009 at 4:42 AM said...

hasnah,

Kamu tentu juga sedang kepanasan. Cuaca begini banyakkanlah minum air masak. Sekurang-kurangnya dapat juga membekalkan tenaga...(^_^)

Ezainy on June 10, 2009 at 4:51 AM said...

Iliana,

Andai benar suhu dunia mampu mencecah 58 darjah celcius, saya rasa ketika itu tiada lagi manusia yang mampu hidup. Sememangnya ini petanda bahawa setiap sesuatu itu tiada yang kekal, pasti ada penghujungnya.

Nooreena on June 10, 2009 at 9:43 AM said...

"Panasnya! Sejuknya!"

Ini kata-kata orang yang tidak bersyukur. Saya pun termasuk juga. Huk! Insaf.. insaf.. >.<

Ezainy on June 12, 2009 at 7:47 AM said...

Nooreena,

Melafazkan kalimah syukur memang mudah bukan. Tapi, melaksanakan itu yang kekadang payah. Moga kita semua digolongkan di kalangan orang yang bersyukur.

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template