08 March 2009

SIAPA KITA SEBENARNYA?


SUATU hari, lahir seekor anak singa di tengah hutan belantara. Kasihan. Melihat saja ke dunia ibu telah tiada. Tinggallah si anak singa keseorangan di hutan tersebut tanpa teman. Mujur, si anak singa ini terserempak dengan seekor ibu kambing. Melihatkannya bersendirian, si ibu kambing itu pun membawa anak singa tersebut ke tempatnya. Suatu kawasan yang hanya dipenuhi oleh kambing sahaja. Maka terpeliharalah anak singa tersebut. Siapa yang memeliharanya? Itulah dia ibu kambing. Kambing ini bukan saja memelihara anak singa, malah turut menyusukannya sekali bersama anak-anak kambing yang lain. Membesarlah si anak singa tersebut bersama sekalian anak-anak kambing.


Tiba-tiba, suatu hari perkampungan kambing tersebut didatangi oleh seekor singa betina yang cukup besar, ganas dan buas sekali. Melihat saja kehadiran singa betina tersebut, maka larilah lintang pukang sekalian kambing. Si singa betina itu galak mengejar mangsanya. Akhirnya, dapatlah si singa betina tersebut menerkam mangsanya. Berlakulah pergelutan antara singa betina dan seekor kambing. Kala itu semua kambing mengarahkan si anak singa yang telah menjadi kawan mereka sejak kecil untuk membantu melawan singa betina tersebut. Namun, anak singa takut. Ia tidak berani melawan singa betina itu yang nyata terlalu ganas. Matilah seekor kambing dibaham si singa betina. Ibu kambing sangat sangat sedih dan kesal dengan tindakan anak singa tersebut.


DUA minggu berikutnya, seekor singa jantan pula tiba-tiba muncul di perkampungan kambing tersebut. Saiznya lebih besar daripada singa betina yang muncul dulu. Dia mahu menerkam mangsanya. Apalagi, lari lah lintang pukang semua kambing. Takdir menentukan, kejar punya kejar akhirnya ibu kambing yang tertawan. Ibu kambing diheret oleh mulut singa tersebut menunggu saat untuk dibaham. Si anak singa ternampak kejadian itu. Kali ini, tiba-tiba sahaja marahnya meluap-luap. Dia tidak sanggup melihat ibu yang telah menyusukannya sejak kecil, mati di depan matanya. Anak singa nekad. Dengan pantas kilat dan semangat yang kental sebagai spesies singa ia pun menerkam singa jantan tersebut. Apalagi, terkejut bukan kepalang singa jantan tersebut apabila mendapati terdapat seekor anak singa di tengah-tengah kumpulan kambing tersebut. Ketika itu juga anak singa itu menjerit marah...

embekkkk!!!

Bertambah terkejut lagilah si singa jantan ini. Anak singa di depannya ini bukannya mengaum seperti singa-singa lain, sebaliknya mengeluarkan bunyi kambing. Fikir punya fikir, barulah singa jantan faham. Anak singa ini memang istimewa. Rupa bentuk singa tetapi disebabkan dibesarkan dengan kumpulan kambing maka pertuturan dan perawakannya juga kambing.


Melihatkan yang anak singa di depannya bukannya singa yang betul-betul singa. Maka, mengaumlah singa tersebut sekuat-kuatnya. Anak singa pun tekejut. Ia sememangnya tiada upaya dan daya apalagi kemahiran untuk melawan singa jantan yang ganas itu. Yang ia tahu mungkin hanya meragut rumput. Ketika itu jugalah anak singa pun turut lari lintang pukang meninggalkan ibu kambing yang berada di saat dibaham singa jantan. Melihatkan anak singa itu lari, maka si singa jantan tersebut pun mengejar anak singa itu lantas meninggalkan ibu kambing hidup.


Berlakulah adegan kejar mengejar antara singa jantan dan anak singa. Semua kambing di situ terkejut menyaksikan kejadian tersebut. Akhir tertangkap jua si anak singa tersebut. Anak singa terkejut dan takut kerana berasakan hayatnya akan tamat di situ. Maka si singa jantan pun menjelaskan tujuan sebenar ia mengejarnya.


Singa jantan pun mejelaskan kepada anak singa bahawa ia adalah dari kalangan singa dan bukannya kambing. Singa jantan pun membawa anak kambing ke tepi sungai dan disuruh melihat wajahnya. Alangkah terkejut anak singa apabila mendapati wajah dan rupa bentuknya sama seperti singa jantan yang berada di sebelahnya. Barulah anak singa tahu bahawa ia adalah singa dan bukannya kambing seperti sangkaannya selama ini.


Singa jantan pun menyuruh anak singa meniru gayanya dengan mengangkat kedua-dua kaki hadapan lantas mengaum sekuat mungkin dan bukannya mengembek. Kala itu jugalah anak singa meniru gaya singa jantan itu. Ternyata anak singa mampu melakukannya. Ia menjerit sekuat hati dengan semangat bahawa ia sebenarnya adalah singa iaitu raja hutan yang menjadi igauan ngeri buat sekalian haiwan di dalam hutan. Maka jadilah sekarang si anak singa seekor singa yang betul-betul singa dan gagah berani.


p/s: Kadang-kadang kita tidak sedar sejauh mana kemapuan kita. Kita jarang memberi sepenuh kepercayaan kepada diri kita sendiri. Mungkin kita tidak perasan dan sedar bahawa yang membawa diri kita sekarang tidak lain hanyalah bayang-bayang kita sendiri. Islam suatu ketika dahulu pernah gah seantero pelusuk dunia namun selepas itu ia mengalami zaman kemunduran. Namun, percayalah suatau masa nanti Islam akan kembali gemilang. Itu janji-NYA.

3 comments:

silent reader~ on April 13, 2009 at 9:23 AM said...

salam.

saya rasa ada sedikit pembetulan pada perengagn ke 7 baris ke 2: Singa jantan pun membawa "anak kambing" ke tepi sungai. Suppose anak singa kan? :)

cerita yang menarik dan boleh di jadikan cerita teladan pada anak-anak kelak, hehe...

Anonymous said...

Sememangnya menarik kisah ini..singa besar umpama murabbi(pembimbing)bagi anak singa yang tak sdar keupayaan sebenar..Pasti umat Islam akn kembali hebat kalau ramai murabbi yang ikhlas mengembalikan kekuatan umat islam.

Unknown on April 9, 2022 at 2:44 PM said...

Woori Casino Login - Play on Mobile or Desktop
The Woori 출장안마 Casino App will https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ be available at Woori Casino on a mobile or หารายได้เสริม desktop basis. https://access777.com/ To play on our mobile or desktop, you can also play with https://octcasino.com/ your desktop browser,

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template