27 November 2009

Berkorban Apa Sahaja



Pagi yang hening kedengaran suara takbir berkumandang di angkasa. Mengejutkan saya dari tidur yang lena. Namun, sambutan aidul addha kali ini berbeza dari yang sebelumnya. Saya menyambutnya di tanah air tercinta, Malaysia. Apabila masuk melangkah ke dalam masjid menunaikan solat sunat aidil adha lalu mendengar khatib membacakan khutbah, hati ini tesentuh.

Tersentuh apabila mengenang bagaimana besar pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail. Juga pengorbanan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam. Sanggup bergadai nyawa, tinggal harta benda dan sanak saudara. Merenung kembali pada diri, berasa malu kerana kadangkala tidak mampu untuk berjuang pada sesuatu yang mampu untuk membantu jalan agama.

Sesungguhnya sungguh besar nilai pengorbanan dalam kehidupan seorang manusia. Begitu tinggi nilai pengorbanan seorang ibu kepada anak. Pengorbanan seorang bapa kepada isteri juga kepada anak-anak. Membesar, mendidik, mengasuh sehingga dewasa namun langsung mereka tidak meminta sebarang balasan.

Kehendak dan harapan mereka daripada anak-anak apabila dewasa kelak tatkala sudah mampu hidup sendiri bukanlah wang ringgit dan harta benda. Tetapi setiap ibu bapa hanya mengharapkan kasih sayang insan yang bergelar anak. Andai pada waktu kecil dahulu si ibu dan bapa sanggup berkorban apa sahaja. Apalah salahnya sebagai anak kita mengorbankan sedikit ruang masa untuk menziarahi mereka pada hari yang mulia ini.

Setiap tahun kita menyambut hari raya aidil adha atau hari raya korban. Saban tahun jugalah, kita menunaikan ibadah koban ini. Berpuluh-puluh ekor lembu dan kambing tumbang di setiap pelosok kampung. Namun, sejauhmanakah kita memahami dan mengaplikasikan pengertian korban ini dalam kehidupan seharian kita.

Adakah selama ini ungkapan itu hanya meniti di bibir tanpa ada usaha untuk menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Belajarlah utuk berkorban pada sesiapa sahaja. Usah mengira budi yang pernah ditabur.


Berkoban bukan sahaja pada negara, agama dan ibu bapa. Kerana itu memang kewajipan. Tetapi cubalah untuk berkorban pada rakan taulan ataupun mungkin pada sesiapa sahaja yang tidak kita kenali. Yang penting kena pada cara, tidak salah di sisi agama kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Selamat berkorban...

3 comments:

muslimah on January 20, 2010 at 9:55 PM said...
This comment has been removed by the author.
oriza on January 20, 2010 at 10:23 PM said...

berkorban apa saja..
Harta atau pun nyawa...
Itulah kasih mesra..
sejati dan mulia..

berkorban apa saja. berkorbanlah demi ibu bapa, keluarga, agama, bangsa, negara dan juga kepada sesiapa saja. pengorbanan yang ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang balasan merupakan pengorbanan yang sangat dihargai dan diberkati olehNya...oleh itu...berkorban tau jangan tak berkorban :-) tapi kalau nak berkorban pun biarlah kene pada tempatnya...aja2 fighting...hehe

Ezainy on January 21, 2010 at 10:34 AM said...

oriza,

selamat datang oriza. Agak pelik juga nama ini. hehe. mungkin sekadar nama pena.

Pandai pula kamu berbahasa ala-ala lagu P Ramlee ya. Sememangnya setiap sesuatu perlukan pada pengorbanan. Apalah erti hidup andai tidak pernah mengenal erti korban. Sama-samalah kita berkorban untuk setiap sesuatu. Pengorbanan tidak pernah lari keikhlasan. Ibarat isi dan kuku...=)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template