09 March 2010

Biar jauh berjuta batu



SALAM perantauan buat mereka yang sedang berada jauh di negara orang. Tidak kira sama ada anda sedang menuntut ilmu atau barangkali juga sedang bekerja. Sememangnya tinggal jauh di negara orang tidak semudah disangka bukan semanis diungkap dengan kata-kata.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu kalau kita tanyakan pada pelajar-pelajar tentang cita-cita, saya boleh jamin 90% daripada mereka bercita-cita untuk menyambung pengajian ke luar negara andai diberi peluang. Namun itu hanya impian dan angan-angan.

Realitinya, apabila kita berada di sana barulah kita mengerti betapa benar kata-kata pujangga “hujan emas di negeri orang hujan batu negeri sendiri”.


Tinggal berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara bukanlah suatu perkara yang mudah bagi mereka yang jarang berpisah dengan keluarga. Hanya mereka yang benar-benar bersemangat, kuat dan tabah sanggup berhadapan situasi sebegini. Namun, ini tidak bermakna fenomena ini suatu yang lazim berlaku. Ramai juga di kalangan kita yang sebenarnya sudah biasa malah lebih gemar untuk berada jauh di negara orang kerana memang sudah menjadi minat dan kegemaran mereka.

Biar jauh berjuta batu. Jauh itu pengorbanan~...

Manusia sememangnya mahukan sesuatu yang kalau boleh diperoleh dengan mudah, segera dan pantas sekelip mata. Namun, tuhan itu maha adil. Hanya mereka yang benar-benar sabar dan berusaha bersungguh-sungguh yang akan beroleh hasilnya sesuai dengan nilai kesabaran dan hasil kerja mereka.

Sebenarnya setiap sesuatu yang kita lakukan itu adalah suatu amal kebajikan yang akan dihitung kelak andai kita niatkan ianya kerana Tuhan walaupun ianya sekecil-kecil perkara. Ia adalah pengorbanan yang perlu kita laksanakan untuk kita tuai sesuatu yang lebih berharga suatu hari nanti. Mungkin ianya tidak nampak di depan mata sekarang, tapi suatu masa nanti kita pasti tahu apakah ia sebenarnya.

Apabila segala yang kita inginkan dapat diperoleh dengan mudah, kita akan sentiasa berada dalam keadaan zon yang selesa. Ibu ayah, sahabat handai juga kawan-kawan rapat ada di samping kita. Maka dengan itu, mungkin ada juga yang beranggapan kalau mereka semua tiada pun tidak mengapa.


Namun, cuba sesekali rasakan apa akan jadi kalau kita kehilangan mereka. Apakah reaksi kita ketika itu? Mungkin ada yang 'selamba' sahaja mungkin juga ada yang sebaliknya. Sesungguhnya, di kala itu barulah kita rasakan bahawa kita benar-benar memerlukan mereka. Baru kita tahu dan sedar yang mereka sebenarnya kita perlukan dalam hidup ini.

Bagi yang sedang berada jauh di perantauan. Janganlah lupa dengan orang di tanah air ibu bapa, sanak saudara, guru-guru mahupun kawan-kawan sahabat handai. Khabarkanlah berita anda buat mereka. Bukan apa, kadang-kadang kita tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menantikan sesuatu daripada kita. Bukannya wang ringgit, tapi cukup sekadar ingatan. Itu lebih utama.

p/s: Saya sedang berbicara dengan diri sendiri dalam usaha untuk membina semangat dan kekuatan untuk terus berada di sini. Doakan saya sentiasa 'istiqamah'. Biar jauh berjuta batu. Jauh itu pengorbanan~…

12 comments:

aiensz on March 9, 2010 at 7:37 PM said...

thanks....perbicaraan utk diri sendiri dan menarik utk kesedaran sy juga..

Ezainy on March 10, 2010 at 3:34 AM said...

aiensz,

Semoga hasil tulisan ini dapat memberi kesedaran bersama. Hargailah mereka yang ada di sekeliling kita kerana mungkin selama ini kita tidak sedar atau mungkin terlepas pandang bahawa mereka sebenarnya cukup bermakna dalam hidup ini..(^_^)

Nooreena on March 10, 2010 at 9:13 PM said...

Walaupun saya tak belajar di luar pun, saya sudah rasa sangat-sangat homesick. Apatah lagi sahabat-sahabat yang berada di sana kan?

Semoga ditenangkan hati dan dipermudahkan segala-galanya buat sahabat-sahabat yang sedang belajar/bekerja di luar.

M Saufi A R on March 10, 2010 at 11:07 PM said...

wow!.. sangat touching dengan ayat-ayat yang best!

aku memang mengerti, kerana aku pernah berada di Sabah, walaupun Sabah, tapi,itu sudah cukup menguji kesabaran dan memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila

Anonymous said...

salam.
Amat menarik untuk di kongsi bersama..
"Biar jauh berjuta batu..hilang di mata di hati jangan"
Kerana berjauhan banyak membantu kita mengenal diri sendiri, kata orang kena pandai bawak diri di tempat orang gitu. Berjauhan juga mengajar kita mengenal kasih sayang antara ahli keluaraga yang mungkin selama ini kita abaikan perasaan itu dan sebenarnya kita juga mahu mengatakan pada mmereka bahawa kita amat menghargai dan memerlukan mereka..

Ezainy on March 11, 2010 at 2:31 AM said...

Noreena,

Kalimah 'homesick' itu sudah lama saya tidak gunakan. Teringat pula ketika zaman sekolah dahulu.

p/s: Jauh atau dekat bukan ukuran nilai kasih dan sayang. Apa yang penting sejauhmana kita menghargai mereka yang ada di samping kita :)

Ezainy on March 11, 2010 at 2:34 AM said...

Saufi,

Sabah... Negeri di bawah bayu. Aku juga pernah sekali ke sana. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Harap dapat ke sana lagi suatu masa nanti.

p/s: Sabah pun boleh di kira luar negara juga. Maklumlah tanah seberang. hehe~

Ezainy on March 11, 2010 at 2:49 AM said...

anonymous,

Apabila merantau jauh barulah kita mengerti betapa beruntungnya kita selama ini. Melihat ragam manusia yang pelbagai menggugah hati dan perasaan, melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas penciptaan kita.

"Biar jauh berjuta batu... hilang di mata di hati jangan"

Saya suka benar dengan ungkapan ini...(^_^)

Anonymous said...

salam,
em.. bila dah berjauhan dengan keluarga ni ezainy n ezairy dok lah baik2 di tempat orang jangan gaduh2 ezainy cuma ada ezairy begitu jg ezairy ada ezainy ..jk ada yang bercanggah dalam memberi pandangan n pendapat cari sebaik2 jalan penyelesaian dan jangan cari perbezaan tapi cari keserasian, boleh gitu. Kami di sini sayang kan kamu semua moga dapat memberi perkhidmatan terbaik buat kami disini nanti:D

Ezainy on March 16, 2010 at 4:22 AM said...

wslm,

Terima kasih ya atas ingatan ini. InsyaALLAH saya akan sentiasa ingat pesanan ini.

p/s: Seolah-olah seperti pesanan ibu saya pula ya.hehe~. Sayang sekali saya tidak boleh tahu siapa gerangan yang memberi nasihat ini. Apapun, syukran ya..(^_^)

donut said...

salam..ni 1st time sy mnjenguk blog ni..mmg bgs.byk ilmu2 yg dpt dipelajari n moga2 dpt diamalkn n dikongsi dgn yg len.smuga sy dpt pn dpt jd hebat2 sprti sahabat2 sekalian..^_^

Ezainy on April 1, 2010 at 10:48 AM said...

donut,

Wslm. Selamat datang buat kamu ya. Ahlan wasahlan. Sememangya itulah harapan saya. Semoga dengan sedikit usaha ini dapat memberi peringatan buat diri saya juga buat pembaca semua. Ilmu itu milik ALLAH. Apa yang kita ada walaupun hanya sedikit, seboleh-bolehnya dikongsikanlah bersama untuk manfaat semua... insyaALLAH ;)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template