12 March 2009

Manusia Alpa


KEPUTUSAN SPM diumumkan hari ini di seluruh negeri di tanah air. Macam-macam ragam dan aksi yang boleh diperhatikan. Ada yang gembira terharu kegembiraan. Tidak kurang juga dengan yang menangis kehampaan dek kerana kegagalan. Bagi mereka yang gembira kadang-kadang ada yang sampai lupa dunia, pada tanah bumi tempat mereka berpijak. Ada yang sampai merasakan dunia ini mereka punya.


Kejayaan membuatkan manusia lupa pada sang pencipta. Pada yang mengatur gerak dan yang memberikan sesuatu. Ah, lancang sungguh kata-kata ini. Bukannya sengaja untuk lupa pada-NYA tetapi manusia sebenarnya terlupa. Saya tidak nafikan. Saya juga dahulu begitu kerana waktu itu masih mentah dalam menangani segala bentuk emosi walaupun sebenarnya keadaan itu mampu untuk dikawal. Mengapa saya katakan manusia seringkali terlupa pada sang pencipta atau dalam kata lain untuk mengucapkan kalimah syukur tatkala baru diberi sesuatu nikmat pemberian?


Saya bukannya memberikan sesuatu tanpa sebab atau pun alasan yang kosong. Manusia memang alpa. Kita lihat saja sekarang, dalam apa jua keadaan. Contoh paling mudah sukan bola sepak. Sukan yang diminati oleh segenap golongan. Bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita. Apabila pemain berjaya menjaringkan gol dalam sesuatu perlawanan, dengan sepantas kilat itu jugalah mereka melonjak kegembiraan meraikan jaringan mereka. Meluncur di atas padang, melakukan aksi akrobatik dan macam-macam lagi. Itu baru pemain. Yang penonton pun sama naik. Terkinja-kinja melompat teriak sakan. GOL!!!. Itulah laungan mereka. Memang tidak dinafikan tidak semua begitu kerana ada juga sesetengah mereka yang lantas melakukan sujud syukur. Tapi realitinya, berapa ramai yang melakukan sedemikian?


"Apa yang cuba disampaikan di sini hanyalah untuk kita sama melihat sejauhmana kemampuan kita dalam mengawal perasaan dan emosi ketika berhadapan dengan pelbagai bentuk situasi dan keadaan. Saya rasa kalau kita tahu kenapa setiap sesuatu perkara itu terjadi serta matlamat utama hidup ini, kita tidak akan sampai jadi begitu."


Namun, bukanlah ini bermakna saya menganggap kalau kita perlu gembira pun, tidak perlu langsung tersenyum malah bermasam muka dan kalau ditimpa kesedihan pula perlu tersenyum melebar. Bukan begitu. Tetapi, cukuplah kalau kita berpada-pada dalam menzahirkan apa jua yang kita rasa.


p/s: Saya juga sedang berlatih untuk menjadi seorang yang relax, cool dan setenang air di kali agar dapat sentiasa mengawal diri apabila berhadapan sesuatu keadaan yang boleh membuatkan kita lupa pada-NYA walaupun sejenak. Cuba bayangkan...Apa akan jadi andai Tuhan juga bisa terlupa untuk memberikan kita udara utuk bernafas walaupun untuk seketika?

2 comments:

silent reader~ on April 13, 2009 at 9:11 AM said...

salam...

n3 ini membuatkan saya teringat lagu setiap kali by devotees.
"Setiap kali mendapat nikmat jarang kusedari itu pemberian-Mu terkadang rasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku sahaja"

Memang tak di nafikan, kita sebagai manusia mudah lupa dan kurang bersyukur atas segala pemberian nikmat dariNya...Walhal segala apa yang kita peroleh adalah atas kehendak dan pertolonganNya.
Ya, Allah... lemahnya diri ini. :'(

Anonymous said...

salam

Mengetahui matlamat asal kita dijadikan Allah itu memang penting dan harus sentiasa di 'refresh' dari semasa ke semasa. Barulah kita akan sedar bahawa kesenangan atapun kesusahan itu adalah ujian bagi kita.

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template