30 April 2009

Aku bukannya culas...’Bagaimana memacu diri?’


Remez Sasson, pakar motivasi barat pernah berkata. Motivasi adalah jentera kuat yang menolak kita ke arah kejayaan dan pencapaian. Ia adalah daya pandu. Untuk mencapai sesuatu, kita memerlukan kuasa yang memacu dan menolak kita, tanpanya sesuatu itu pasti tidak berlaku. Berbeza dengan keinginan. Dengan hanya keinginan tidak cukup untuk membuat kita melakukan sesuatu. Tetapi dengan keinginan yang kuat dan mantap iaitu motivasi sesuatu matlamat boleh tercapai. Contohnya dalam konteks kita sebagai pelajar, kita tidak akan mampu untuk terus belajar bersungguh -sungguh kalau tiada motivasi dalaman yang menolak kita untuk belajar.


Langkah pertama sentiasa berfikiran positif dan percaya pada diri sendiri.


Paul J. Meyer pengasas kepada Success and motivation international programme berkata apabila kita menyertai sesuatu pertandingan dengan tidak memberi sepenuh kepercayaan kepada mental kita, sebenarnya kita telah dulu kalah. Berilah tumpuan pada kekuatan yang kita ada walaupun di situ terdapat kelemahan.


Ramai di kalangan kita yang tidak percaya akan kehebatan pada diri sendiri. Kita merasakan kita ini tidak hebat. Kita ini orang biasa-biasa sahaja. Kalau dalam sesuatu majlis kita suka duduk di barisan belakang-belakang. Percayalah semua bahawa kita ini diciptakan tuhan dengan seribu satu kelebihan. Semua yang ada di muka bumi ini hebat-hebat belaka. Yang berbezanya, sejauhmanakah kita menzahirkan kehebatan yang kita ada. Sejauh manakah kita memaksimumkan keupayaan yang kita miliki dan sejauhmanakah kita mengeluarkan aura kehebatan dalam diri kita.


Napoleon bonarpate seorang yang kecil pendek rendah saja orangnya 5 kaki 1 inchi. Selalu dipermainkan rakan-rakannya di maktab ketenteraan tempat dia belajar kerana pendek. Tambahan pula beliau berasal dari Pulau Corsica. Pulau yang tidak dipandang penting oleh orang Perancis. Tetapi, apakah beliau menyalahkan takdir? Tidak, beliau percaya pada keupayaan dirinya. Beliau percaya bahawa setiap manusia yang diciptakan memang hebat Cuma kita sahajalah yang perlu bijak menentukannya. Beliau belajar bersungguh-sungguh ilmu ketenteraan. Beliau mengubah dirinya menjadi orang cemerlang. Akhirnya dengan hanya ketinggian 5 kaki 1 inchi tersebut beliau berjaya menjadi maharaja perancis yang menakluki hampir tiga suku benua eropah.


Langkah kedua, letakkan matlamat yang jelas jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Tulis besar-besar dan kemudian tampal di tempat yang mudah kita baca. Apa itu itu matlamat jangka masa pendek dan matlamat jangka masa panjang?


Matlamat jangka masa pendek maknanya kita mensasarkan target terdekat kita. Contohnya aku ingin dapat mumtaz untuk peperiksaan akhir tahun ini. Aku ingin lulus kesemua 13 subjek yang aku ambil tahun ini dengan pangkat maqbul. Ini penting ya kerana dengan mensasarkan matlamat jangka masa pendek yang jelas kita akan dapati kita punya tanggungjawab yang perlu dilunaskan dalam masa terdekat. Kemudian, letakkan pula matlamat jangka masa panjang seperti selepas aku habis belajar 4 tahun di Mesir aku akan jadi pensyarah kanan di Jabatan Undang-undang UIA. Selepas habis 6 tahun belajar, aku akan bertugas sebagai doktor di Hospital Johor Bahru kemudian akan menjadi pakar kanak-kanak. Perkara ini penting supaya kita tahu ke mana arah kita selepas habis belajar nanti.


Apabila kita telah meletakkan matlamat, kita letakkan pula apakah akibat seandainya matlamat kita itu tidak tercapai. Mungkin bagi pelajar perubatan contohnya, kalau aku tak lulus apa akan jadi pada aku nanti? Apabila kita telah meletakkan matlamat dan akibat yang jelas, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat dan seboleh-boleh tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan akibat tersebut daripada berlaku.


Bernard Shaw pernah mengungkapkan kata-kata yang menyentuh perasaan. Kata beliau. Seseorang menjumpai sesuatu yang wujud dan bertanya..mengapakah? Tetapi aku suka membayangkan sesuatu yang tidak pernah wujud dan bertanya mengapa tidak?


Bersambung....


p/s: Entri ini saya tulis lantaran musim peperiksaan yang kian hampir bagi kebanyakan pelajar di perlembahan Nil ini. Saya akan sambung langkah ketiga dan keempat pada entri akan datang. Kejayaan bermula dari fikiran. Sama-samalah kita bina minda yang positif dari sekarang.

7 comments:

silent reader~ on April 30, 2009 at 3:16 PM said...

Salam~

Yang kita bentuk dengan jelas tu sebenarnya adalah doa, jika doa kita pasti dan jelas, Allah mudah kabulkan.
Kata seorang pakar psikologi, semakin jelas gambaran dalam minda, semakin kuat kesan kepada pencapaian matlamat malah gambaran dalam minda 10x lebih berpengaruh daripada azam yang di bentuk.

Just berkongsi info~

Ezainy on May 9, 2009 at 3:09 AM said...

Terima kasih ya Norhasnah atas info yang sangat berguna. Keberkesanan matlamat dan gambaran yang kita letakkan bergantung pada sejauhmana kepercayaan kita terhadap keupayaan diri sendiri di samping usaha yang berterusan.

p/s: Marilah kita letakkan gambaran yang jelas di minda. Tapi, usah sampai jadi macam mat jenin sudah la ya.(^_^)

Anonymous said...

salam seniorku..


kebanyakan bhn motivasi byk menjurus ke arah matlatmt berbentuk duniawi.Bagaimana cara untuk kita lebih bermotivasi yg menjurus ke arah mtlmt ukhrawi?

Ezainy on July 12, 2009 at 5:26 PM said...

Hafiz Huzazi,

Memang benar kata kamu. Banyak bahan motivasi yang menjurus ke arah matlatmat berbentuk duniawi. Tapi, itu tidak bermakna umat Islam lemah bukan. Mungkin kerana kurangnya motivator Islam seperti kita yang berani tampil ke hadapan untuk mengubah pemikiran masyarakat ke arah matlamat akhirat.

Maka, kita yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama seharusnya bijak dalam menggabungkan kedua-dua matlamat tersebut dalam membina motivasi dalaman agar matlamat utama kita untuk mencari redha ALLAH tercapai

Anonymous said...

salam..

Betul tu.boleh tak abg ezainy coretkan sdikit pndapat abg dlm nak menggabungjalinkan kedua-dua mtlamt agar kedua-duanya dapat kita capai dlm, posting terbaru abg?ada org kate kita kena pilih salh satu je..pilih dunia,dpt dunia,pilih akhirat dpat akhirat

Ezainy on July 13, 2009 at 8:18 PM said...

insyaALLAH kalau ada kesempatan boleh ana coretkan di sini. Doakanlah ana diberikan kesempatan ruang dan waktu.

Unknown on January 28, 2010 at 5:16 PM said...

tertarik dengan kata2 nirhasnah..tp sy masih mempunyai masalah utama...tiada gmbaran jelas apa yg sya mahu dlm hidup...lebih berat apabila tiap kali lectrer bg kuliah sy tidak dapat bayangkan ap yg dia cuba smpaikan..bahkan sy terlbih lambt untuk memahami apa yg di sampaikan walau diulang byk kali..seterusnye putus ase mula menguasai..pernah cuba untuk bangun..tp tak tahu mn nk dimulakan..

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template