30 March 2009

“Tak usah lah nak berlagak”


ORANG suka cakap berdentam dentum. Segala apa yang mereka lakukan kalau boleh satu dunia kasi tahu. Pukul canang dari hulu ke hilir tawaf satu kampung. Padahal apa yang yang mereka ada dan yang mereka lakukan itu bukannya apa sangat. Andai setiap orang diberi kesempatan ruang masa dan peluang, pasti sahaja bisa dilakukan. Apakah mereka tidak berfikir. Kalau mereka itu hebat sangat, ramai lagi yang lebih hebat.


Nabi pernah bersabda: Tidak akan masuk neraka bagi orang yang di dalam hatinya ada sebesar biji sawi keimanan dan tidak akan masuk syurga pula bagi mereka yang di dalam hatinya ada sebesar biji sawi rasa sombong dan takbur.(Riwayat Muslim & Abu Daud)

Saya tertarik untuk memberi pendapat berkenaan isu yang diketengahkan oleh sahabat saya dalam blognya. Klik sini untuk membaca blog tersebut. Rasa ketidakpuas hatiannya kepada pelajar perubatan yang belum pun menjadi doktor tapi sudah pandai-pandai meletakkan title DR itu di depan nama mereka.


Memang tidak dinafikan itu adalah doa. Moga dengan apa yang kita tulis dan yang kita gambarkan itu benar-benar tercapai suatu masa nanti. Tapi, apakah tidak cukup selama ini doa dari ibu bapa dan kawan-kawan yang memang mengenali siapa kita? Alangkah lebih baik kalau ianya sekadar tatapan peribadi sahaja. Tulis besar-besar kemudian ambil gambar kita berlab kot dengan stethoscope dan tampal di dinding bilik. Rasanya itu sudah lebih dari memadai. Tidak perlulah diwara-warakan kepada semua orang.


Oh, saya terlupa. Ya, sudah tentulah mereka ini berbangga. Bangga kerana orang yang ada DR ini selalunya dipandang tinggi orang sekeliling, khidmat diperlukan di mana-mana, kata-kata mereka didengari nampak macam pandai. Maaf, kalau ada yang kurang senang dengan kata-kata saya ini. Tidak lebih sekadar pandangan peribadi. Sama-samalah kita perbetulkan niat dan beringat bahawa bukan kita seorang yang hebat dan power di atas muka bumi ini.


Allah berfirman : Allah tiada menyukai orang yang sombong lagi meninggi diri.
( Surah Luqman: 18).

p/s: Sebutir mutiara yang indah dan cantik kalau dicampak di malam hari jauh terpencil pelusuk mana pun, tetap akan dikejar orang kerana tinggi nilainya di mata manusia.

6 comments:

[MH] on March 31, 2009 at 12:45 PM said...

salam

Dahulu,waktu sy nak naik tingkatan tiga rasanya.Ada terbc majalah Fokus. masa tu hebat memperkatakan tentang keputusan SPM yang br diumumkan. Ada terpampang di situ nama Kisas sebagai salah sebuah sekolah cemerlang,wajah pengetua (Tuan Haji Rahmat) dan ada temuramah bersama sepasang kembar yang cemerlang dari Kisas. Sy ingat sampai sekarang nama kembar tu.(ingat nama belakang..ezairy dan ezainy.)

Baru tahu yang sepasang kembar tersebut ada di Mesir rupanya.. tengok2 sy masuk Kisas dan turut dicampak ke sini.
tengok2 juga, ada link blog FTI kat blog bro ni. boleh tk nak kata 'keciknyaa dunia'? :)

Komen ni takde kaitan dengan entry ni pun,tp sy tahu ia berkisar tentang apa. dan ada kaitan ngn blog abang iwan(banyak kali ke sana baru2 ni)

Salam ziarah ya bro.Fathiyyah tinggal jejak di sini dan mintak link skali..

Ezainy on March 31, 2009 at 4:02 PM said...

ahlan Fathiyyah,

Andai hari ini kita mula berjalan pada satu titik di atas muka bumi ini.. berjalan dan terus berjalan. Suatu masa kita pasti akan menemui titik yang sama. Kerana bumi ini bulat pasti ada penghujungnya. Jika ada usaha dan izin dari-NYA, pasti yang susah boleh jadi senang besar boleh jadi kecil. Macam itu jugalah dunia kita ini..(^_~)

p/s: Kisah SPM itu cerita lama tinggal sejarah. Sudah hampir lima tahun berlalu tapi serasa baru sahaja semalam. fastaQim kama umirt..

ulfah said...

salam.maaf jika comment ini tak diundang,sekadar berkongsi..betul,memang susah bila hati diuji dengan rasa bangga diri.. tanda hati tidak mematlamatkan Allah dan akhirat dlm urusan,asyik mmikirkan pandangan manusia..moga terdidik hati2 yg membaca entry ini..ada lagi satu isu hati yg perlu dimuhasabahkan, kdg2 bila mlihat sahabat2 yg mgunakan tittle dr di blog2,fster,bazar2 atau dmana2 shj punlah cepat shaja hati ni merasa kurang senang..suu' dzannya hati..(astaghfirullah..)..sedangkan tahu, belum tentu mereka salah di sisi Allah dan rasulNya,dan tentunya Allahlah yg lebih layak menilai hati dan niat mereka,moga2 slepas ini Allah kurniakan kita semua hati yg lebih selalu bbaik sgka..
Apa2pun,selama-lamanya manusia mmg takkan dpt lari dr kesilpan..

kelemahan mnyempurnakan insan..

lyanna said...

Salam-

cerita dr blog izwan eh.

Mmm..act-pendapat peribadi,saya turut tidak bersetuju dengan segelintir orang yang bangga dengan status pelajar perubatan sekaligus menggunakan title dr di pangkal nama mereka.Sedangkan mereka masih belum layak dipanggil sedemikian.

Cuma,kita tidak boleh nak menyalahkan mereka seratus-peratus.Mungkin mereka tiada niat dosebaliknya,dan mungkin mereka tidak tahu yang kelakuan mereka itu tidak menyenangkan sesetengah pihak.

Sebagai seorang yang tahu-atau tidak suka dengan budaya seperti ini-kita tidak boleh cepat menghukum mereka-menyatakan mereka riya'-sombong-bangga dengan gelaran tersebut.

Allah sahaja yang maha mengetahui apa yang mereka buat.

p/s:saya pun x suka juga golongan camni-n alhamdulillah-setakat ni x pernah buat-n saya turut merasa kekok ble ustaz/ustazah panggil dr.

ni pendapat saya shj-!

Ezainy on April 2, 2009 at 5:01 AM said...

Buat ulfah said,

Syukran atas kata-kata yang penuh hikmah. Aduh, mengapa cepat benar hati ini berprasangka buruk. Memang benar manusia tiada yang sempurna termasuk juga diri ini. Sentiasa diselaputi lumpur dosa. Andai hati dan bicaraku terlanjur silap...ampunkan hambamu ini ya ALLAH

Ezainy on April 2, 2009 at 5:27 AM said...

Buat Liyanna,

Syukran ya atas nasihat berguna. Dari kata-kata kamu, saya tahu kamu juga pelajar perubatan. Maaf andai kata-kata pada entry saya kurang menyenangkan. Ya, soal hati tidak siapa yang tahu. Benar kata kamu hanya ALLAH sahajalah yang layak. Siapalah kita hendak menghukum.

p/s: Sebenarnya saya sedang mengingatkan hati ini yang kadang kala riak, sombong dan bangga dengan gelaran dan status yang ada.. Sesuatu tindakan yang nyata nampak tiada tujuan dan asas atau sekadar suka-suka elok ditinggalkan, takut menimbulkan fitnah dan kata orang. Moga dimohon petunjuk.

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template