06 January 2010

Masalah bukan penghalang



HARI ini ramai yang mengeluh dek kerana masalah yang sering sahaja menimpa diri. Kadang-kadang pada ketika kita punya matlamat penting untuk dicapai di kala itu jugalah masalah ini tiba. Besar atau kecil, banyak atau sedikit masalah ini bergantung pada sejauhmana kita mendepaninya.

Kalau kita menganggap masalah itu sebagai bebanan dan penghalang pada cita-cita, maka sudah tentu itulah natijahnya. Namun, seandainya kita menganggap masalah itu sebagai warna-warni dan asam garam kehidupan sudah tentu kita akan lebih tegar menghadapinya.


Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk kita berhadapan dengan setiap masalah yang dihadapi.

1) Kenal pasti masalah kita yang sebenar.
2) Tetapkan matlamat. Matlamat itu haruslah sesuatu yang spesifik, mampu dicapai dan realistik.
3) Cari langkah-langkah penyelesaian. Tulis pada satu kertas kosong. Catat segala perkara, langkah dan alternatif yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Gunakan kreativiti berfikir untuk mencari langkah penyelesaian terbaik walaupun langkah tersebuh dilihat agak mustahil.
4) Catatkan kebaikan dan keburukan pada setiap pilihan langkah-langkah dan alternatif penyelesaian yang telah ditulis.
5) Buat pilihan. Contohnya kalau kita ada 3 pilihan langkah penyelesaian, pilih satu sahaja. Tetapkan kadar waktu atau time limit untuk kita pastikan langkah tersebut berhasil.
6) Laksanakan pilihan yag telah dibuat.
7) Penilaian. Nilai semula sama ada langkah tersebut berjaya atau pun tidak. Seandainya berhasil, ucapkanlah tahniah dan beri ganjaran pada diri sendiri.

Segala apa yang tertulis ini hanyalah setitis usaha untuk kita mencari jalan penyelesaian setiap masalah yang kita hadapi. Sentiasalah berfikiran positif.

Tiada pantai yang tidak pernah dipukul ombak, tiada kapal yang tidak pernah dilambung gelora. Begitu jugalah kita manusia, tiada yang tidak pernah ditimpa masalah.


Anggaplah tuhan sebenarnya mahu mengajar kita erti kesabaran pada setiap cubaan yang mendatang. Ceriakan hidup kita dengan seyuman. Usah biarkan dunia yang indah langit yang cerah menjadi suram hanya kerana kegagalan kita melihat masalah dari kacamata yang sihat. Semoga beroleh manfaat bersama.

4 comments:

usrah on February 4, 2010 at 5:30 AM said...

salam...

maaf ganggu...cite pasal masalah ni saya ada satu masalah yang telah dialami hampir sebulan...saya tak tau lagi nak buat mm mana. ianya mengganggu saya dan menjadi halangan pada saya untuk terus bekerja dan menjalankan aktiviti seharian seperti orang lain. dr..saya ni dah sakit kaki hampir sebulan. sebelum ni kaki saya terseliuh akibat bermain bola. keesokannya saya gi hospital gi periksa kaki. saya gi x-ray tapi doktor kata takde apa2. doktor cuma bagi ubat prolase dan ubat tahan sakit. selepas 2 hari kaki masih sakit dan makin bengkak sampai ke jari kaki..disebabkan takde apa2 komplikasi pada kaki...umi saya bawa saya untuk urut kaki. bila dah urut n gi tarik kaki tu...selepas beberapa hari kaki masih bengkak. masih sakit. selalunya kalau kaki terseliuh gi urut 3 hari dah baik dan boleh jalan. tapi ni tak ok jgk. selepas itu terpaksa gi klinik sebab kaki masih sakit dan rasakan seperti pedih sgt pada bahagian buku lali bila turunkan kaki. gi klinik doktor kata mungkin ada retak sebab kaki bengkak sampai ke jari kaki. dia minta rujuk pada hospital. saya pun gilah hspital lagi sekali untuk periksa kaki. pegi x-ray sampai kene gi kat a&e tapi doktor kata kaki takde apa2. dia pun bagi ubat prolase je. saya tak tau nak buat mm mana lagi doktor. balik rumah hanya dapat tuam kaki dgn air panas supaya bengkak surut...makan vitamin c dan susu(sebab doktor klinik kata kene makan ni)..sapu dgn minyak panas dan balut..makan ubat doktor klinik (ponstan..papase..panadine ...ubat tahan sakit) tapi alhamdulillah.. bengkak dah makin surut tapi masih takleh jalan lagi...sakit dan pedih pada buku lali..sampailah sekarang doktor. tapi sekarang semakin baik dah boleh jalan skit tapi masih hencot2 lagi..dah cuti 3 minggu kerja..terpaksa masuk kerja juga walaupun keadaan mm ni...tak tau nak buat apa lagi...doktor tau tak sebenarnya apa dah jadi dgn kaki saya?...kenapa rasa sakit sangat mm ni (pedih pada buku lali)...apa cadangan doktor? maaflah kalau saya tanyakan hal ini pada doktor....sebab tak tau nak buat apa lagi dgn kaki saya ni...maafkan saya dan harap doktor dapat tolong saya...terima kasih...

Ezainy on February 7, 2010 at 7:56 PM said...

wslm,

Rasanya terlalu awal untuk 'diagnose' kes kamu memandangkan saya tidak dapat melihat keadaan sebenar kaki kamu itu.

Tetapi, berdasarkan penerangan ringkas kamu itu, barangkali ianya ada kaitan dengan tisu pada kaki. Lagipun kamu katakan yang kamu sudah mula boleh berjalan walaupun sekadar terhincut-hincut..Mungkin tisu pada kaki kamu itu terkoyak..(minor tissue trauma).. Kamu mungkin boleh cuba pakai alat yg dapat menyerap hentakan pada tumit untuk mengurangkan tekanan yang dikenakan pada kaki kamu itu. Ianya boleh didapatkan di mana-mana farmasi..:)

p/s: Ini hanya pandangan saya ya. Belum tentu kebenarannya. Cuba dapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar perubatan.. Saya doakan kamu segera sembuh dan diberi kesabaran yang tinggi.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Sy ingin berkongsi mslh sy yg bleh sy katakan xleh selesai..sy dr family yg susa, ayah n ibu gaji xseberapa, adik bradik yg rmai..sy mmpunyai akak yg sgt pndai xkira akademik or agama.tp die salu lpaskan tnsion blaja die dgn fmily sy shingga tggikan suara pd ibu ayah sy n smpikan hina kami adik bradik.die kate xgune ade adik tp bdoh,sy terkilan smpi skrg..ape slh kami.tp dgn kwn die,bgai pijak semut xmati.plg teruk die agp ibu ayah sy teruk,xpndai didik anak, pdhal die ade lulusan lbh tggi dr ibu ayah sy.kami jaga hati die dgn ikut ape kate die,tp bile kami gune brg die,die ungkit semuanya..bile xgune mengamuk..die kate slme ni die je kene berkorban..pena stu hari,kami mkn bersama2, tp ade je xkene..sy sedih sgt.smpikan ayh skrg salu kua uma,mgkin tnsion..bile tgur slh, kate asek salah die je..bile xtgur, mnjadi2..hormat antra kami dah tiada.kami tau die mmpunyai lulusan akademik yg tggi,kami tiada.tp tiada yg sempurna dlm dunia ni.kami tau die nk kami jd mcm die, tp siapakah die untuk menilai kami sedemikian..kami xtau smpi bile fmily kami dibelenggu mslh cmni....kami byk berdoa kpd Allah..tp bertmbh ujian Dia beri..adakah mslh ini bukan penghalang bg kami sekeluarga??hrap dpt membantu....:'(

Ezainy on February 9, 2010 at 4:52 PM said...

waalaikumussallam duhai yang diuji,

Kita semua percaya bahawa sebagai manusia kita tidak pernah lepas ujian dari tuhan. Berjaya atau gagal bukan dilabel atau diletakkan pada sejauhmana tinggi pangkat yang dicapai dalam akademik mahupun pekerjaan. Tuhan tidak memandang pada itu semua.

Tetapi, berjaya yang sebenarnya adalah pada sejauhmana kita dapat mengaplikasikan ilmu yang kita ada itu dalam kehidupan seharian, pada ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan negara biarpun ilmu dan pengetahuan yang kita ada itu sedikit.

Usah mengeluh duhai yang bertanya. Setiap masalah ada jalan keluarnya. kamu sudah tahu masalah utama dalam keluarga kamu. Kamu perlu buktikan pada kakak kamu itu juga pada semua, bahawa orang yang tidak berpelajaran tinggi juga boleh berjaya, boleh hidup senang dan yang paling penting boleh membahagiakan kedua orang tua. Menjadi tanggungjawab kamu dan adik beradik yang lain untuk memberi sepenuh kebahagiaan buat orang tua kalian. Ibu bapa kamu juga pasti gembira punya anak seperti kamu dan yang lain andai kamu dapat memberikan sepenuh kasih sayang pada mereka walaupun kalian tidak berpelajaran tinggi. Bagi mereka, bukan wang ringgit jadi ukuran tetapi nilai kasih sayang yang mereka cari.

Ingatlah syurga di bawah tapak kaki ibu. Berbaktilah pada orang tua, walaupun adakalanya nampak susah tetapi usah bimbang kerana di situ pasti ada kebenaran, kemudahan dan kebaikan untuk kamu tuai suatu masa nanti.

Banyakkan bersabar ya. Jangan pernah putus berdoa pada ALLAH. DIA maha mengetahui rahsia di sebalik yang tersirat...(^_^)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template