25 March 2009

ADUHAI, LAJUNYA KALAU CAKAP...



TERGELAK sendiri apabila mengenangkan peristiwa itu. Bukannya apa, tetapi apabila melihat kawan-kawan kita yang kalau bercakap mak datuk punyalah laju. Pantas cepat macam bas ekspres. Puas kita peka kan telinga, barulah dapat faham.


Suatu hari itu saya cuba menelefon seseorang atas urusan. Kami pun membuat temujanji. Lantas apabila saya bertanyakan jam berapa temujanjinya, dia pun mengatakan before’. Kemudian saya pun suruhlah si dia ini ulang lagi dan kata yang sama juga dia sebut. Sehinggalah akhirnya baru saya dapat menangkap kata-katanya. Nak tahu tidak apa yang dia cuba sebut? Rupa-rupanya dia hendak sebut ‘by four’.


Seorang pakar motivasi barat pernah mengutarakan pendapatnya bahawa:


“Kalau kita ingin membentuk komunikasi yang berkesan dengan sebutan yang betul, belajarlah membaca sekurang-kurangnya satu perenggan kata-kata atau apa sahaja artikel dengan sebutan dan bacaan mengikut tanda baca yang betul setiap hari.”


Kadang-kadang kita tidak perasan yang kita ini kalau cakap laju macam peluru. Maka itu cuba kita sesekali lihat bagaimana orang-orang besar kalau bertutur. Bagaimana cara Pak Lah kalau bercakap? Barrack Obama apabila berucap. Kata-kata mereka bukan sahaja berhikmah tetapi juga tersusun, kemas dan teratur. Satu persatu dan mudah difahami. Tahukah kita berapa banyak maklumat atau informasi yang tidak berjaya atau berkesan hanya kerana kegagalan kita dalam berkomunikasi.


"Kajian yang dijalankan oleh University of Pittsburgh’s Katz Business School terhadap 50000 pekerja, menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi adalah salah satu daripada tiga faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan bekeja."


Kali ini saya bukannya mahu berbicara tentang cara komunikasi yang berkesan seperti eye contact, first impression atau yang lain-lainnya. Tapi, cukuplah untuk sekadar peringatan berkenaan setiap butiran kata yang keluar dari mulut kita. Ketenangan kita apabila bercakap melambangkan ketenangan kita yang sebenarnya.


p/s: Saya sebenarnya sedang mengingatkan diri sendiri yang kadang kala bercakap main hentam terabur laju macam keretapi.

6 comments:

UIVIAR on March 26, 2009 at 6:54 AM said...

YEAH ! artikel best..memandangkan aku bila bercakap punya la laju tak ingat..sampai kena ulang 2 3 kali..hhuhu

Ezainy on March 26, 2009 at 9:18 AM said...

Mujur kita sedar yang kita ini bercakap dengan laju. Alangkah ruginya bagi manusia yang tidak pernah tahu akan kelajuan mereka ketika bercakap. Maka itu jadilah kita manusia yang bersyukur..

Iliana on April 3, 2009 at 7:14 AM said...

saya, kalau presentation, memang macam keretapi sikit..hehe..dan tangan mesti berterabur terbang sana terbang sini..bukan apa, nak hlangkan gementar ;p

apa pun, kasihan tengok gambar tu~ tersilap buat pembedahan ke?

Ezainy on April 3, 2009 at 11:18 AM said...

to Iliana,

Apa yang pasti, dia tidak punya hidung. Boleh jadi akibat terlalu laju bercakap sehingga lidah menjulur keluar.

"tangan mesti berterabur terbang sana terbang sini"

p/s: Itu menunjukkan kamu seorang yang hebat berkomunikasi. Trimas atas tips berguna.=)Hilangkan rasa gementar dengan menerbangkan tangan (^_~).. Boleh dicuba barangkali.

hazirahndin said...

mohon dishare artikel ni boleh x? don't worry, i'll acknowledge and cite it as yours...

Ezainy on June 19, 2010 at 5:52 AM said...

silakan =)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template