04 March 2010

Usah Takut Kucing




HARI ini saya terpanggil untuk berbicara tentang suatu fenomena yang berlaku pada segelintir daripada kita. Setiap kita mungkin punya fobia pada sesuatu keadaan ataupun perkara. Mungkin fobia untuk berada dalam keadaan gelap, fobia untuk berada di khalayak ramai atau mungkin juga fobia untuk berada di kedudukan yang tinggi seperi jambatan gantung atau menara tinggi.

Namun, tidak dinafikan terdapat di kalangan kita yang juga fobia terhadap binatang atau haiwan yang kadangkala langsung tidak mendatangkan bahaya pada manusia seperi lipas, cicak, semut atau barangkali kucing. Kucing? Ya kucing.


Dalam kita tidak sedar ramai di kalangan kita yang sebenarnya juga fobia untuk berhadapan dengan haiwan yang cukup jinak ini. Namun, kebanyakan daripada kita fobia dengan kucing bukan kerana perasaan takut semata-mata. Tetapi, mungkin kerana perasaan 'geli' untuk memegang bulunya yang lembut dan halus di samping tidak biasa berdampingan dengan haiwan peliharaan.

Salahkah kita untuk memelihara kucing ini? Ada di antara kita yang tidak berminat untuk memelihara haiwan ini. Antara alasan yang diberikan ialah takut rumah berbau dan kotor. Terdapat juga segelintir daripada kita yang bukan sahaja tidak mahu memelihara haiwan ini malahan mengutuk dan memberi pelbagai tohmahan pada mereka yang memelihara haiwan ini. Kononnya memelihara kucing ini suatu hobi yang membuang masa.

Jangan begitu saudara saudari. Kucing adalah haiwan kesayangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Memeliharanya adalah sunnah. Besar pahala manusia yang mengamalkan sunnah nabi ini.

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Tidak salah rasanya untuk kita sama-sama menghidupkan kembali sunnah yang sudah lama hilang. Mungkin banyak amal kebajikan lain yang kita tidak mampu laksanakan. Namun dengan sedikit usaha kita memelihara haiwan kesayangan nabi ini, siapa tahu ia akan dikira suatu amal kebajikan yang cukup besar di sisi ALLAH. Barangkali ianya juga akan membantu kita di hari kemudian. Tuhan itu maha adil. Setiap kebaikan yang kita laksanakan pasti akan diberi ganjaran. Percayalah.

Berbaktilah pada sesiapa sahaja. Bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada binatang haiwan ternakan. Walaupun mereka tidak punya akal untuk berfikir, tetapi dengan setitik nilai kasih sayang yang kita curahkan buat mereka akan dikira sebagai suatu amalan yang cukup besar olehNYA.

p/s: Saya juga salah seorang daripada mereka yang sedikit fobia dengan kucing. Namun, sekarang sudah mula belajar untuk berjinak-jinak dengan haiwan ini. Moga usaha saya berjaya.

17 comments:

Nooreena on March 4, 2010 at 4:31 PM said...

Bagus2~ Sayangilah kucing. *thumbs up*



PS: Saya suka kucing. Sampai kawan-kawan panggil Cik Kucing. Ngee~

Ezainy on March 5, 2010 at 7:03 AM said...

Noreena,

Haiwan juga punya hati dan perasaan. Mereka juga perlu dibelai dengan kasih dan sayang...(^_^)

p/s: Walaupun saya menulis entri ini, tidak bermakna saya benar-benar rapat dan jinak dengan kucing. Semoga dengan tulisan ini dapat membantu mengubah persepsi saya tentang haiwan ini kerana di rumah saya juga tidak pernah punya kucing.

fadzli on March 5, 2010 at 9:10 AM said...

comel ape gambar kucing yg ko letak tu... he he...

-pali-

Anonymous said...

kata dr h.m tuah.. kucing adalah sejenis haiwan yang 'kasyaf'.Kalau kucing tu suka kat kita bermakna kita mempunyai sesuatu yang baik dalam diri kita yang tidak dapat di lihat oleh orang lain maka itu dia suka kita sedang orang lain tak nampak .

Ezainy on March 6, 2010 at 10:29 AM said...

zahari,

memang comel pun. Tapi itu cuma kucing pinjam. Kucing sendiri tak pernah ada. hehe~

Ezainy on March 6, 2010 at 10:32 AM said...

anonymous,

Terima kasih atas info terbaru dari kamu. Sememangnya kebanyakan manusia jarang melihat kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Namun andai ada kesalahan yang dilakukan walau sebesar zarah, ianya tetap akan dilihat. Moga kita dijauhkan daripada bersikap sedemikian (^_^)

M Saufi A R on March 7, 2010 at 9:03 AM said...

hah??! takut kucing ke bro?? hahaha!

Ezainy on March 8, 2010 at 1:34 PM said...

Saufi,

Janganlah terkejut..(^_^).. Cuma nak betulkan sedikit 'statement' tu. Bukan takut ya tapi geli. hehe~

silent reader~ on March 10, 2010 at 9:12 AM said...

Mak saya tersangat2lah sayang kucing, sampai nangis2 bila kucing tu mati. Jadi bidan pada kucing pun pernah. hehe...

p/s: saya fobia pada bunyi2an... huhu....

Ezainy on March 10, 2010 at 12:25 PM said...

Hasnah,

Nampaknya tinggi benar nilai kasih sayang ibu kamu terhadap kucing. Cemburu saya melihatnya.

p/s: Pertama kali saya mendengar mereka yang fobia pada bunyi-bunyian kucing. Mungkin kerana suaranya yang merdu dan lembut boleh menyentuh hati...(^_^)

Anonymous said...

act kan, kucing pn blh dtgkan bahaya jg...blh menybbkan penyakit toxoplasmosis kpd immunocompromised people n asthmatics. tp papepn, yg ptg, jaga kebersihan... =)

sekadar berkongsi maklumat...

Ezainy on March 11, 2010 at 2:54 AM said...

anonymous,

Benar kata kamu. Kebersihan amat penting bagi mereka yang rapat dengan kucing khususnya buat mereka yang sedang mengandung. Harap dapat ambil ingatan. Terima kasih atas perkongsian ini..(^_^)

Awan on March 13, 2010 at 5:11 AM said...

Assalamualaikum...

nk tnye ckit..hmm..boleh tlong xplain tntng mksud hadis 2 yg mengatakan Rasulullah (S.A.W) berwudhu dari sisa jilatan kucing..

Ezainy on March 13, 2010 at 6:35 AM said...

Awan,

Saya bukan pakarnya. Saya akan jawab sesuai mengikut tahap keilmuan saya.

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bekas/balang.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bekas air tadi. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bekas tersebut. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, lalu baginda menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

p/s: Harap pembaca lain dapat memberi komentar sama. Andai yang ada yang salah harap mohon petunjuk...(^_^)

Anonymous said...

salam..sy terpamir untuk berkomen disini utk berkongsi fakta...kucing bawa parasite toxoplasma gondii which then caused toxoplasmosis..sp pun tahu...a part from that,kucing ni unpredictable animal..mn taw, dia tak ckr?..ntah2 tgh pgg nnt kena ckr atau gigit ker..hari tu dlm paper melaporkan ada org ni terpijak kucing dia dan kucing tu gigit kaki dia sampai dia lumpuh..dont you think by keeping cat may caused you the same accident to happen?

Anonymous said...

haha.. comel sungguh takut bunyi kucing.. tapi klakar jugaklah.. takut kucing.. hmm.. berlambak kwn takut kucing.. selamat berjaya merapatkn diri ngn kucing, ye! cute and funny at the same time sbb xpenah jumpe org lelaki takut kucing.. my cousin yg lelaki suka gile pda kucing sampai adk2 die xleh usik lgsg kucing die, nk2 lg kucing yg die dh bagi nama. nk kena tibai, beranilah usik kucing tu dpn die. confirm kena marah.


-Nisyah-

Anonymous said...

menjawab keresahan saya...karena saya dibilang tidak perhatian dengan manusia krn saya terlalu suka dengan kucing....ad yg bilang knapa malah membantu kucing dan tidak membantu manusia...saya se olah2 tidak bersedekah hanya krn memberi makan kucing

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template