04 April 2010

Pesan Ibu




SELAMAT berehat buat anda yang sedang berehat atau barangkali bersantai bersama kawan-kawan tidak kira di mana jua anda berada. Buat anda yang sedang beristirehat bersama keluarga, gunakanlah kesempatan dan peluang yang anda ada untuk menikmati kasih sayang dari ahli keluarga selagimana anda masih punya mereka.

Sebaik sahaja menghubungi ibu di tanah air, tiba-tiba sahaja tergerak hati ini untuk menulis sesuatu yang tidak pernah dirasakan terlintas di fikiran. Sememangnya, setiap daripada kita pastinya telah puas menerima pesanan daripada ibu dan bapa dari kecil hinggalah dewasa. Saya yakin setiap daripada pesanan mereka pastinya sesuatu yang berguna dan berharga untuk kita. Walaupun kadang-kadang di kala pesanan itu disampaikan mungkin kita tidak pernah ambil endah, tetapi apabila dewasa ini barulah kita sedar betapa bernilai pesanan mereka.

Tiada ibu mahupun ayah yang inginkan anaknya gagal dalam hidup. Semua ibu mahukan anaknya berjaya. Bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi yang lebih penting berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Teringat saya pada pesanan-pesanan ibu sewaktu saya kecil sehingalah sekarang. Pesan ibu…..

*************************************************************************************

Setiap pagi, ibu akan menghantarku ke sekolah. Kemudian melihat dari jauh anaknya melintas jalan lalu memasuki pagar sekolah. Sebaik tangan dihulur dan kukucup tangan hangat ibu dikala itu juga dia mengucup dahiku dengan pesanan yang tak pernah putus. ‘abang adik belajar rajin-rajin ya’. Itulah pesanan ibu buatku dan juga adik yang pergi ke sekolah bersama-sama setiap hari. Berbekalkan pesanan itu dan juga bekalan makan yang tidak pernah putus ibu bawakan setiap hari, aku menuntut ilmu dari tahun satu sehingga tahun 6. Pulang dari sekolah ibu sudah menunggu. Walau panas terik ibu tetap berada di situ. Hujan lebat juga tidak pernah diendahkan. Dia tidak pernah lupa akan temujanjinya untuk menjemputku pulang dari sekolah. Ibu, sungguh besar pengorbananmu.

Setelah tamat sekolah rendah, aku mula hidup berdikari menetap di asrama. Di sana baru aku mengerti betapa aku memerlukan ibu dan ayah dalam hidup ini. Aku tidak boleh hidup sendirian. Apabila mereka ada di hadapan mata, selalu sahaja aku memungkiri kata-katanya. Dua hari sekali pasti aku akan menghubungi ibu dan ayah. Cukup sekadar bertanya khabar. Bagiku itu sudah lebih daripada cukup. Setiap kali itulah ibu tak akan pernah lepas berpesan buat diriku. ‘abang adik belajar rajin-rajin ya’. Aku sudah hafal skrip itu. Aku mengerti betapa besar harapan ibu buat diri ini.

Alhamdulillah sebaik sahaja selesai pengajian menengah rendah, aku menyambung pengajian ke sekolah berasrama penuh di Selangor. Di sana aku diterap dan dididik dengan ilmu agama yang sememangnya cukup berat untuk aku terima pada awalnya. Namun, sedikit demi sedikit aku mula dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Aku berasa tenang sepanjang di sana. Barulah aku mengerti bahawa inilah sebenarnya tempat yang akan menjadikan aku seorang insan muslim yang berjaya. Di sana ibu berpesan lagi. ’Abang adik belajar rajin-rajin ya’. Setiap kali menghubunginya memang itulah yang ibu ungkapkan di akhir perbualan kami. Ibu, maafkan diri ini andai aku sering lupa akan pesanmu.

Syukur tidak terhingga, setelah tamat pengajian sekolah, tuhan turunkan rezeki dan nikmat yang tidak pernah kusangka. Peluang yang tidak pernah kufikir selama ini. Terima kasih ALLAH. Di kala aku leka dan lalai dari segala tuntuanMu, kau masih beri peluang untuk diri ini. Tanggal 6 Oktober 2004, aku menjejakkan kaki di bumi para anbia’. Bumi yang melahirkan begitu ramai ulamak dan cendekiawan terkenal seantero dunia. Bukan sahaja dalam bidang keagamaan tetapi juga dalam bidang-bidang lain. Sebelum berpisah, ibu masih lagi berpesan buatku ’abang adik belajar rajin-rajin ya’. Tapi kali ini ditambah ‘jangan lupa mama ya’. Linangan air mata membasahi pipi kami sewaktu saat perpisahan itu.

Kini sudah hampir 6 tahun berlalu. Tinggal beberapa ketika lagi aku akan meninggalkan tanah ini. Adakah pesanan ibu masih aku turuti? Apakah aku berjaya melaksananakan semua tanggungjawab yang diletakkan di bahu ini? Apakah ada lagi pesanan ibu seperti itu buatku? Saat pengajianku sudah di penghujung. Maka, apakah pula pesanan ibu buat diriku selepas ini???


*************************************************************************************

p/s: Sesungguhnya pesanan ibu amat berharga buat si anak. Tidak kira apa jua yang mereka sampaikan, pastinya di sana terselit hikmah yang terbaik buat diri kita. Semua ibu mahukan yang terbaik buat anak mereka. Hargailah mereka selagi mereka masih ada.

9 comments:

Learner on April 4, 2010 at 4:46 PM said...

You know what: aku ttibe nangis kjap bace entry ko kali ni...
Thanks zairy.

Lame sgt merantau sampai jadikan aku in some degree, 'susceptible' utk lupe family...

Mmm.... let me guess: pesanan mak kau pas ni still jg
"jgn lupe ibu"

sbb ibu kita bimbang kita akan igt bini je nnt...hehe

Ezainy on April 4, 2010 at 4:56 PM said...

Mr Learner,

Itulah. Apabila terkenangkan balik semua pesanan ibu dan ayah, jadi sedih rasanya. Terasa macam benci sahaja pada perasaan malas.

Kalau itu pesanan ibu aku selepas ini, insyaAllah akan aku ingat. Ibu tetap nombor satu:)

p/s: iwan, ini blog ezainy lah... Bukan sang mentari ya...hehe~

donut said...

Ya Allah...trharuny...hmm..mak sy pn slalu pesan cm2 tp kdg2 sy lupe dgn pesanan mak...sy ttp malas blaja T_T

Ezainy on April 5, 2010 at 4:17 AM said...

donut,

Sewaktu kecil si ibu tidak akan pernah lupa untuk menyusukan anaknya walaupun kadang-kadang terlewat. Tapi, kita sebagai anak jarang sekali berpegang pada setiap kata-katanya. Besar tinggi mana pun kita, asal usul usah dilupa. Syurga di bawah telapak kaki ibu ;)

Learner on April 5, 2010 at 5:54 PM said...

eh, aku tulis zairy eh... haha
sorry zainy..

mistake yg hampir x pnah berlaku dah berlaku for the 1st time.. hehe

donut said...

ezainy cmne nk jd seorg pljr yg sntiasa brsemangat?sy rse mmg sjk kecik lg sy dh xde smgt nk blaja.tp sy mmsh kekal sume ats bantuan Allah je...pnh je sy x sentuh pn bku tp Allah msh lg tolong.even sy dpt mrkh yg trtinggi...sume org kagum tp dlm hati sy Allah je yg taw segalany...

Ezainy on April 6, 2010 at 3:41 AM said...

donut,

Kadang-kadang setiap yang berlaku itu adalah peringatan buat kita. Sesuatu yang berlaku tanpa usaha yang bersesuaian namun manghasilkan natijah yang cemerlang tidak bermakna apa yang kita lakukan selama ini betul.

Semangat sentiasa datang dan pergi. Mungkin hari ini kita cukup bersemangat untuk mengemas seluruh rumah. Namun, tidak mustahil esok hari hanya untuk sekadar memegang kayu penyapu pun tidak mampu. Manusia memerlukan motivasi yang berterusan. Motivasi bukannya suatu yang kita ambil dan dapat hari ini, lalu kita gunakan selamanya. Lama-kelamaan ianya akan hilang jua. Carilah motivasi terbaik diri kita. Bagi saya, ibu dan ayah adalah motivator terbaik yang pernah ada dalam hidup saya...(^_^)

donut said...

btl 2..kadang rasa sgt kesian tgk org len yg usahany sribu kali lg hebat dr sy tp Allah x kurniakan lg kejayaan pd die..sy rasa sy ni seorg yg x brsyukur dgn keupayaan yg Allah kurniakan

Anonymous said...

waa... best la baca.
terigt cmne punye terejalnya aku time sekolah rendah. ade je kes yg smpi naik bilik pengetua. hehehe.. terejal sungguh aku..

tapi bile masok skola menengah ni,
sgale mcm problem timbul..
stress dibuatnye..
cukup stress, carik duit syiling, buat call ibu..
kdg2 terasa nk nangis je bile xde duit syiling time tu..
but from now on, dh ade henset, sng la call ibu..
cume kne hati2 supaye xbusted je..


-Nisyah-

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template