26 March 2009

Jangan marah ya, nanti cepat tua


"Abu Said Al-Khudri berkata Rasulullah pernah bersabda: Awasilah kamu dari sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah ia duduk, andai sedang duduk hendaklah ia berbaring."


SALAM bahagia semua. Harapnya semua tersengih memanjang kalau boleh sampai ke telinga. Eh, ada ke orang yang boleh tersengih sampai ke telinga. Kalau hendak tahu, cubalah sendiri. Manalah tahu andalah orangnya. Tidak kah anda menjadi orang paling ajaib di dunia. Ada yang sedang marah-marah? Jangan marah-marah kawan-kawan. Kalau anda marah, saya nampak wajah anda tua sangat dan kalau yang memang sudah tua lagi-lagilah tua.


Pernah nampak muka orang apabila sedang marah? Buruk bukan. Saya di mesir ini apa lagi. Negara yang memanglah terkenal dengan penduduknya yang panas baran walaupun agak peramah. Mereka pantang diusik pasti sahaja berlengan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kalau di jalan raya pula, andai terdapat sedikit perlanggaran maka tercetuslah pergaduhan yang gamaknya macam nak berbunuh. Agaknya memang benarlah kajian yang menunjukkan bahawa orang Asia barat ini berhati panas dan mudah melenting marah.


Kita marah selalunya kerana ada sesuatu kehendak yang tidak tercapai. Kita betul-betul berkehendakkan yang satu itu, tetapi akhirnya tidak tercapai maka kita naik berang. Benar bukan? Tapi, sedarkah kita bahawa tuhan tidak jadikan sesuatu itu sekadar suka-suka. Sekadar sia-sia. Sama sekali tidak. Andai tuhan tidak kurniakan sekarang, mungkin esok. Kalau tidak esok mungkin lusa, tulat, bulan depan, tahun depan dan boleh jadi di akhirat sana.


Apabila berlaku sesuatu perkara yang membuatkan kita marah sakit hati, itu sebenarnya perkara biasa. Mana ada manusia yang tidak punya sifat marah. Cuba kalau barang yang kita betul-betul sayang tiba-tiba dirembat orang, mestilah kita marah. Tetapi kalau hendak marah pun agak-agaklah. Berpada-pada, pandai-pandailah kawal, tak usah melebih-lebih.


Suatu hari datang seorang lelaki lalu memaki hamun Saidina Abu Bakar dengan cacian yang keji. Tetapi, Abu Bakar dan Rasulullah yang berada di sebelah hanya berdiam diri. Selepas itu, Abu Bakar membalas balik makian lelaki tersebut. Sebaik sahaja Abu Bakar membalas, Rasulullah pun beredar pergi. Abu Bakar pelik dan hairan lalu mengejar Rasulullah dan bertanya.


AbuBakar: Wahai rasulullah, mengapa engkau beredar sedangkan ketika lelaki itu memakiku kau hanya berdiam diri?

Rasulullah: Sesungguhnya ketika dia memakimu dan engkau diam, segala cacian itu kembali kepadanya. Tetapi, tatkala engkau membalasnya, malaikat berlalu pergi dan syaitan pun datang. Sesungguhnya aku tidak mahu duduk bersama syaitan.


p/s: Mulai hari ini jadilah kita seorang yang pemaaf. Jangan marah-marah. Siapalah kita ini hendak marah-marah. Rezeki depan mata pun Allah yang kurniakan, ada hati hendak maki-maki orang lain. Kalau kita boleh gembira, kenapa mesti marah selalu.

6 comments:

nurul on April 3, 2009 at 7:51 AM said...
This comment has been removed by the author.
nurul on April 3, 2009 at 7:55 AM said...

salam...

maaf ya kalau bertanya. Mengapakah jika kita marah, nanti cepat tua? ada ke fakta sains yang membincangkan berkenaan dengan hal ini? Atau wujudkah hormon2 di dalam tubuh kita yang akan dirembeskan jika kita marah, yang akan menyebabkan kita lekas tua?

Adakah menjadi seorang pendidik akan menyebabkan seseorang itu menjadi lekas tua? Ini kerana seorang pendidik memerlukan ketegasan dan kelihatan garang lebih2 lagi bagi sekolah yang mempunyai masalah disiplin. Maaf kalau banyak bertanya. sekadar mahu berkongsi pandangan...

syukran....

Ezainy on April 3, 2009 at 12:02 PM said...

wslm Nurul,

Sekadar pandangan peribadi yang dhaif serba kekurangan ini. Apabila kita marah sejenis hormone epinephrine dan norepinepnie akan dirembeskan. Ini akan menyebabkan berlakunya satu keadaan yang dinamakan sympathetic activation. Degupan jantung akan bertambah laju, muka akan kemerahan, tekanan darah barangkali meningkat. Bayangkan andai ini seringkali berlaku pada mereka yang memang pnghidap sakit jantung atau darah tinggi di usia muda. Sudah tentulah akan bertambah buruk kesannya bukan.

Orang yang marah2 wajah akan sentiasa murung, berkedut memikirkan masalah, tidak ceria sukar tersenyum. Kalau jumpa orang masam mencuka. Secara psikologinya pun kita akan dapati orang sebegini akan kelihatan jauh lebih tua dari sepatutnya.

Barangkali kamu seorang pendidik, tahniah dan syabas saya ucapkan. Albert Einstein tidak mungkin menjadi saintis jika tiada berguru. Jadikan masalah dan karenah di sekolah sebagai titik tolak atau modal untuk kita sentiasa berfikir secara positif. Kerana orang yang banyak berfikir menggunakan semaksimumkan mungkin kedua belah otaknya semasa usia muda akan terhindar dari simptom nyanyuk ketika tua..

p/s: Senyumlah sentiasa kerana kita tidak akan rugi dengannya. Kalau kita tersenyum dunia akan turut tersenyum pada kita..(^_~)

silent reader~ on April 17, 2009 at 6:48 AM said...

salam...

sekadar berkongsi info...

Jika timbul perasaan marah, segeralah ambil wudu' dan bacalah ayat berikut...

surah al-anbiya`:69
"Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"

Ezainy on April 17, 2009 at 1:27 PM said...

wslm. Syukran ya Norhasnah atas info tersebut..insyaAllah akan cuba diamalkan nanti.

syah on December 10, 2009 at 2:03 PM said...

apa benda yg tuhan marah syaitan pun marah ble kite buat???

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template