23 October 2009

Kuat makan tanda hati senang



RAMAI orang pantang sahaja nampak makanan mulalah selera mereka pun bertambah. Tidak kira makanan itu makanan berat ataupun ringan. Sedap ataupun tidak. Tambahan pula kalau aroma baunya yang menusuk hidung lagilah membangkitkan nafsu makan.

Namun wujud segelintir dari kalangan kita yang pelik akan selera makan mereka yang semakin hari semakin bertambah. Kuat makanlah senang cerita. Menurut kajian sains banyak faktor yang boleh mengakibatkan selera makan kita bertambah. Wujud segelintir kita yang selera makannya bertambah namun berat tidak juga bertambah-tambah malah boleh jadi berkurang.

Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat juga sesetengah manusia yang selera makan mereka boleh berkurang dan pastinya berat mereka juga berkurang. Sesetengah mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik seperti sakit buah pinggang¸ kanser¸ AIDS dan sebagainya adalah contoh yang boleh mengakibatkan selera makan berkurang.

Namun apakah pula yang menyebabkan selera makan kita boleh bertambah? Pada pemerhatian saya kebanyakan manusia yang berada dalam kemurungan akan sentiasa berada dalam kesedihan¸ hati tidak tenteram¸ keluh kesah¸ fikiran barangkali berserabut. Maka sudah tentulah selera makan pun tiada. Sebab itulah kita selalu melihat mereka yang sedang berada masalah di tempat kerja atau keluarga segala urus diri mereka entah ke mana.


Hal ini berbeza pula bagi mereka yang hatinya senang. Segala apa yang mereka
mahu¸ mampu diperoleh dengan mudah. Hati senang¸ gembira dan bahagia. Lihat
sekeliling seakan mahu tersenyum sahaja. Serasa dunia ini indah belaka.

Selalunya orang begini jarang punya masalah yang besar-besar dan berat-berat. Mereka jarang berfikir sesuatu untuk berusaha menyelesaikan masalah berat yang dipikul. Orang sebegini selalunya akan mempunyai selera makan yang banyak. Kalau lalu sahaja di kedai makanan-makanan ringan pantas sahaja tangan mencapai snek-snek makanan ringan. Kalau malam pun begitu.

Kebanyakan mereka akan menghabiskan waktu malam mereka dengan menguyah tidak kira apa juga makanan sambil menonton televisyen atau barangkali di hadapan komputer dan tidak mustahil juga ketika sambil menelaah pelajaran.

Namun siapa pun kita. Dalam golongan manapun kita. Bersyukurlah kerana kita masih dikurniakan nikmat untuk menjamah dan menjamu selera segala macam makanan. Tiada rasanya atau sukar untuk kita melihat masyarakat di Malaysia yang mati kebuluran sepertimana yang berlaku di Darfur, Palestin dan negara sedang membangun lain.

Kita sebagai umat Islam sentiasalah perlu menjaga adab-adab ketika makan dan minum. Bukankah itu telah lama diajar kepada kita sewaktu kita kecil-kecil lagi. Makan dalam keadaan duduk¸ bacaan doa sebelum dan selepas makan. Perkara ini nampak ringan. Namun itulah yang selalu kita tinggalkan termasuklah saya. Kalau sekecil-kecil perkara ini pun tidak mampu kita jaga bagaimana untuk memikirkan perkara-perkara yang lebih besar.


Makan apabila lapar behenti sebelum kenyang

p/s: Sama-samalah kita saling mengingati. Salah silap harap dimohon maaf. Manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Jadilah kita manusia yang sesempurna mungkin walaupun manusia itu memang tiada yang sempurna.

6 comments:

Ami Farhani MNA on November 1, 2009 at 4:26 AM said...

salam..

hmm tapi ramai orang yang saya jumpa..makan secara berlebihan apabila mempunyai masalah atau berada dalam keadaan tekanan.. terbalik pula ya.

Ezainy on November 1, 2009 at 9:19 PM said...

To Ami Farhani,

Mungkin ada benarnya juga apa yang kamu katakan. Terdapat sesetengah kita yang menjadikan makan sebagai salah satu cara untuk menghilangkan tekanan yang terbeban. Justeru, jadilah kita manusia yang bijak dalam meniti setiap tekanan hidup.

p/s: Kehidupan tanpa tekanan dan cabaran ibarat lagu tanpa irama, indah didengar tapi tiada seri.

Anonymous said...

salam ezainy..

tanpa cabaran ibarat lagu tanpa irama
tiada indah tiada serinya
banyak makan ianya kerana berduka
kerana juga sedang bersuka ria...

p/s: mcm mana ok tak? hehe...ermmm....tapi rasanya bunyinya mcm pelik jer....sori yer. menyemak blog saudara ezainy pulak...

Ezainy on November 3, 2009 at 5:59 PM said...

Wslm. Wah, berpantun pula kamu ya.

Bersuka ria riangkan hati
Pengubat hati duka nan lara
Hati tenang wajah berseri
menjadi impian kita semua

p/s: Pandai kamu berpantun. Tiada yang peliknya. Selamat datang ya ke sini. (^_^)

Salahuddin Harith on November 25, 2009 at 12:23 AM said...

betul sangat...baru sahaja turun 9 kilo sebab susah hati..

sekarang dah naik 5 kilo sebab senang hati

Nooreena on December 3, 2009 at 6:47 AM said...

Salam. Saya kuat makan tak kira hati senang atau susah. Aiyoh!

PS: Lama tak menyinggah ke sini. Banyak yang sudah berubah. :D

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template