20 April 2009

Dari shisha ke Kaherah


Cebisan kata-kata yang ditulis lantaran melihat keberadaannya di Kota Kaherah ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan...


Sejarah


SHISHA dikatakan mula dipelopori sejak berabad lamanya. Menurut satu sumber sejarah, shisha dikatakan telah dicipta dan direka oleh seorang doktor perubatan iaitu Hakim Abdul Fath di India. Peristiwa ini berlaku pada pemerintahan Empayar Akbar sekitar tahun 1516-1605. Dr Hakim Abdul Fath telah mengeluarkan pendapatnya bahawa “udara atau asap yang disedut melalui penyangga oleh air adalah kurang berbahaya”. Kenyataan yang tanpa bukti kukuh ini telah tersebar ke seluruh pelusuk benua malah masih dipercayai sehingga sekarang. Sehinggakan kalau di pasaran terbuka, ramai peniaga memaparkan produk shisha mereka hanya mengandungi 0.5% nikotin dan 0% tar.


Shisha atau rokok lebih berbahaya?

  • Sebatang rokok biasanya mengambil masa 5-7 minit, 8-12 hembusan dan kira-kira 0.6 liter asap akan disedut. Manakala untuk satu sesi shisha mengambil masa kira-kira 20-80 minit, 50-200 hembusan dan 30-200 liter asap akan disedut. Ini menunjukkan dengan satu sesi shisha, seseorang akan menyedut asap yang lebih banyak berbanding seseorang yang menghisap 100 atau lebih batang rokok.
  • Seseorang yang mengambil nikotin seperti merokok akan mengalami ketagihan. Mereka akan mengambil sejumlah kuantiti nikotin sehingga memenuhi kepuasan ketagihan mereka. Tetapi dalam kes shisha ini, kandungan nikotin yang rendah dalam shisha mengakibatkan seseorang akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke tahap kepuasan ketagihan mereka. Ini menyebabkan penghisap sisha lebih banyak terdedah kepada bahan kimia penyebab kanser dan gas berbahaya seperti karbon monoksida daripada penghisap rokok biasa.


Permasalahan yang kerap wujud berkaitan shisha dan rokok.


  • Adakah air di dalam shisha menapis (menyaring) gas dan asap yang berbahaya?


Air hanya menapis keluar sejumlah kecil nikotin, tar, karbon monoksida dan logam yang terdapat dalam asap shisha. Contohnya hanya 5% nikotin yang disaring keluar ke dalam air. Saringan (tapisan) nikotin ini pula tidak memberi kesan baik pun, kerana seseorang akan meningkatkan lagi jangka masa sesi shisha mereka sehingga mencapai tahap kepuasan ketagihan. Ini menyebabkan kuantiti nikotin yang diambil juga meningkat.


  • Adakah shisha lebih selamat berbanding rokok kerana kuantiti nikotinnya yang lebih rendah?


Kajian yang dijalankan oleh University Maryland, College Park mendapati bahawa mereka yang menghisap shisha setiap hari, menyedut sejumlah kuantiti nikotin yang sama banyak dengan mereka menghisap rokok sebanyak 10 batang rokok setiap hari. Manakala mereka yang menghisap shisha dengan kekerapan 3 atau 4 hari sekali, menyedut sejumlah kuantiti nikotin yang sama dengan mereka yang menghisap 2 batang rokok setiap hari.


  • Benarkah shisha tidak berbahaya berbanding rokok kerana tembakaunya tidak dibakar?


Walaupun tembakau di dalam shisha hanya dipanaskan dan tidak dibakar, tetapi ianya tetap menghasilkan asap. Tambahan pula, tembakau di dalam shisha ini dinyalakan dengan menggunakan arang yang membebaskan karbon monoksida. Paras kandungan gas karbon monoksida yang dihasilkan oleh shisha boleh jadi sama atau lebih tinggi daripada rokok biasa bergantung pada saiz shisha, saiz penyedut pada shisha dan juga jenis tembakau.


Kajian yang dijalankan oleh Unit Promosi & Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Brunei menunjukkan bahawa 45 minit shisha bersamaan 50 batang rokok tembakau.

7 comments:

Iliana on April 20, 2009 at 10:49 AM said...

really? .:shock:.

mak uiii~ bahaya sungguh..hisap rokok daun je la..

Ezainy on April 20, 2009 at 3:06 PM said...

Barangkali ada baiknya juga kalau selepas ini dicoretkan pula tentang rokok daun. (^_~) Terima kasih Iliana atas ingatan itu.

silent reader~ on April 21, 2009 at 7:55 AM said...

Salam...

Info yg sangat berguna.
Kene share ngn member2 lain jugak nih. Saya link kan n3 ni yer? ;)

Ezainy on April 21, 2009 at 9:39 AM said...

wslm Norhasnah..
silakan..Saya sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran. Moga dapat memberi kesedaran bersama.

nurul said...

salam...

terima kasih kerna memberikan info yang berguna. baru saya tau yang shisha lebih merbahaya berbanding dengan rokok. tetapi bagaimana dengan cerut? adakah kesan cerut sama dgn rokok?

Ezainy on April 25, 2009 at 1:37 PM said...

wslm nurul,
Pengarah Eksekutif Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata penggunaan tembakau (sama ada menghisap rokok, cerut atau paip) menyumbang 30 peratus kematian di kalangan pesakit kanser.

"Semua hasil tembakau memberikan kesan buruk sama seperti rokok, walaupun ia tidak dibakar. Tidak benar dakwaan yang mengatakan hisap cerut kurang berbahaya berbanding rokok kerana kandungannya lebih kurang sama"

p/s: Saya hanya memetik kata-kata pakar perubatan di atas. Bimbang andai yang bicarakan dipertikai kelak. Sama-samalah kita amalkan gaya hidup yang sihat. Minda dan otak yang cerdas lahir dari tubuh badan yang cergas.(^_^)

ajim432 on June 28, 2009 at 12:36 PM said...

mmm...

mcm ne perise 2 bleh jd ek???

kalu dr daun2 myb buat cm rokok biase...(mint)

tp kalu pd buah2???(apple)

cm mane plak kalu chewing gum???

mmm???

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template