19 October 2009

Jejaka Melayu Terakhir



SIAPA itu jejaka melayu terakhir? Berbicara persoalaan ini saya lebih gemar menulis mengikut pandangan peribadi saya. Tidak semestinya betul boleh jadi salah. Semua lelaki golongan adam mahu dikatakan yang mereka ini macho, tampan, segak, gagah dan bergaya. Ya bukan.

Namun apakah sebenarnya kriteria yang dikatakan lelaki macho atau lelaki hebat ini? Adakah lelaki gagah dan macho ini adalah mereka yang bermuka jambu? Atau adakah mereka yang bertubuh sasa tegap handsome bergaya?

Setiap orang punya pandangan masing-masing. Terdapat sesetengah mereka yang menganggap lelaki yang macho ini terletak pada janggutnya. Usah terkejut ya. Ini kenyataan hasil daripada pembacaan saya. Bagi mereka sejauh mana keunikan janggut itu maka macholah lelaki itu.

Tidak kurang pula ada yang mengatakan lelaki gagah, macho dan hebat ini dinilai daripada ketampanan pada wajahnya. Sekali pandang teruja bergetar jiwa. Ada juga yang mengatakan bahawa jejaka macho ini adalah mereka yang hebat dan petah berbicara. Kalau berkata-kata nampak hebat belaka. Kata-katanya penuh berhikmah.

Lelaki gagah dan macho juga ada yang berpendapat adalah mereka yang relaks, cool dan tenang. Mudah tersenyum tidak masam mencuka selalu.

Tidak kurang juga ada di kalangan wanita yang menganggap lelaki hebat dan gagah ini adalah mereka yang koceknya penuh. Poket tebal. Gaji beribu-ribu ringgit. Pakai kereta besar. Berpangkat tinggi dan berjawatan besar, sentiasa berpakaian kemas dan berjaya dalam hidup. Semua ini dikatakan bagi mereka adalah lelaki yang macho.

Terdapat juga segelintir yang mengatakan bahawa lelaki macho dan gagah ini adalah mereka yang manis berbicara. Pandai memujuk. Kata-katanya boleh mencairkan golongan hawa yang mendengarnya.

Ada juga yang mengatakan bahawa ketampanan dan kehebatan seorang lelaki terletak pada kegigihan serta usahanya dlm menghadapi cabaran dan kesukaran hidup serta mampu 'mampu berdiri dgn sendirinya'..

Namun apa yang saya cuba ketengahkan di sini adalah. Apakah ketampanan dan cantik paras rupa itu kekal selamanya? Apakah jawatan tinggi dan penampilan luaran itu menjamin lelaki itu orang baik-baik. Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda semua.

Akhir sekali terdapat suatu golongan yang menganggap ketampanan, kehebatan, kegagahan dan kemachoan lelaki itu terletak pada sejauhmna tinggi nilai ilmu pengetahuannya terutama ilmu agamanya. Sejauhamana pengaplikasian ilmu itu dalam kehidupan sehariannya. Sejauhmana keikhlasannya dan kejujurannya. Sesungguhnya itu yang kekal walaupun memang sukar untuk menilai seseorang itu hanya pda luaran.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

p/s: Sekali lagi saya ulangi. Segala hasil tulisan ini tidak semestinya benar, boleh jadi salah. Segala yang baik jadikan tauladan dan yang buruk usah dibuang tapi jadikanlah ia cerminan supaya boleh dijadikan panduan suatu masa nanti. Salam muhibbah dari saya. Jumpa lagi...

2 comments:

Anonymous said...

salam....

wahai insan yang sedang berlewaran di bumi sahara....memang ada benarnya terkadang ciri2 yang anda katakan itu adalah ciri2 jejaka melayu terakhir. tetapi menurut saya ianya cukup sekadar mempunyai kekuatan ilmu dunia dan akhirat yang kukuh dan sentiasa tenag dan sabar dalam menghadapai sesuatu dugaan dan ujian daripada Allah. ianya sudah layak digelar sedemikian. itu hanya menurut pendapat saya insan yang kerdil ini. apapun tujuan hidup ini bukan untuk digelar jejaka atau perempuan melayu terakhir tetapi untuk digelar umat yang soleh dan solehah serta bertakwa di sisiNya....itu yang akan menaikkan darjat kita...
wasalam....

Ezainy on October 25, 2009 at 4:24 PM said...

Benar pandangan anda. Tepat sekali. Namun, realitinya kebanyakan masyarakat sekarang berfikiran yang sebaliknya. Sama-samalah kita perbetulkan yang mana silapnya. Jadilah kita manusia yang mulia di sisi ALLAH walaupun hina pada pandangan manusia.

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template