02 April 2009

Power secawan NESCAFE


Paul Erdos, pakar matematik Hungary pernah berkata “Ahli matematik adalah jentera yang menukarkan kopi kepada teorem.”


TERUJA saya apabila mula membaca ungkapan di atas. Apa hebatnya kopi sehinggakan tokoh di atas mengeluarkan ungkapan sedemikian? Bukankah selama ini hanya keburukannya sahaja yang digembar gemburkan. Rasa tidak adil pula andai tidak mengkaji di sebalik kebaikannya. Kalau ada yang mahu ikut saya, mari kita cari. Ha, Kopi atau pun yang sejenis dengannya sepeti teh ataupun nescafe boleh membuatkan kita bekerja satu hari suntuk tanpa rasa mengantuk. Wow, hebatnya!


Suatu makanan ataupun minuman yang mengandungi kafein seperti nescafe akan membuatkan kita sentiasa alert dan kalau boleh berjaga sentiasa. Membuatkan kita fokus selalu menghilangkan rasa mengantuk. Maka itu bagi sesiapa selepas ini yang ingin bermusafir jauh terutama bagi pemandu yang memerlukan tumpuan tinggi, rajin-rajinlah mencubanya ya.



Charles Czeisler, Saintis saraf di Harvard Medical School berkata”Apabila suasana kerja berubah dari jadual kerja yang mengikut kitaran matahari (siang dan malam) kepada kerja dalaman (pejabat) mengikut aturan jam, manusia terpaksa ikut menyesuaikannya. Penggunaan kafein dalam makanan dan minuman ditambah pula dengan bantuan cahaya elektrik membuatkan manusia boleh bekerja hanya mengikut jadual yang ditetapkan jam tidak lagi terikat pada waktu siang atau kitaran tidur yang normal.”


Apa yang cuba disampaikan oleh saintis saraf tersebut. Tidak lain membuktikan bahawa dengan meminum nescafe membuatkan manusia terutama yang bekerja di dalam pejabat seakan-akan lupa bahawa masa telah bertukar dari siang ke malam dan berikutnya kerana tingginya kesan alertness yang ada pada kafein di samping kesannya pada tidur.


Pada sekitar 1980 an, Dietrich Mateschitz, warga Austria yang bekerja untuk Blendax, sebuah syarikat kosmetik Jerman seringkali terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk mempromosikan produk jualannya. Berjaga malam dari Frankfurt ke Tokyo dan Beijing. Beliau mempunyai masalah jet-lag yang membuatkan hasil kerja beliau tidak berkualiti. Namun setelah sampai ke beberapa negara Asia beliau terkejut apabila mendapati kebanyakan pemandu teksinya sentiasa dengan secawan kopi. Apabila tiba di Bangkok, beliau cuba merasa minuman tersebut. Beliau teruja dengan kesannya dan kemudian, beliau mengasaskan minuman pembekal tenaga campuran kafein lantas mengeluarkan slogan berikut untuk produknya:


Manusia akan dapati banyak perkara yang lebih baik untuk dilakukan daripada tidur. Sesungguhnya kafein memberikan kamu sayap untuk terbang.”

Dalam kita sibuk memperkatakan kehebatan nescafe ini, jangan sampai berlebihan pula ya. Sesungguhnya kita memang tidak boleh menidakkan bahawa nescafe ini juga sebenarnya banyak keburukan terutama kepada penghidap diabetes dan tekanan darah tinggi. Jangan terkejut kalau ianya juga membuatkan anda sentiasa ke tandas untuk membuang air kecil. Cukuplah sekadar bersederhana tidak lebih dari secawan sehari. Selamat mencuba...


9 comments:

Anonymous said...

salam kunjungan pertama...

saya tak boleh minum nescafe.. orang lain minum untuk berjaga. kalau saya minum terus pening kepala dan akhirnya tertidur... bagaimana tu yer.. hehe..

Ezainy on April 3, 2009 at 12:38 PM said...

Wslm buat si pengunjung pertama,

Banyak pendapat yang berbalah mengenai caffeine ini. Dalam sesetengah keadaan caffeine berkesan 40% lebih baik dalam merawat migraine. Dalam pada masa sama, caffeine juga boleh menyebabkan pening migraine terutama bagi mereka yang terlalu bergantung padanya.

p/s: Bersederhanalah dalam apa jua pun. Hanya kita sahaja yang tahu kesesuaian diri sendiri. Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya..(^_~)

Anonymous said...

yup.. saya pernah belajar tentang caffeine boleh digunakan utk membantu melegakan migraine... sebab itula sesetengah ubat migraine ada caffeine di dalamnya (cth: Cafergot yang mengandungi ergotamine+caffeine)...sekadar ingin berkongsi.. =)

[MH] on April 5, 2009 at 5:21 AM said...

sy minum nescafe juga bila malam-malam terakhir sebelum exam. faktor utama minum nescafe selain hilangkan mengantuk ialah meredakan gementar menjelang exam

Tapi tk suka minum begitu sahaja. Wajib ada perisa. Contoh Bounjour perisa HAzel Nut..

aaa,rs mcm dh jatuh cinta dgn minuman ni. tp itu la,tidak elok minum selalu

p.s: bro,sy sudah link kan ke FTI
tq!:)

Ezainy on April 5, 2009 at 8:50 AM said...

Fathiyyah,

Berbeza dengan saya. Sebenarnya saya kurang suka mengamalkan nescafe sabagai minuman harian lebih-lebih lagi apabila peperiksaan menjelang tiba. Bukan apa, selalunya apabila tiba musim peperiksaan budaya insomnia pun datang. Kalau ditambah dengan nescafe, tak tidur malam dibuatnya.

"faktor utama minum nescafe selain hilangkan mengantuk ialah meredakan gementar menjelang exam"

p/s: Kamu tentu seorang yang kuat study. Berjaga hingga larut malam, memang sesuailah nescafe sebagai teman..

Learner on April 18, 2009 at 5:58 AM said...

haha... aku suka post ni..
bagi pengambil kafein tegar macam aku ni, agak pelik utk dengar recommendation kopi secawan sehari tu,... haha..

coffee/tea-dependent mode..
even mase aku tulis comment ni aku baru je telan secawan nescafe.... hehe..


p/s: ak bru tukar alamat blog aku... "mrlearner.blogspot.com"

Ezainy on April 18, 2009 at 8:02 AM said...

haha...ko rupanya. nyaris aku tak cam. apahal lah pelik benar kasi nama blog tu...hehe. Anyway, marilah kita menterbilangkan diri dengan nescafe.(*_~)

donut said...

salam..sy pn xle minum kopi..alamakny pening la lps 2..susu n swaktu dgnny pn doktor x galak minum ats sbb yg same..sedih jgk sbb susu adlh kgemaranku tp trpaksa tahan je..huhu

ila on May 6, 2010 at 4:27 PM said...

salam...sya slalu mnum nscafe,dah 4 thun..dri sya msuk skolah tknik hnggala skarg sya di ipt...sya mnum shari 2 kli,iaitu pg & mlam..sya ambik ngan tjuan spaya sya snang nak s2dy n dpat mnmpukan spenuh prhatian...adkah sya lbih cndrung untuk trima pnyakit yg brkaitan ngan nscfe scra brlebihan ni??n apkah jnis pnyakit itu????

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template