21 March 2010

Kata TIDAK pada jerawat




REMAJA sering mempersoalkan mengapa kulit mereka sering dipenuhi dengan jarawat. Mula-mula sedikit tetapi lama kelamaan boleh menjadi kronik dan memenuhi segenap ruang wajah. Ada sesetengahnya pula yang menjadi fobia dengan perkataan ‘jerawat’ ini. Menurut mereka saham akan jatuh apabila kulit muka dipenuhi jerawat. Benarkah begitu?

Di sini saya ingin kongsikan serba ringkas beberapa tips atau langkah yang boleh diambil untuk merawat jerawat ini.

1)Pastikan muka anda dicuci sekali atau dua kali sehari. Namun harus diingat usah mencuci dan menggosok muka secara berlebihan. Mencuci dan menggosok muka yang kerap akan menyebabkan kulit sihat menjadi kering di samping radang pada kawasan kulit yang cenderung untuk dipenuhi jerawat.

2)Usah memicit atau menekan jerawat dengan kuku, pin atau sebagainya. Ini boleh menyebabkan jerawat tersebut merebak ke lapisan dalam bawah kulit lalu menambahkan inflammasi dan jangkitan ke sekeliling atau serata kulit wajah. Di samping itu, ianya juga boleh mengakibatkan parut atau scar sekiranya tidak dilakukan dengan cermat.

3)Sekiranya anda menggunakan toner, elakkan produk yang mengandungi kandungan alkohol yang tinggi. Kandungan alkohol yang tinggi boleh mengakibatkan kulit kering, kemerahan dan menambahkan kecacatan pada kulit.

4)Jauhkan tangan anda dari muka. Maksudnya kurangkan sentuhan antara tangan dan muka terutama tangan yang tidak dicuci bersih. Sejenis bacteria iaitu P. acne adalah bakteria penyebab jerawat. Ianya terdapat di serata kulit kita. Sentuhan yang kerap antara tangan dan muka akan menambahkan kebarangkalian bakteria ini merebak ke kulit muka.

5)Gunakan krim sapu atau losen sekiranya anda hanya mempunyai beberapa jerawat di muka. Contoh yang boleh digunakan seperti krim yang mengandungi salicylic acid atau Benzoyl peroxide. Gunakan ianya selama kira-kira satu ataupun dua bulan. Kebiasaannya anda akan dapati perubahan positif pada jerawat anda walaupun pada awal penggunaan ubat tersebut ianya kelihatan semakin teruk. Namun seandainya setelah tempoh tersebut tiada sebarang perubahan, cuba dapatkan produk lain.

6)Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan sekiranya jerawat semakin teruk walaupun anda telah mencuba segala langkah-langkah di atas. Doktor juga akan mencadangkan anda untuk mengambil pil antibiotic. Banyak antibiotic yang boleh kita ambil. Contohnya seperti Doxycycline, Erythromycin, Amoxicillin dan lain-lain lagi. Namun, pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada doktor sebelum mengambil produk ini memandangkan ianya mungkin punya kesan sampingan pada anda.

7)Harus sentiasa ingat bahawa kata kunci dalam rawatan untuk menghilangkan jerawat ini adalah berikan ia masa untuk bertindak. Tidak kira apa pun langkah yang kita ambil, jerawat tidak boleh hilang atau sembuh dengan sekelip mata atau sehari dua.

8)Akhir sekali, langkah-langkah di atas tidak lengkap sekiranya tidak disertai dengan suatu amalan yang cukup penting. Bagi saya amalan ini adalah langkah yang paling mujarab dan tidak boleh diketepi apalagi diabaikan. Sebagai seorang muslim pastikan kita sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Jangan anggap ianya perkara yang remeh kerana dengan berkat air wudhuk itu insyaALLAH kulit kita akan kelihatan sentiasa segar, lembut dan berseri. Kata orang sejuk mata memandang.

p/s: Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama. Selamat mencuba.

4 comments:

donut said...

salam..saya nk tny pndpt saudara ni. saya pn ada mslh tp bkn jerawat.merah2 yg kdg2 shja tp mmg trasa kepedihan bl die btl2 merah.dh jmpe doktor n pharmacist, tp diorg pn x dpt mmbantu.pa2 ad kwn saya mrasakan saya mghidap pnyakit lupus dermatitis. Jd saudara ezainy rasa gimana?

Ezainy on April 4, 2010 at 5:29 AM said...

Donut,

Memandangkan saya tidak dapat melihat sendiri keadaan kulit kamu, maka agak sukar untuk saya mengenalpasti penyakit tersebut. Kebanyakan penyakit kulit dapat di’diagnosed’ hanya berdasarkan penglihatan (inspection). Namun sekiranya kamu ingin memastikan samada benar atau tidak kata-kata kawan kamu itu, kamu boleh cuba membuat ‘skin biopsy’ di mana-mana pusat kesihatan. Tetapi, selalunya lupus dermatitis hanya menyebabkan symptom yang tidak telalu berat. Apapun, saya nasihatkan kamu untuk dapatkan khidmat nasihat Pakar Kulit(dermatologist). InsyaAllah di sana pasti ada jalan penyelesaiannya.

donut said...

time ksh saudara...trharu sy mndgr pndpt saudara ^___^

Anonymous said...

yih..xleh picit jerawat ea? baru tau.. biasanya main picit je sbb xselasa ade bda yg timbul ats muka.. xkira la jerawat ke luka ke, mesti tgn nk try tgglkn.. in fact, bkn kt muka je, kt mane2 lah yg ade scars ke pape ke, mesti terasa nk tgglkn. kdg2 buat tnpa sdr. is it a bad habit?


-Nisyah-

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template