22 December 2009

Sukar tidur?



RAMAI orang yang merungut kerana sukar untuk tidur. Telah puas mata cuba dipejamkan, namun masih tidak boleh terlelap juga. Kadang-kadang sehinggakan pening dibuatnya kepala kerana kegagalan untuk melelapkan mata. Apakah puncanya? Bagaimana langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini?

Terdapat beberapa sebab kesukaran untuk tidur. Antaranya:

1) Tidur yang berlebihan pada waktu siang.
2) Minum minuman yang berkafein secara berlebihan.
3) Memakan makanan berat sebaik sahaja sebelum tidur.
4) Masalah harian sehingga terbawa-bawa ke tidur.
5) Gangguan luar seperti bunyi bising e.g dengkur.
6) Keadaan persekitaran seperti cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk.

Beberapa langkah untuk mengatasinya:

1) Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.
2) Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.
3) Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.
4) Berlatih untuk tidur dengan teratur setiap malam.
5) Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)
6) Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.
7) Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur hanya jika benar-benar mengantuk.
8)Terdapat juga sesetengah yang mengambil ubat tidur seperti alprazolam, clonazepam, midazolam dan banyak lagi. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat tersebut.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu kita semua. Salam muhibbah dari saya.

7 comments:

Effy Saiful on December 23, 2009 at 2:14 AM said...

laa patutla aku susah nk tdo..sbb byk masalah harian rupenye.. lg2 waktu exam ni..tiap hari lps subuh baru bole tido! huhu

prescribe satu ubat tdo utk aku..hehe

Ezainy on December 23, 2009 at 4:42 AM said...

Samalah kita effy.. aku pun macam tu juga kalau waktu exam. Tekanan katakan.

p/s: Setakat ni aku belum pernah lagi ambil ubat tidur untuk hilangkan insomnia..(^^,)

Salahuddin Harith on December 23, 2009 at 2:30 PM said...

alhamdulillah senang ak tidur...letak je kepala kat bantal terus boleh tidur..

suasana yang kondusif penting ooo untuk tidur...pantai timur malaysia ni suka hujan..lagilah sedap nak tidur.. =)

Ezainy on December 24, 2009 at 2:56 AM said...
This comment has been removed by the author.
Ezainy on December 24, 2009 at 2:56 AM said...

Wah, baguslah kalau macam itu. Tambahan lagi sekarang ini musim hujan. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal...(^_^)

Nooreena on December 30, 2009 at 2:40 AM said...

Patut ada petua untuk insan-insan yang suka tidur juga. Hihi :D

Ezainy on December 30, 2009 at 5:29 PM said...

noreena,
insyaALLAH. Tapi, kalau yang itu kenalah cari pakar motivasi..;D

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template