14 October 2009

MEMBERI BUKAN MEMINTA


TANGAN kanan yang menghulur tangan kiri tidak nampak. Begitulah diibaratkan kita sebagai manusia memberi sesuatu kerana niat yang ikhlas. Hari ini kita hidup dalam suasana yang aman dan tenteram. Cuba bayangkan apa yang berlaku pada saudara sesama muslim di Padang Indonesia baru-baru ini. Tergerakkah kita untuk menghulurkan bantuan atau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kita sentiasa berada pada zon yang selesa. Keadaan di mana segala apa yang dikehendaki mampu dipenuhi dengan mudah. Segalanya lengkap. Mahu ke mana-mana sahaja pelbagai kemudahan sudah sedia ada. Alangkah beruntung bagi manusia yang bangun pagi terus sahaja teringatkan nasib-nasib yang menimpa saudara lain di seluruh dunia. Hati tidak akan tenteram andai nikmat yang ada tidak dikongsi bersama.


“Setiap muslim yang memberi pakaian kepada muslim yang tidak berpakaian¸
ALLAH akan memberikan pakaian syurga kepadanya. Setiap muslim yang memberi
muslim lain yang dalam kelaparan, ALLAH akan memberi buah syurga kepadanya. Dan
setiap muslim yang memberi minum kepada muslim lain yang dalam kehausan, ALLAH
akan memberikannya minuman dari ar-Rahiqul-Makhtum (Hadith Riwayah Abu
Daud)”

Setiap sesuatu pasti ada sebab dan akibat. Kalau benih baik yang ditanam pasti saja yang tumbuh juga tumbuhan yang hidup subur. Jarang sekali yang tumbuhnya lalang. Itu lumrah kehidupan. Setiap apa yang kita infak dan dihulur pasti ada balasannya. Kalau tidak sekarang mungkin juga di akhirat kelak.

Hati seringkali runsing, gundah gulana serba tidak menentu. Keselesaan yang dikecapi masih membuatkan manusia kadang-kadang tidak cukup. Lain pula bagi mereka yang tinggal di kampung terpencil serba kekurangan namun hidup dalam keadaan yang aman tenteram. Kemewahan, keselesaan dan harta benda tidak menjamin ketengan hati yang hakiki.

Cubalah belajar untuk memberi. Memberi pada mereka yang memerlukan. Usah terlalu banyak meminta. Jangan terlalu memanjakan diri. Ingat ya, memberi bukan semata-mata wang ringgit tetapi memberi apa jua yang dapat memberi manfaat pada orang lain. Sampaikanlah sedikit ilmu andai itu yang kita ada, kudrat tenaga, kepakaran dan kemahiran yang kita punya. Semua itu hanyalah pinjaman.


p/s: Tuhan hanya campakkan pinjaman itu kepada kita hambanya untuk sekejap cuma. Bila-bila masa boleh ditarik balik. Ia milik semua. Maka kongsikanlah bersama.

1 comments:

Anonymous said...

salam...

memang benar kata bakal dr ezainy kita ni...tetapi walaupun kebanyakan orang berkata memberi itu lebih baik dari meminta, terkadang kita tidak sedar bahawa kita juga menjadi orang yang meminta (perkara yang sepatutnya)....seperti meminta pertolongan orang lain untuk melakukan sesuatu kerna kita ini insan yang tidak sempurna. kita tidak mampu untuk membuat sesuatu tanpa memerlukan pertolongan orang lain. tetapi janganlah kita meminta2 dengan benda yang tidak sepatutnya...fikir2kan dan renung2kanlah ...
wasalam...

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template