10 April 2009

Siapa mahu ditanya?


SERING bertanya pada diri sendiri persoalan yang kekadang tidak punya jawapan. Mahu ditanya pada mereka tapi rasa malu. Elok dipendam manakan tahu suatu masa akan ketemu jawapannya. Andai soal hati yang menjadi persoalan tidak mengapa. Tapi, apa akan jadi kalau soal kehidupan perbalahan hak kemanusiaan yang menjadi tanda tanya. Kejam rasanya untuk terpaku diam tanpa ada rasa mahu meluah pada yang punya hak.


“Malu bertanya sesat jalan”. Ya, memang benar. Persoalaannya pada siapa patut ditanya. Bukan semua mampu memberi seperti mana yang diminta. Tidak semua bisa berkongsi apa yang ingin diberi. Ramai yang mampu menjadi pendengar setia, tapi sedikit cuma yang boleh menjadi pelerai kekusutan. Huh...Mungkin perlu belajar mencari mereka yang sentiasa tunduk dari mendongak menghulur dari menadah.


M.R Kopmeyer dalam bukunya yang berjudul 'Bagaimana mahu memenuhi impian anda’ pernah menulis satu perkataan ajaib untuk mencapai kejayaan di dunia iaitu "tanya". Katanya...anda akan dapat memperoleh kejayaan, kekayaan, kemewahan, kemasyhuran, kuasa, cinta kasih sayang dan apa sahaja seandainya anda pandai menguasai 5 huruf ajaib ini. Maka bertanyalah.
.


Suatu petang Mamat berjalan pusing kampung. Kutu malam merayap sudah menjadi tabiat. Tapi petang itu dia disuruh ibu ke rumah Pak Mail untuk menghantar jahitan. Maka, sampai di satu hujung persimpangan jalan, dia pun tidak tahu ke mana arah yang sepatutnya . Mujur ada seorang budak kecil lalu di situ, maka berlakulah perbualan berikut:


Mamat: Semekom dek..Boleh tumpang tanya.

Budak: Boleh je. Apa ya bang.

Mamat: Abang nak ke rumah Pak Mail. Dekat simpang depan tu, belok ke kanan atau kiri?

Budak: Oh, rumah Pak Mail. Saya pun tak pasti sangat la bang. Tapi, kalau tak silap saya la (sambil berfikir tangan di dagu)....erm......sama ada ke kanan ataupun...........................kiri.

Mamat: ???

2 comments:

nurul on April 11, 2009 at 9:40 PM said...

salam....

Memang kita perlu bertanya jika kita tidak mengetahui sesuatu. Jika tidak sampai bila2 pun kita tetap tidak tahu. Daripada penyelidikan yang telah dilakukan, didapati bahawa peratus pelajar yang gagal dalam sesuatu matapelajaran adalah disebabkan kerana mereka tidak memahami subjek tersebut dan malu untuk bertanya walhal guru mereka suka kepada pelajar yang bertanya. Akibatnya diri sendiri yang merana.
Pada siapa pula perlu ditanya? Yang penting bertanyalah pada mereka yang diyakini dapat memberikan jawapan kepada kita. Jika tidak, akibatnya jadilah seperti kisah mamat dan budak itu......

p/s: kadangkala, apa2 yang ditanya oleh seseorang kepada kita juga, kita pun tiada jawapannya.....hakikatnya, semua manusia bukan tahu akan semua perkara.......kerna manusia ada kelebihan dan kekurangan.

Ezainy on April 12, 2009 at 3:53 AM said...

Wslm,

Terima kasih ya Nurul atas nasihat kamu. Memang benar kata kamu, ramai di kalangan pelajar gagal kerana malu untuk bertanya. Bahkan bukan saja dalam pelajaran, tetapi juga kehidupan. Kadangkala kita malu kerana merasakan apabila kita bertanya, kita ini bodoh. Kita tidak mahu bertanya kerana ada rasa ego dalam diri terutama golongan adam seperti saya.

Bertanyalah pada sesiapa. Bukankah nabi kita pun pernah bersabda... lihat dan dengar apa yang disampaikan, bukannya pada siapa yang berkata. (^_~)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template