22 June 2009

Apa ada pada nama...



SEMAKIN jauh berjalan, semakin banyak kita melihat ragam dan karenah manusia. Telatah yang kadang-kadang pelik pun ada. Dewasa ini, manusia suka melakukan sesuatu hanya pada nama. Kalau melakukan sesuatu kalau boleh diketahui umum. Maaf ya, tidak semua begitu tetapi wujud segelintir dari golongan manusia yang begini. Berjumpa dengan sesiapa sahaja, sibuk menceritakan sumbangan dan kerja yang mereka lakukan.



Pendapat saya, tidak perlulah begitu. Sia-sia sahaja amal dan tindakan yang dilakukan ANDAI terdapat setitik rasa ingin menunjuk atau supaya diketahui orang. Bukan apa, kadang-kadang kita tidak sedar yang orang lain sedang sibuk memerli dan meluat dengan kita. Bukankah kita juga selalu mendengar pepatah yang berbunyi “kalau memberi, biarlah tangan kanan yang menghulur tapi tangan kiri tidak tahu”.


Tidak menjadi suatu kesalahan kalau melakukan sesuatu bukan kerana nama. Tetapi memang kerana niat kita ikhlas ingin membantu dan memperoleh sesuatu manfaat. Hati kecil saya selalu berkata, kalau ilmu dan pengetahuan yang sekadar sedikit cuma tidak perlulah hendak cakap yang lebih-lebih. Malu sedikit pada orang yang ilmunya mungkin jauh lebih hebat dari kita tetapi jarang mengeluarkan sesuatu kenyataan yang mungkin menzahirkan kejahilan kita.


Ingatlah, bukan kita seorang diri di atas muka bumi ini. Kita sering diperhati. Kata orang, baiklah diam sahaja kalau rasa tidak tahu, diam bukan bererti bodoh, tetapi jadilah diam-diam tapi yang berisi.


p/s: Sama-samalah kita ikhlaskan niat kita dalam melakukan setiap perkara. Sekecil-kecil perkara andai kena pada tempatnya sesuai pada cara, insyaALLAH akan ada hikmahnya kelak.


6 comments:

Namaku 'Dua' on June 23, 2009 at 12:56 AM said...

salam
nta medic ain shams ye
mm..actually waktu ana final exam dulu dapat patient (medical student from ain sham university)..
very cooperative and nice pt
apa kbr adik tu skrg..mg dia cepat sembuh n able to continue his study

Effy Saiful on June 23, 2009 at 7:28 AM said...

[gasp] akukah? =p

Ezainy on June 23, 2009 at 8:50 AM said...

wslm Namaku 'Dua',

Ya. ana 5th year medical student ain shams U... adik yang mana ya yang kamu maksudkan?

Ezainy on June 23, 2009 at 8:53 AM said...

alamak effy..merepek je ko nih. Takder lah. Aku tak maksudkan sesiapa pun. Cuma sekadar peringatan bersama..(^_~)

Namaku 'Dua' on June 23, 2009 at 10:08 AM said...
This comment has been removed by the author.
silent reader~ on June 23, 2009 at 6:53 PM said...

Erm..........

Baru berhadapan dengan orang sebegitu beberapa hari lepas. *geleng kepala*

Tak apalah, mungkin dia sebenarnya tak ada niat nak menunjuk, tapi bila dah terover berkata-kata terkeluarlah ayat-ayat riaknya itu. huhu...

P/s: Memang susah untuk buang sifat riak dalam diri. Tipulah kalau kata tak ada. Mesti ada walaupun sikit. Maka berhati-hatilah ya. ;)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template