17 January 2009

Andai Malaysia diserang

Assalamulaikum wbt.

Ingin berkongsi satu forwarded emel yang saya dapat. Boleh menjadi satu tazkirah (peringatan) yang baik untuk kita yang sentiasa berada di 'zon selesa'. Saya tahu ramai yang pernah baca, tapi anggaplah ini sebagai peringatan kedua.



Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain pula jadi macam kita?
MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dengan muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menendang pintu rumah anda….anda bersama dengan ibu, ayah, kakak serta 2 orang adik yang masih kecil ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa kakak perempuan anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Ayah dan adik perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…


DAMMMMMM…ayah dan adik kesayangan anda itu mati ditembak serta-merta oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih ahli keluarga mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas ibu anda, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Kakak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Adik kecil ditembak didepan mata…
Ibu dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan… .
Continue Reading...

15 January 2009

Putaran Masa-Esok Lambat Lagi



SANG rembulan penuh menampakkan dirinya. Malam hari kian menjelang. Meninggalkan siang berlalu tanpa ada tangguh walau sedikit pun. Esok pastinya menjanjikan suatu yang lebih bermakna. Tapi, apakah esok masih ada untuk manusia?


Manusia sibuk dengan urusan harian seolah-olah akan hidup selama-lamanya. Perubahan dilakukan satu demi satu. Tidak kurang juga dengan kerosakan dan pembinasaan alam. Kemusnahan untuk mencapai lebih kemajuan. Kesungguhan dan kerakusan manusia bekerja terbukti di mana-mana. Bangunan tinggi pencakar langit tidak perlu dihitung lagi. Memang benar. Kesungguhan yang kayak gitu tidak salah. Untuk mencapai sesuatu kemajuan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan yang tiada tolok bandingan.


Seringkali manusia mengeluh. Kecewa kerana tidak punya kesempatan untuk melaksanakan setiap yang dirancang dengan berjaya dalam ruang masa yang ditetapkan. Setiap yang dilakukan tidak dapat memuaskan semua pihak. Banyak yang masih belum terberes sedangkan masih ada lagi urusan menimbun yang perlu diselesaikan.


Mahu salahkan waktu? Waktu yang begitu zalim terus berlalu dan pergi. Ia bergerak tanpa mahu menunggu manusia walau sesaat pun. Ah, saya tidak mahu menjawabnya. Tapi yang pasti mahukah masa dan waktu menunggu manusia? Manusia yang sering lalai dan alpa dengan kesibukan dunia. Dunia yang andai terus dikejar pasti tidak ada yang cukup. Habis satu, pasti yang lain akan menanti. Bukankah itu lumrah kehidupan di dunia ini.


"Kadangkala saya terfikir. Bolehkah manusia memutarkan waktu sesuka hati seperti memutar jam. Jika mahu dilambatkan maka dilewatkan. Andai mahu dipercepatkan maka segera dipantaskan. Tapi yang pasti itu semua hanya khayalan kosong sahaja."


Manusia memang tidak punya apa kudrat untuk melaksanakan sebegitu rupa. Khayalan kosong yang andai dilayan memang tidak ada guna apa pun. Sehelai kertas dilipat-lipat mengikut cita rasa manusia. Barangkali menjadi roket pejuang, mungkin juga sampan kecil di parit, boleh jadi juga pucuk pistol. Tapi, sesungguhnya itu semua hanyalah mainan. Tidak mungkin roket mainan itu mampu terbang tinggi selamanya. Begitu juga si sampan kecil mainan kanak-kanak di parit. Lama-lama akan tenggelam jua. Itu semua hanyalah khayalan mainan fikiran.


Ya. Memang benar. Masa dan waktu memang tidak bolah diputarkan. Walau ke hadapan mahupun undur ke belakang. Ia akan terus berlalu mengikut kehendak pencipta. Manusia yang seharusnya tidak boleh tidak perlu mengikut aturan masa. Aturan masa yang kalau ditimbang balikkan memang telalu banyak ruang untuk manusia. Cuma manusia yang seringkali sia-siakan.


p/s: Saya tidak mahu salahkan masa yang sudah berlalu. Yang sudah, biarkan ia pergi. Hari esok perlu dihadapi dengan segala macam persediaan. Kekangan waktu yang kadangkala menuntut kepada kesungguhan. Manusia perlu bijak menguruskannya. Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan walaupun ruang waktu yang masih tinggal sedikit cuma. Perjuangan perlu diteruskan. Esok lambat lagi.

Continue Reading...

06 January 2009

Erti Sahabat

Kenangan satu batch Middle East Prog(MEP 4). Cairo Airport


LAGU Terasing Allahyarham Sudirman menerjah masuh ke corong telinga. Kesayuan suaranya mendamaikan jiwa. Tidak semena-mena membawa diri saya untuk menulis tentang isu yang selalu disebut tapi tidak tahu ke mana penghayatannya. Sahabat.

Semua orang punya ramai kawan tapi berapa ramai yang punya sahabat. Sahabat yang mampu bersama dalam apa jua keadaan dan ketika. Sahabat yang boleh menjadi pendengar setia di kala kita memerlukan seseorang untuk meluahkan sesuatu. Kita mungkin punya banyak masalah dan kekalutan tapi tiada tempat untuk diluahkan kerana tiada siapa yang boleh dipercaya. Tiada siapa yang sudi mendengarnya. Sahabat setia bukan sahaja mampu menjadi pendengar yang setia tapi juga dapat memberi pendapat dan pandangan ke arah penyelasaian.

Seorang sahabat yang setia mampu untuk mengkritik kita walaupun perkara itu kadang-kadang tidak mampu dilakukan oleh seorang kawan. Kenapa? Kerana seorang sahabat tidak mahu melihat sehabatnya berada dalam kedaan yang salah. Mengkritik kerana keburukan juga kerana kelemahan kita. Kelemahan yang kalau tak siapa yang tegur kita akan terus berada dalam keadaan yang silap. Bukan mudah tugas ini kerana kalau salah tegur lain pula jadinya. Besar sungguh peranan sahabat.

"Kalau zaman sahabat tahap ukhuwah mereka cukup tinggi. Hanya dengan derapan tapak kaki saja tanpa melihat sudah tahu siapa gerangan yang tiba."

Ah, adakah saya telah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat kepada sekalian sahabat dengan setia. Bangun pagi sahaja apa yang kita terus fikirkan? Pencarian matlamat kita yang masih belum tercapai. Sumber rezeki yang ingin dikaut hari ni. Semua itu tidak salah. Tapi alangkah indahnya kalau bangun pagi saja lantas kita ingatkan sahabat dan saudara kita di mana jua pun. Bagaimana keadaan mereka.

Seorang sahabat mampu untuk mengajak sahabatnya untuk ke arah kebaikan. Walaupun kadang-kadang perkara itu suatu yang sensitif. Tapi jika kita tahu kelebihannya tak salah untuk kita bertegur sama. Sahabat yang setia tidak mahu masuk ke syurga sendirian. Mereka akan menarik sahabat mereka yang lain untuk turut sama bersama mereka. Perkara yang paling mudah dilakukan ialah bangun subuh. Bagi yang tinggal serumah dengan sahabat-sahabat, kejutlah mereka di subuh hari walaupun itu mungkin suatu perkara yang berat buat mereka.

"Seorang sahabat bukannya mereka yang bersama kita ketika senang sahaja. Seorang sahabat yang setia akan sentiasa bersama kita waktu senang mahupun susah."


Apabila dalam kesenangan sahabat ini akan tolong meringankan beban sahabat yang lain. Juga apabila ada sahabat yang dalam kesusahan memerlukan pertolongan maka bantulah mereka. Sahabat setia sanggup berkorban apa jua tak kira harta benda, masa dan mungkin juga nyawa. Sahabat yang begini kalau kita jumpa jangan sesekali kita persiakan.

Anyaman ketupat tidak akan menjadi suatu anyaman yang halus, ketat dan cantik kalau setiap jari yang bertugas untuk mengayamnya tidak menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna. Satu jari ke atas, yang lain ke bawah pula dan silih berganti. Begitulah perumpamaannya saling perlunya sesama sahabat untuk membentuk satu ukhuwah mantap yang terjalin.

P/S: Kita mungkin punya seribu kawan, Tapi seorang sahabat belum pasti



Continue Reading...

Manusia Tak Punya Mata



TENGAH hari ini, saya pulang seperti biasa dari kuliah. Esok cuti. Sememangnya suatu yang saya tunggu-tunggu. Bukan saya saja tapi mungkin semua orang. Suasana dan jadual kuliah di sini bagi yang tidak ponteng memang memenatkan. Tapi kerana minat yang mendalam dan azam yang pernah saya sematkan sejak mula-mula sampai ke bumi Mesir ini, memberikan satu tonik untuk terus gagah sampai sekarang.


Semalam saya menaiki lif untuk sampai ke tingkat di mana saya tinggal. Apabila memasukinya saya mendongak ke atas, ternampak akan cebisan sampah yang hanya dibuang selit di sana. Manusia memang tak punya mata. Apa tiada tempat lain untuk membuang sampah. Bumbung lif yang sekecil itu juga dijadikan tong sampah.


Mata manusia bentuknya bulat. Saiznya kecil tapi punya makna dan erti yang cukup besar untuk kita. Tanpa mata kita tidak dapat melihat. Bangun pagi, terus melihat jam di tangan, jam berapa juga dengan mata. Tak dapat bayangkan kalau satu hari apabila bangun pagi dunia ini terus gelap gelita tiada cahaya. Bukannya kerana sudah tidak bernyawa, bukannya kerana tiada elektrik tapi kerana tiada mata yang normal.


Setiap manusia punya warna mata yang berlainan. Warna mata? Ya, warna iris. Kemudian, dikelilingi pula dengan sklera yang berwarna putih diselaputi pula oleh satu lagi lapisan konjuktiva. Sungguh unik penciptaan mata. Tapi banyak manusia tidak dapat gunakan sebaiknya.


Manusia tak punya mata? Pernah jumpa manusia tak punya mata? Agak-agaknya apa akan jadi pada dunia kalau benar wujud manusia tak punya mata. Kalau ada mata pun, sia-siakan. Ingat lagi macam kisah Kasim Selamat yang mencucuk matanya sendiri sampai buta. Itu tak punya mata atau tak punya akal? Mata-mata. Itu apa cerita pula? Mata-mata itu orang yang punya banyak mata. Betul? Bukan. Mata-mata itu polis yang mempunyai tugas-tugas tertentu.


Macam-macam kita dengar di sana sini. Ada yang kena bunuh. Ada yang gaduh. Tidak kurang juga perang tak sudah-sudah. Anda pasti dengar dan lihat bukan? Apa anda rasa? Manusia tidak punya akal yang waras untuk berfikir. Masing-masing dengan ego dan kepentingan sendiri.


"Semua punya mata tapi tak melihat. Manusia melihat tapi tak berfikir. Manusia berfikir tapi gagal untuk bertindak."


Jadikan peristiwa yang berlaku sebagai pedoman dan garis panduan. Pandang dan lihat sesuatu yang berlaku dari mata hati. Akal yang diberi digunakan untuk berfikir maka bertindak mengikut kesesuaian. Manusia kadang-kadang kurang rasa sensitiviti pada yang lain. Pada mereka yang memerlukan bantuan manusia lain. Kenapa? Kerana mereka sendiri tidak merasa. Sekarang tahu kan? Mata biru, hijau atau hitam semua itu sama. Yang berbeza adalah mata hati.

Continue Reading...

03 January 2009

Rintihan Buat Palestin...Kami sahut seruanmu

Sajak ringkas ini saya tulis buat mereka yang punya rasa simpati pada saudara kita yang diuji sengsara di sana. Moga ALLAH bersama mereka.


Hati ini menangis
Meraung tanpa siapa yang simpati...rintihan demi rintihan

Darah itu mengalir lagi
Menitis bagai tiada hentinya, merah menyala jatuh ke bumi
Bergumpal lalu menjadi hitam pekat

Ah, tak bisa untuk aku lihatnya!
Setiap nadi mereka perlu kurasai
Zalimkah aku kerna tidak turut sama berjuang bersama mereka?
Mereka berjuang demi menyelamatkan agama ku ISLAM
demi mempertahankan kiblat pertama agamaku
demi mempertahahan masjid suci ketiga umat Muhammad s.a.w
Apakah aku mahu terus duduk berdiam diri?
Kejamnya aku yang kala ini masih mampu menyuap hidangan yang lazat di kala mereka terlantar kebuluran
Kebuluran kerna sikap manusia yang angkuh tiada prikemanusiaan

Ya ALLAH, apakah sumbangan yang harus aku lakukan?
Aku bukannya Laksamana Hang Tuah yang hebat menjadi pahlawan Melaka
Jauh sekali untuk dibandingkan dengan keberanian Saidina Umar yang berani mencabar sesiapa yang ingin menhalang dakwah Islam tercinta
Ah, pengecutkah aku?

Lantas aku berfikir sejenak...
Aku masih punya jalan
Perjuangan bukannya hanya di medan pertempuran
Sesungguhnya aku juga ada tanggungjawab yang perlu aku laksanakan
Mencari ilmu

Saat ini aku harus sentiasa menadah tangan memohon pertolongan dariNYA
Hanya ALLAH sahajalah tempat aku berharap
Tiada guna kala ini untuk aku menuding ke arah sesiapa pun, Obama? Husni Mubarak?
Biarkan mereka!
Mereka akan jawab sendiri di hari pembalasan kelak

Aku seru pada diri ini untuk turut sama merasa penderitaan saudara Palestin
Hari ini hari mereka...esok lusa belum pasti
Ku tadah tangan, sujud memohon pertolongan-Nya setiap masa
Moga tiada lagi kekacauan, kesengsaraan, penderitaan
Kemenangan milik kita...
Continue Reading...

02 January 2009

Bukan Sekadar Azam


JAM menunjukkan pukul 11.05 malam. Tapi mata saya masih belum lagi mahu terlelap. Tiba-tiba saya teringat akan azam dan impian yang pernah saya sematkan setahun lalu. Sesungguhnya masih ada yang belum tercapai. Namun, pada tahun ini saya sematkan lagi azam yang masih belum terlangsai di samping azam baru yang pastinya membuatkan saya lebih berusaha kuat untuk memastikan azam ini tercapai.


Anda bagaimana? Bagaimana azam anda yang sudah...Sudah terlangsai semua? Jawapannya hanya sendiri yang tahu. Sejauhmana kita mengklasifikasikan azam kita itu tercapai atau tidak, sememangnya berbeza antara setiap kita. Sama lah macam kalau kita hendak kata kan sesorang itu berjaya atau pun gagal. Berjaya atau pun gagal adalah suatu perkara yang subjektif. Ia bergantung terhadap sejauh mana kita meletakkan sasaran dan target kita.


Orang yang tak punya kemampuan, selama ini tinggal di kampung setinggan apabila suatu hari dapat membeli kereta baru walaupun dengan harga yang rendah, sudah dianggap kejayaan bagi mereka. Tapi lain pula bagi, orang yang memang setiap minggu menginap di hotel lima bintang. Mereka ini barangkali kalau memperoleh keuntungan yang tidak mencapai angka juta-juta masih belum dikatakan berjaya. Kenapa ya? Kerana target dan sasaran yang mereka letakkan berbeza.


Sesekali, saya cuba muhasabah diri sendiri mencari di mana silapnya langkah dan percaturan yang meyebabkan ada beberapa matlamat yang lepas masih belum tercapai. Bukankah muhasabah ini telah lama diajar oleh nabi kita untuk kita lakukan setiap kali sebelum kita tidur.

“Pastikan hari ini lebih baik dari semalam. Kalau hari ini sama saja dengan semalam maka rugilah kita, tapi bagi yang hari ini lebih teruk dari semalam maka celakalah kita.”

Mahukah kita tergolong dalam golongan ini? Tentunya tidak bukan. Justeru, dalam kita meletakkan apa jua matlamat, pastikan seboleh-bolehnya ianya tercapai. Kalau tak tercapai, cuba cari di mana silapnya. Nabi juga pernah bersabda bukanlah di kalangan umatku yang masuk ke dalam lubang yang sama dua kali.


Walaubagaimanapun, sama-samalah kita beringat sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian tinggi mana pun azam yang kita letakkan, pastikan matlamat asal kita dijadikan di atas muka bumi ini tidak terbarai. Bukan apa kadang-kadang kita ini mudah terlupa ataupun buat-buat lupa.

“Manusia sebenarnya tidur sewaktu berada di dunia, tetapi terjaga apabila dibangkitkan di kemudian hari nanti.-Saidina Ali-“

Continue Reading...
 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template