25 December 2008

Matangkah kita?


SELAMAT semua. Selamat maju jaya. Selamat membaca. Tergerak hati saya untuk menulis coretan ringkas ini apabila melihat keadaan vandalisme yang berlaku di negara kita. Saya kira tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku dalam negara Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan kira-kira lebih 50 tahun. Namun dilihat dari tindakan yang anak bangsa kita lakukan jelas menampakkan kita sebenarnya belum cukup matang dalam menilai dan membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

"Baru-baru ini, rumah salah seorang pemimpin masyarakat selatan tanah air habis diburukkan dengan tumpahan cat dek kerana percanggahan politik. Tak cukup dengan itu pejabatnya juga dihadiahkan dengan habuan yang serupa."

Adakah kita fikir tindakan sebegitu bijak? Matangkah kita dalam melepaskan rasa ketidakpuashatian yang menebal dan membuak-buak dalam diri dengan bertindak sedemikian?

Fikirlah dengan bijak secara rasional dan dewasa sebelum membuat sebarang tindakan. Kadang-kadang kita tak perasan yang tindakan kita itu mencerminkan betapa buruknya bangsa kita lebih-lebih lagi agama kita. Apalagi kalau perkara ini diketahui orang luar.

"Iman seseorang belum dikatakan sempurna, begitu juga dengan istiqomahnya sebelum ia mempergunakan akalnya secara sempurna." –hadith-

Continue Reading...

09 December 2008

Tiada Lagi Air Mata


SENJA
itu dia termenung. Mendongak ke langit merah. Terkenang sesuatu yang telah lama ditinggalkan. Sudah bertahun lamanya tidak pulang ke tempat itu. Wajah sang ibu jelas terbayang seolah-olah di depan mata walau dah lama tak bersua kirim berita. Entah mengapa seketika ini sering saja wajah yang semakin dimamah usia itu muncul dalam bayang dan mimpinya.

Si ibu jauh di Malaysia batuk-batuk. Termangu di anak tangga. Memendam rasa rindu yang membuak-buak terhadap anak yang dicinta.

"Mengapa jarang sekali kau mengirim khabar berita? Apa salah dan dosaku nak. Sukar sangatkah bagi kau wahai anakku untuk meghubungi ibumu ini walau sekejap cuma." Si ibu berkecil hati.


Sememangnya sejak meninggalkan kampung halaman lima tahun lalu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tidak pernah walau sekali Redza pulang ke Malaysia. Bukannya wang yang menjadi persoalan tapi dek kerana kepentingan lain. Kalau telefon pun boleh dihitung dengan jari. Dia sibuk dengan urusan kuliah dan kawan-kawan selain melacong ke merata tempat di kala cuti menjelang tiba. Selama ini dia tak pernah sedar bahawa si ibu sangat merinduinya walaupun tak pernah terluah di bibir bicara. 5 tahun bukan suatu jangka masa yang singkat bagi si ibu yang ditelan usia itu di kala penhujung hayatnya. Si ibu lebih suka memendam rasa.

Petang itu Redza bertekad. Dia mahu segera pulang ke tanah air. Entah angin bayu mana yang menggerakkan hatinya untuk pulang walaupun ketika itu bukannya cuti semester. Hatinya lain macam sekali. Segala persiapan dilakukan. Namun langsung tidak diberitahu kepada orang tuanya itu.

Perjalan 10 jam di dalam pesawat sungguh lama dirasakan. Tidak sabar rasanya untuk mendakap insan tersayang yang telah lama sangat merinduinya. Saat terlelap dia sempat berjumpa dengan ibunya walau dalam khayalan mimpi.

Sampai di halaman rumah, terasa seperti adanya sesuatu. Kelihatan ramai orang lelaki bersongkok bertenggek-tenggek di beranda rumahnya. Tak kurang juga yang berborak-borak sambil rokok di hujung jari. Dari kejauhan dia sudah dapat mendengar sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Semacam kerap benar dia mendengar bait-bait kalimah tersebut. Hatinya berdegup kencang Tak semena-mena matanya mula berkaca. Degupan jantung dirasakan seperti hilang pedoman. Titik-titik peluh memenuhi dahinya. Dia melangkah anak tangga rumah dengan seribu tanda tanya. Tak mampu untuk mulut berbicara bertanya sebab. Ruang tengah rumah dipijak. Terpandang sebujur tubuh kaku dengan lengkap kain putih menutupi seluruh tubuh itu. Hatinya meraung. Mahu saja dia menjerit namun suaranya tersekat di anak tekak. Di kala itu juga dia mendengar seorang berbicara dengan suara sayu..
"Ibumu sudah tiada.."

Redza meraung sekuat hati. Air mata berjujuran. Tak mampu tertahan lagi. Yang mampu terkeluar "Maafkan adik mak!!!"

Mahukah anda mejadi sedemikian? Kisah ini pendek cuma. Mungkin ada yang beranggapan sekadar cerita kosong. Namun, tentunya anda tidak mahu perkara sedemikian berlaku ke atas anda. Mungkin anda tidak setegar Redza. Tapi kita sebagai manusia juga sebagai anak pastinya banyak melakukan dosa pada orang tua tercinta. Bagi yang punya kesempatan pulanglah menjenguk mereka di kala punya kesempatan. Bagi yang jauh pula, tak berat rasanya untuk kita sekadar mnghubungi mereka walau di hujung talian. Cukup sekadar ucapan khabar berita sudah memadai menjadi pengubat rindu mereka…

Ayam dibakar di atas sutuh,
Bukannya apa sekadar suka-suka,
Orang tua hatinya mudah tersentuh,
Jagalah senantiasa usah menderhaka
Continue Reading...

01 August 2008

"Rancang sebelum b'tindak"


MERAH tanda berhenti. HIJAU maka jalanlah. Namun berapa ramaikah di kalangan kita yang sentiasa mematuhi arahan ini. Sejauh manakah tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya dapat kita laksanakan? Setiap yang berada di muka bumi ini pasti ada undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah pun, setiap kerajaan yang dibina pasti akan ada perundangan, majlis tertinggi takpun mahkamah anak negeri.. Begitu juga lah kita yang hidup pada masa kini, sebenarnya memerlukan suatu garis panduan atau jadual lah senang cerita.

"piiirah...ingat kita ni budak sekolah ke? nak pakai jadual2 lagi"

Ini lah kata2 yag sering dihamburkan oleh kawan2 kita apabila bercerita bab-bab macam nih.. Hei kawan2, oi sahabat2 semua... ingat.. hidup nih kalau x de jadual x de matlamat samalah ibaratnya macam menembak tanpa sasaran, berlumba lari yang entah ke mana tiada penghujungnya... Rancanglah setiap apa yang ingin kita lakukan setiap hari.

Hmm, apalagi binalah matlamat hidup kita sekarang agar setiap yg kita lakukan mendatangkan hasil... tapi jgn jadi macam pak pandir puas dok merancang tapi satu pun tak menjadi hingga ahirnya mati jatuh dari pohon kelapa...
Continue Reading...

07 July 2008

Tunggu apa Lagi?



"Bang,daging nih sekilo bape yerk?"Saya bersuara"ni 11 ni 12 ni13 yg tu ha 15 ringgit"....jawab mamat yang lebih kurang separuh umur itu dengan selamba.Saya hanya mampu menarik nafas panjang.Semua harga sekarang kian meningkat naik melambung.Kalau sebelum ini orang sibuk mengatakan harga minyak tapi hakikatnya semua benda harga dah naik.Semua mahukan perubahan.Dah bosan ngan yg lama katakan.

Berita harian kita lihat bagaimana sekarang hadir dengan versi yang berlainan.Kalu dulu sikit punya besar,sekarang dah kecil comel.Pendek kata setiap manusia setiap sesuatu perlukan suatu perubahan berbentuk anjakan sesuai mengikut keadaan bagi memastikan yg di depan terus maju yg di belakang tak ketinggalan....Kita pula macam mana???
Continue Reading...

25 April 2008

Pelangi Tak Selalunya Indah

Lama dulu….beliau pernah gah terkenal sebagai presiden yang cukup berpengaruh.Kata-katanya hebat.Hampir 32 tahun beliau memerintah negara jiran kita.Namun,takdir tuhan penentu segalanya.Suharto akhirnya pergi meninggalkan kita.

Begitu juga Rosli Khamis ataupun Loloq.Penulis lirik dan pelakon terkenal tanah air.Suatu ketika namanya cukup harum dalam industri muzik tanah air.Namun akhirnya beliau pergi meninggalkan kita jua.

Apakah kehebatan mereka semua semasa di dunia tidak cukup untuk menjadi perisai pertahanan mereka dalam menangkis malaikat sakaratulmaut?Di manakah perginya pengikut dan peminat mereka tatkala mereka bertarung dengan malaikat Izrail?

Apabila datangnya maut,tak siapa yang dapat menghalang.Kita sebagai manusia biasa tak tahu bila,di mana serta bagaiman kita akan mati.Justeru apa yang penting bagi kita adalah mempersiapkan diri dengan segala persiapan amal jariah.

Begitulah seterusnya,hari ini kita mampu menghirup udara segar ciptaan tuhan.Kaki masih masih mampu disusun untuk terus melangkah berpijak sebagai hamba makhluk ciptaan-Nya.Namun,apakah ia selamanya?Sudah tentunya tidak.Kesihatan yang dikurniakan mestilah digunakan sebaiknya sebelum datangnya sakit.Kelapangan yang kita punya juga perlulah kita gunakan sebelum tibanya kesibukan.Masa muda kita,manfaatkanlah seadanya sesungguhnya,agar tidak menyesal kelak.Masa senang masa punya harta wang,beringatlah sebelum tibanya masa susah.

Justeru,sama-samalah kita beringat.Segala macam yang kita peroleh sekarang,tidak semestinya kekal lama.Yang muda akan tua,sihat akan tiba masa sakit,yang senang mungkin akan tiba masa susah dan begitulah seterusya.Kehidupan ini ibarat rama-rama.Hidupnya sekejap cuma.Tapi cukup cantik,menarik dan indah sekali.Namun hati-hati saudara,di sebalik itu ingatlah bahawa ianya tidak kekal lama.Apabila cukup saja masa,semua itu akan hilang,…
Continue Reading...
 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template