16 January 2010

Kita Bukan Seorang...



SETIAP dari kita pasti diuji. Ujian tidak semestinya dalam bentuk kesusahan, kepayahan ataupun kesakitan. Kadangkala dengan nikmat kesenangan juga adalah ujian yang tuhan mahu turunkan kepada hambanya.

Berbagai-berbagai ragam manusia dapat dilihat apabila ditimpa dengan sesuatu ujian ataupun dugaan. Terdapat sesetengah daripada kita yang merasakan bahawa tuhan sudah tidak lagi sayang pada hambanya apabila ujian itu diberikan. Ada juga yang berpendapat bahawa tuhan tidak berlaku adil kerana menurunkan sesuatu ujian, bala dan cabaran kepada hambanya.

Namun, adakah kita tidak sedar bahawa setiap apa yang berlaku itu ada sesuatu yang cuba tuhan beritahu dan sampaikan. Tuhan mahu melihat bagaimanakah umat manusia yang mengaku beriman pada qada dan qadar mendepani setiap ujian itu. Adakah mereka ini redha dengan apa yang tuhan berikan. Sejauhmanakah tahap kesabaran kita.


Bagi yang sedang dalam alam pengajian pula. Tidak kira di alam persekolahan ataupun peringkat universiti. Pasti kita akan berhadapan dengan musim peperiksaan. Kebanyakan kita pasti akan berasa tertekan apabila tiba saja musim peperiksaan. Itu lumrah. Hebat mana pun kita, perasaan gementar dan takut apabila menjelang hari peperiksaan pasti ada. Tidak banyak, sedikit pasti ada.

Namun, sebagai manusia yang tahu bahawa setiap apa yang kita lakukan ini sentiasa diperhatikan dan diaturjalurkan oleh ALLAH, kita seharusnya lebih yakin bahawa kita tidak pernah keseorangan. Disamping kita ada ALLAH. Mohonlah padaNYA. Kita telah berusaha. maka, berdoa lantas bertawakallah. InsyaALLAH kejayaan pasti bersama kita.

Jadilah kita manusia yang sentiasa memuhasabah diri sendiri. Muhasabah untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

p/s: Bagi yang sedang menghadapi ujian tidak kira apa jua ujian sama ada dugaan, masalah ataupun peperiksaan. Saya doakan anda semua berjaya mendepaninya. Ingatlah, sesungguhnya kita tidak pernah keseorangan.

11 comments:

Anonymous said...

salam ya akhi..

Dugaan diturunkan oleh Allah untuk menguji tahap kesabaran dan ketakwaan hambaNya...kita sebagai hambaNya perlu sentiasa redha atas ketentuanNya. setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah adalah sesuai dengan kesanggupan hambanya. Ujian dan dugaan jua boleh dikatakan kurnia kerna Allah akan menghapuskan segala dosa2 kecil hambaNya yang sentiasa redha dan sabar atas ketentuanNya...Jadi bersabarlah wahai semua yang ditimpa dugaan dan ujian...Allah sentiasa menyayangimu kerna itu Allah ingin mengujimu...ingatlah Allah sentiasa ada bersamamu dan menemanimu. Oleh itu usahlah engkau gentar dan takut dalam menerima setiap ujian dari Allah. pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku...insyaAllah..

p/s: doakan saya kerna saya juga sedang dalam ujian Allah (ujian kesakitan)..(syukran)

Ezainy on January 20, 2010 at 6:49 AM said...

Wahai si hamba ALLAH yang sedang diuji..(^_^)

Terima kasih atas kata-kata kamu. Benar-benar terkesan di hati ini. Semoga ALLAH memberikan kita kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran dariNYA.

p/s: Saya doakan kamu segera sembuh.Usah walau barang sekali berputus asa apalagi putus harap. Sesungguhnya ALLAH sedang berbicara dengan kamu tentang erti sabar. kheir insyaALLAH.

Anonymous said...

assalamualaikum ya akhi...

syukran jazillah atas doanya. insyaAllah saya tidak akan pernah berputus asa dan akan sentiasa sabar atas segala dugaan dan ujian dari YANG MAHA KUASA. insyaAllah...semoga Allah menguatkan hati dan semangat saya untuk menangani semua dugaan dan ujian ini...

cuma satu perkara yang saya ingin berpesan kepada saudara...jadilah seorang doktor yang benar2 mengambil berat akan pesakitnya dengan memberi layanan yang baik dan sentiasa berusaha untuk mengubati pesakitnya dengan niat semata2 kerana Allah Taala dan bukan yang lain (gaji ataupun pangkat).kerna apa yang saya lihat sekarang ini semua itu telah lupus dari diri seorang yang bernama doktor....saya harap saudara tidak seperti itu...apa yang saya lihat hanya merasakan belas kasihan kepada pesakit...itu sahaja...itulah harapan saya dan juga semestinya harapan semua insan yang bergelar pesakit..

p/s: maafkan saya kerna jika ada tersalah kata...mohon dimaafkan...syukran

wasalam

Ezainy on January 20, 2010 at 11:06 AM said...

insyaALLAH saya akan cuba berusaha ke arah itu. nauzubillahiminzalik, jauhkanlah saya daripada rasa bongkak dan takbur. Moga ALLAH sentiasa melindungi saya juga rakan-rakan seperjuangan saya yang lain. Berkhidmat untuk agama, negara dan masyarakat dengan penuh rasa ikhlas...(^_^)

p/s: Tiada yang salahnya bicara kamu. Sungguh saya hargai nasihat dan ingatan ini. jazakalllah=)

Anonymous said...

insyaAllah saya doakan semoga saudara Ezainy dan rakan2 seperjuangan yang lain dapat menjadi seorang doktor yang benar2 doktor yang dapat berkhidmat sebaik yang mungkin dengan ikhlas dan penuh sabar untuk agama, negara dan masyarakat semata2 kerana Allah S.W.T. insyaAllah..semoga Allah sentiasa memberkati usaha kalian dunia dan akhirat...Good luck and all the best to you...n..thanks a lot.

p/s: maaf sekali lagi jika kata2 saya selama ini ada yang tidak senang di hati....sungguh saya ini hamba yang lemah...

wasalam...

Anonymous said...

salam'alaikum..
izinkn sy mmberi komen.sy tertarik dgn kate2 dr mgkin knalan anda ttg pranan doktor mrwat psakit bkn smate2 krn gaji.sy nk bkgsi sket pnglmn sy bru2 ni blk msia 23jun09 n dtakdirkn mak sy jatuh sakit DVT(darah beku kt kaki).bermule dr itu 310ct09 sy perlu brulang alik ke hspital dgn mnaiki ambulan.tu sume sy xkisah.bile sakit msti kne brubat.ape yg sy terkilan dgn sikap doc yg acuh xacuh seolah2 xkisah jka psakit tu mati.sdgkn sy sbg pwris perlukn harapn n ptolongn dr yg pkar.sy sndri research ttg pnykit tu n abg sy bakal doc pn kate ia xkn mmbawe maut.sy pnh btnye pd doc yg mrawat"ape yg perlu doc buat utk mrawat mak sy?"doc jwb"awk nk suh sy bedah mak awk ke?berikn saje moffin.abestu awk nk srh buat ape?..Argh,ckp lbh kne byar lbh.mgkin inilah ujian Allah n Allah lbh myayangi arwah mak.tepat jam 4.36ptg,lps azan asar 15 dis 2009 mak sy pergi dgn tenang utk slame2nye..

Ezainy on January 22, 2010 at 4:26 AM said...

wslm,

Lemah jantung ini apabila membaca ayat-ayat kamu. sungguh saya terpukul. Saya dapat merasakan betapa segunung kekesalan dan kekecewaan kamu lantaran sikap acuh tak acuh doktor berkenaan.

Apa yang boleh saya katakan, banyak-bayaklah kamu bersabar. setiap yang hidup pasti akan pergi. Kalau tidak hari ini mungkin esok lusa. Mungkin itu takdir untuk kita. Berdoalah semoga arwah ibu kamu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

p/s: Terima kasih atas peringatan ini. InsyaALLAH saya akan berusaha mengikhlaskan niat bermula dari saat ini lagi. Sungguh masyarakat di luar sana benar-benar memerlukan seorang tabib yang ikhlas dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan...(^_^)

Iliana on January 31, 2010 at 11:43 PM said...

wahh~ banyak sekali pengharapan yang diletakkan di atas bahu bakal doktor ini ya~ nampaknya, ujian buat diri kamu juga~

saya rasa bertuah sebab diberi peluang untuk dilayan oleh para doktor yang sangat prihatin dan penyabar - alhamdulillah~ malahan, ibu saya turut memuji sekalian staff hospital berkenaan..

mungkin, Allah mahu mengkhabarkan kepada saya "janganlah engkau takut dengan para doktor lagi..bukankah mereka tidak menyakitkan kamu"

doa saya buat kamu dan semua yang bakal bergelar doktor, semoga kalian akan menjadi para doktor yang selesa di sisi para pesakit kamu~

amin~

Ezainy on February 2, 2010 at 7:10 AM said...

Iliana,

InsyaALLAH. Memang itulah harapan kami. Sentiasa berada di sisi setiap mereka yang memerlukan bantuan pada setiap saat tanpa ada rasa keluhan.

Doakan saya dan juga rakan-rakan yang lain terus istiqamah melaksanakan taklifan dan tanggungjawab ini.. Berat mulut berbicara berat lagi bahu memikul...(^_^)

Nooreena on February 21, 2010 at 7:16 AM said...

Lagi banyak ujian, itu tandanya lagi banyak kasih sayang Allah pada kita. Peace! :D

Ezainy on February 21, 2010 at 10:27 PM said...

nooreena,

Kasih dan sayang tuhan tak akan pernah putus buat hambaNYA yang sentiasa mengharap petunjuk dan bantuan dari yang maha esa. Jadilah kita manusia berakal yang beriman.. itulah yang membezakan antara kita muslim dengan yang lain (^_^)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template