16 October 2009

Hidup perlu tekanan


KITA selalu merungut. Masalah yang menimpa seolah-olah tiada hentinya. Selepas satu selesai datang pula yang lain. Seolah-olah tidak pernah cukup. Serabut fikiran memikirkan jalan keluar ke arah penyelesaian. Kemudian datang pula yang lain.

Namun sedarkah kita bahawa itulah yang dinamakan kehidupan. Kehidupan tidak akan pernah lengkap jika tiada permasalahan dan tekanan di sampingnya.
"Begitu jugalah tuhan ciptakan dunia ini berwarna
warni. Cuba bayangkan kalau dunia ini hanya ada warna hitam dan putih. Sudah tentu bosan bukan. "

Pernah anda jumpa manusia yang tidak pernah punya masalah? Jawapannya sudah tentulah tidak. Setiap orang pasti punya masalah. Tidak kiralah masalah itu besar ataupun kecil. Tetapi yang membezakan adalah sejauh mana kita mengenal pasti masalah tersebut dan menyelesaikannya dengan penuh berkhemah dan bijaksana.

Bagi kebayakan kaum hawa andai tiba sahaja hari raya, aidilfitri dirasakan tidak meriah dan lengkap jika tidak ditukar langsir baru. Lain pula bagi si nenek tua di kampung setiap malam ramadhan pasti perlu dihidupkan pelita keliling rumah. Semua ini andai tidak dilksanakan adalah suatu masalah besar buat mereka. Penagih dadah kalau tercicir duit 50 sen akan dikais-kaislah tanah mencari ke mana hilangnya syiling tersebut. Pernah nampak bukan? Sesungguhnya, semua ini berbeza mengikut persepsi masing-masing.

Namun dalam kita tidak sedar, masalah dan tekanan itu sendiri perlu untuk setiap individu. Dengan adanya tekanan, kita dapat memacu diri kita ke arah yang lebih maju. Jika tiada tekanan kita akan sentiasa berada dalam zon yang selesa. Kita sentiasa berada pada takuk lama. Kita akan sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada.

Sememangnya dari satu aspek kita disarankan supaya bersyukur dengan apa yang kita ada. Namun tidak sedarkah kita bahawa dengan adanya tekanan itu sendiri membuatkan kita sentiasa berusaha dengan lebih keras mengatasi tekanan tersebut. Barulah kita boleh menjadi golongan yang sentiasa berjaya.

Seorang penjual pisang goreng tepi jalan tidak salah untuk memiliki Toyota camry 2.4 andai mereka mampu. Semoga dengn aset yang mereka ada itu akan memberi tekanan positif buat mereka untuk bekerja dengan lebih keras lagi bagi menunaikan setiap tanggungan mereka. Ubah cara berfikir. Usah menganggp tekanan itu sebagai suatu bebanan. Tetapi anggaplah tekanan itu sebagai suatu batu loncatan positif untuk kita kita sentiasa berusaha sesuatu yang baru untuk mencapai kejayan yang lebih baik.

p/s: Manusia yang jarang memaksimumkan penggunaan kedua-dua belah otak mereka akan lebih mudah terkena simptom nyanyuk apabila tua kelak. Justeru, gunakanlah semaksimumkan mungkin kedua-dua belah otak kita sebaiknya.

2 comments:

nurul on October 26, 2009 at 5:46 AM said...

salam ....

memang benar. tension...tekanan....pressure....memang tak boleh lari dari kehidupan kita sehari2...tetapi yang penting bagaimana kita berusaha untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah kita....perlu ada kesabaran. kalau tak susah2...dugaan dan ujian inilah yang diberi oleh Allah untuk menguji hambaNya atau untuk menghapuskan dosa2 yang telah dilakukan dahulu. oleh itu, hadapilah setiap tekanan dengan redha dan penuh sabar. insyaAllah pasti ada hikmah di sebaliknya...

p/s: jikalau hidup tiada sebarang tekanan, hidup akan menjadi suram dan tiada warnanya...

Ezainy on October 26, 2009 at 4:24 PM said...

Terima kasih atas nasihat kamu nurul. Adakah patut kita ini sebagai umat manusia mengaku kita ini beriman sedangkan kita tidak pernah diuji oleh-NYA.

Sesungguhnya dengan setiap rintangan dan cabaran dalam kehiduoan inilah menjadikan kita manusia yang lebih matang dalam menempuh hari mendatang.

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template