16 February 2009

Desiran Pasir



HARI kedua bermulanya kuliah selepas dua minggu bercuti. Seakan-akan kekok untuk menyesuaikan dengan musim baru ini.

Angin ribut pasir tiba-tiba muncul. Membawa kepulan pasir yang memedihkan mata. Pemandangan juga barangkali kabur tidak seperti biasa. Keadaan ini menjadi lumrah buat warga Kota Kaherah ini. Sudah menjadi asam garam mereka. Meneruskan kehidupan seharian, berebut dan bergegas dengan arah masing-masing. Gerak jalan mereka pantas tidak seperti orang kita.

Kadang-kadang saya terfikir, betapa beruntungnya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Anak melayu yang dapat merasa hujan dan panas. Bukannya ribut pasir walaupun tidak punya salji. Kadang-kadang panas namun tidak terlalu dingin. Tetapi tidak bagi manusia di bumi afrika ini. Mereka jarang menikmati titisan hujan dari langit walaupun dingin hingga ke tulang.

p/s: Merenung jauh. Baru saya sedar, saya patut beruntung dan bertuah kerana menjadi anak Tanah Melayu.

2 comments:

Dr Kadir on February 16, 2009 at 9:22 AM said...

"Gerak jalan mereka pantas tidak seperti orang kita."

Berlainan daripada ana bila pulang dari UK, rasanya orang Kaherah bergerak begitu lembab dan lambat... :)

Camana tahun 5 skrg?

Ezainy on February 17, 2009 at 5:40 AM said...

Benar kata akhi kadir. Sebab itulah UK jauh rasanya lebih maju jika nak dibandingkan dengan Kaherah.

Tahun 5 yang penuh dengan cabaran. Moga diberi kekuatan.=)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template