11 February 2009

Salahkah Mereka?


DUNIA Malaysia hari ini diprovok dengan pelbagai tujahan cabaran. Permasalahan ekonomi yang meruncing masih belum menemui kata penyelesaiannya. Kini hangat pula dengan isu politik. Sebenarnya saya memang tidak suka untuk membincangkan isu ini. Tetapi melihatkan kepada senario yang berlaku, rasa terpanggil untuk menulis sesuatu yang terbuku di hati.


Masing-masing punya pendapat yang berbeza. Kekalutan dan kekusutan yang sedang berlaku di Perak tidak boleh dipandang enteng. Manusia berbalah kerana mahukan kuasa. Sejarah telah menunjukkan manusia sanggup bergadai nyawa, harta benda, maruah semata-mata kerana kuasa. Ketaksuban yang melampau ini kadang-kadang membuatkan manusia melakukan apa saja hatta agama terbarai.

Namun, inikah contoh terbaik yang ada pada mereka yang mempunyai kuasa kelak? Kekuasaan tidak pernah menghalalkan yang haram juga sebaliknya. Apa manusia lupa bahawa siapa sebenarnya yang lebih berkuasa. Yang menciptakan mengatur gerak mereka. Manusia alpa inilah yang apabila berkuasa kelak akan hancur binasalah tamadunnya.



"Daulat tuanku"


Manusia tanpa segan silu memapar dan melaungkan kalimah ini di mana-mana. Demonstrasi jalanan tidak kurang juga. Sanggup berpanas berhujan kerana semangat cintakan manusia. Betulkah tindakan mereka? Bagi yang menentang pula bagaimana? Durhaka kah mereka? Manusia seakan lupa pada sejarah lampau. Apa mereka tidak balajar sejarah sewaktu sekolah dulu. Lupakah manusia pada kisah Tuah, Jebat dan Sultan Melaka? Mayat Tong Janggut yang digantung di depan istana sehingga 4 hari lamanya?


Manusia sememangnya lebih mudah mengikut arus yang dituju. Ikut kata ramai tanpa mahu berfikir di sebalik yang berlaku. Berfikir sebab dan hikmah mengapa sesuatu tindakan itu dilakukan walaupun pada mata kasarnya salah. Rupa-rupanya manusia memang perlu lebih banyak belajar mentafsir sebelum bertindak.


p/s: Kebijaksanaan manusia terletak sejauhmana mereka mampu melihat ke hadapan di sebalik tembok batu.

0 comments:

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template