29 February 2008

Petikan akhbar berita harian(29feb08).."Program budayakan al-Quran liputi setiap lapisan masyarakat"


Oleh Azida Shaharuddin

AL-QURAN diturunkan bertujuan memandu umat Islam ke jalan yang benar, memberi petunjuk, rahmat, membawa berita gembira, menjadi penawar, peringatan dan cahaya yang menjadi pedoman serta panduan hidup.

Ini termasuk menerusi program Kelas Pengajian al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), penubuhan kelas pengajian al-Quran di masjid, ma'ahad tahfiz dan program yang terbaru di bawah Kementerian Pelajaran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain (J-QAF).

Program itu diperkenal dan dilaksanakan di Johor sejak 1996 sebagai satu usaha kerajaan negeri yang menitikberatkan pengisian rohani supaya masyarakat dapat mengikuti arus pembangunan fizikal dan mental, yang bukan sekadar suatu program pembacaan, tetapi meliputi aspek penghayatan al-Quran.

Pelaksanaannya yang sebelum ini hanya membabitkan seluruh jabatan kerajaan, masjid dan surau, kini sudah diperluaskan ke peringkat sektor swasta, malah turut diadakan di balai raya, asrama, rumah, klinik dan tadika terutama di luar bandar.

Kini program membudayakan al-Quran terus dipertingkatkan melalui program Membaca Tafsir al-Quran bermula 2006 bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat mengenai kandungan al-Quran. Pelaksanaannya kini menjadi amalan rutin apabila ia sekurang-kurangnya diadakan seminggu sekali pada setiap hujung minggu.

Malah, setiap tahun program terbabit turut dimeriahkan lagi dengan majlis tadarus al-Quran yang diadakan secara besar-besaran iaitu khatam al-Quran 30 juzuk diikuti bacaan tafsir dan tazkirah, membabitkan kakitangan kerajaan, Umno dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menariknya, golongan yang terdiri daripada pelajar, remaja dan dewasa ini bukan diajar sebarangan guru, tetapi guru agama yang bertauliah. Sehingga Disember 2007, ada 2,087 guru al-Quran bertauliah merangkumi 1,438 guru wanita dan 649 guru lelaki. Secara keseluruhannya, program membudayakan al-Quran itu kini dijalankan di 2,486 lokasi antaranya di Batu Pahat membabitkan sebanyak 667 lokasi, diikuti Johor Bahru (561), Kluang (294) dan Muar (219).

Seorang pengajar dan pemilik Tadika Didik Al-Insan di Taman Sri Pulai Perdana, Jamiah Abu, 44, yang menjalankan program membudayakan al-Quran berkata, sebelum diiktiraf sebagai guru al-Quran bertauliah, beliau perlu melalui temuramah sebelum menjalani tiga kursus untuk layak mendapat sijil berkenaan.

Jamiah berkata, sebelum ini beliau hanya mengajar di rumah, namun apabila bilangan pelajarnya meningkat, beliau dan suami, Mohd Salleh Basiron, 48, membeli dua rumah berhampiran bagi meneruskan pengajaran al-Quran.

“Kini, tadika kami mempunyai 12 guru dan lebih 300 pelajar yang kebanyakannya penduduk sekitar.

“Pengajaran al-Quran ini dilakukan secara talaqqi iaitu seorang pelajar dan seorang guru yang setiapnya dalam mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit, dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang dan 7.30 petang hingga 9 malam empat hari seminggu,” katanya.

Difahamkan, kira-kira 800 pelajar berjaya khatam al-Quran setiap tahun sekali gus dianggarkan 7,000 pelajar sudah khatam sejak program ini bermula, malah ketika ini kira-kira 63,374 kanak-kanak, remaja dan dewasa sedang mengikuti kelas pengajian al-Quran di negeri Johor.

Setiap kali khatam, pelajar diberi sijil khatam al-Quran oleh Jabatan Agama Islam Johor dan seterusnya diadakan majlis peringkat mukim.

Seorang guru sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Aisah Tahoid, 48, berkata beliau menghantar anak perempuannya, Nur Syafiqah Aisyah Jumaat, 9, mengaji al-Quran di Tadika Didik al-Insan kerana mahu anaknya mahir membaca kitab itu lebih-lebih lagi melalui didikan guru bertauliah.

“Dulu, ketika diajar membaca al-Quran di kampung, tiada penekanan tajwid dan mahraj (sebutan betul).

“Kini, dengan guru bertauliah, pembacaan mereka lebih baik malah menjadi asas cukup untuk melengkapi amalan dan kehidupan mereka pada masa depan,” katanya.

Nur Syafiqah berkata, dalam sehari beliau mengambil masa kira-kira 15 minit menghabiskan hampir dua muka surat kitab berkenaan. “Kini, saya sudah masuk juzuk ke-12 dan berasa seronok kerana guru mengajar sehingga saya faham dan tidak garang,” katanya.

Faridah Nawi, 37, juga seorang guru, berkata beliau menghantar dua anaknya, Nur Amira Farahiyah Mohd Azmi, 11 dan Nur Afifah Farzana, 10, ke tadika berkenaan bagi menghayati kitab suci itu.

“Sebagai ibu bapa, sukar bagi kami untuk mengajar mereka di rumah kerana mereka tidak mahu ikut dan mendengar kata... Oleh itu, apabila dihantar ke sini, mereka lebih berdisiplin dan mudah menerima pengajaran,” katanya yang mengambil masa lima minit dari rumah ke tadika berkenaan dan menunggu sehingga anaknya selesai bacaan.

Nur Amira berkata, beliau ke tadika untuk membaca al-Quran setiap hari dan kini mencecah juzuk ke-22. Beliau yang bercita-cita menjadi doktor apabila dewasa berkata, beliau mahu khatam cepat bagi memperoleh sijil khatam al-Quran.

Pelajar, Mohd Aliff Syahmi Zufikri, 10, yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai, berkata beliau aktif membabitkan diri dalam pertandingan azan dan nasyid. “Selepas khatam nanti, saya berniat memasuki pertandingan tarannum iaitu membaca al-Quran secara berlagu,” katanya yang kini sudah menghafal lima surah termasuk Surah al-Qariah.

Terbaru, program khas pengajian al-Quran juga diadakan pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan 130 guru al-Quran setiap DUN, hanya untuk mengajar di masjid dan surau, dengan matlamat mengimarahkan kedua-dua tempat ini. Malah, guru al-Quran juga perlu menghadiri kelas hanya sekali setiap minggu di daerah masing-masing di 39 lokasi merangkumi masjid, balai raya dan surau bagi memperbaiki bacaan, menjalani sesi soal jawab, muzakarah, tajwid dan talaqqii selaras mempertingkatkan kualiti mereka.

Masjid Jamek Tangkak, Tangkak kini turut dijadikan pusat pengembangan al-Quran antaranya melalui talaqqi dan taranum al-Quran, tajwid serta dan tahfiz al-Quran kepada orang ramai setiap hari.


Continue Reading...

25 February 2008

"aku bukan laila MAJNUN..."

Langit mendung seolah-olah sudah tidak tertahan lagi.Sang mentari menyelinap menyembunyikan diri.Hari makin senja.Pian masih melayan lamunan bersandar di atas ayunan buaian buatannya sendiri di bawah pohon cemara.Kata-kata Mastura sewaktu di kelas tadi sememangnya mencabar kelelakiannya."Tak semena-mena terasa macam nak pijak-jak saja kepala budak si Mastura tu….aarrrgghhi"Pian berbisik sendiri.

Sejak mula-mula melangkah ke alam sekolah menengah dulu lagi sememangnya Pian dah menaruh perasaan pada si Mastura gadis pingitan kampung.Sebut saja namanya,siapa tak kenal.Namun walaupun menyedari betapa ramai saingannya dalam merebut hati gadis melayu terakhir itu tetapi Pian tetap tidak berputus asa mengorat si Mastura.Sudah beratus-ratus keping surat dikirim namun langsung satu pun tak pernah berbalas.

"Kau tu dah lah gemuk,pendek,katek,rendang…..tak ubah cam ayam serama bapak aku….pekat macam kopi pulak tu.Kau tak tengok cermin ka muka ko tuh haaa….Lupa kan sajalah hasrat impian kau tu"….Ekin,mulut becok kawan karib si Mastura pula menambah.Semuanya itu terus berlegar-legar di benak fikiran Pian.

Sememangnya Pian boleh lah dikatakan pendek di kalangan rakan seangkatan dengannya.Kalau beratur kat perhimpunan tu,dia lah yang paling depan dari darjah satu sampailah sekarang Tingkatan lima.Tulis kat papan hitam ,lagi lah…kena pakai kerusi baru ngam…

"Aku tak boleh terus begini…"desus hati kecilnya.Pian telah membulatkan tekad.Dia tidak mahu lagi menjadi bahan tawa semua kawan-kawan di sekolah terutamanya kaum hawa.

"Along..…tak yah lah ko berangan lagi….sudah-sudah lah tu….kita ni orang lelaki kalau tak ‘handsome’ pun tak pe...yang penting ni….hati ni kat dalam,budi bahasa,ilmu dan yang paling penting ni haa…"Mak Munah membebelkan anak bujangnya sambil menunjukkan tanda wang di ibu jarinya lantas tertawa kecil tanda gurauan.
Pian memang dah masak benar dengan telatah ibunya itu.Itulah satu-satunya tempat dia bermanja mendapat kasih sayang setelah kematian ayah dan 3 orang adiknya 5 tahun yang lalu dalam nahas jalan raya.Kini hanya dia saja lah yang menjadi harapan tunggal wanita separuh umur itu

************************************************************

Sudah seminggu pelajar baru Lowa University mendaftar.Pian mula mengubah penampilannya.Kalau dulu,dia seorang yang cukup peramah,pantang jumpa orang pasti akan disakatnya.Lawak yang bukan-bukan tak payah cakap lagilah.Ye lah mana tak nya dengan bentuk tubuh badannya sewaktu di sekolah dulu sape yang tak tertarik tertawa berdekah bila melihatnya.Lagi-lagi kalau dia buat lawak,memang ketawa sampai ke telinga.

Azam telah disemat sedalam-dalamnya.Pian mahu berubah.Napoleon Bonarpate menjadi idolanya.

"Dulu kau pernah dikatakan pendek semasa di kem ketenteraan.Namun berkat keazaman dan kekuatan usaha, akhirya berjaya juga kau menjadi maharaja Perancis dan akhirnya tanpa disangka berjaya menakluk hampir 3 suku dunia….kalau Napoleon boleh aku juga boleh….Pian boleh!!!"Bisikan inilah yang selalu bersarang di ruang kepalanya..

"Woi..bangunlah kau tak gi kuliah ke?"suara garau seakan nak pecah,Rahman rakan sebiliknya mengejutkan Pian dari lamunan keazamannya.Itulah tempat dia melepaskan perasaan suka duka sepanjang di perantauan.Baginya Rahman itulah adik,dia jugalah abang.

Hari-harinya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dianggap dapat mengubah dirinya menjadi insan baru .Setiap malam dari manghrib hinggalah ke isyak masjid-masjid berhampiran menjadi teman setianya.Semua kelas-kelas agama dihadirinya.Baginya tidak lengkap seandainya berjaya sebagai ahli akademik tetapi tiada pegangan agama yang cukup.

Dicapai helmet buruknya lalu diputar habis pemulas motor kapcainya memecah kesunyian hening pagi.Jarak kuliah universiti dari rumahnya tak lah jauh sangat.Kalau bermotosikal ada lah 15 minit gitu.Motor buruk itulah yang menjadi teman setianya yang dibeli dari salah senior yang pulang ke tanah air. Habis digasak setiap hari.Ada juga kawan-kawan yang mencebik kekunoannya.Namun tu semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar lalu punggung.Alah bisa tegal biasa.Semua tu sudah lali bagi Pian anak kampung yang berkelana ke tempat orang mencari ilmu.

*************************************************************

Kereta Mercedes benz E320 meluncur laju di atas jalan raya Parit Yusof Batu Pahat.Berkaca mata gelap berkumis nipis dengan perut yang sedikit berisi,Peter Pan memandu keretanya.Pemilik syarikat perniagaan besar di kampung tersebut.

Kampung Parit Yusof berubah kini.Satu persatu pemodenan dilaksanakan.Penduduk kampung merasakan perubahan yang amat sangat.Kehadiran lelaki asing kaya yang cuma dikenali sebagai Peter Pan benar-benar merubah segalanya.Lelaki itulah pemilik syarikat kejuruteraan perniagaan besar yang datang memajukan kampung itu.Namun,masyarakat setempat masih lagi sangsi tentang apakah sebenarnya tujuan dan motif kedatangan secara tiba-tiba lelaki luar itu.

Jalan yang dulunya tiada apa-apa kini telah berturap dari hulu ke hilir kampung.Kilang-kilang mula dibina.Banyaknya tidak terkira ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Setiap kali diadakan majlis kenduri atau apa-apa saja majlis pasti ada sumbangan.Semuanya itu dikatakan datang dari Peter Pan.

Apa yang menghairankan penduduk kampung,Mak Munah yang dulunya tinggal di rumah buruk yang menanti untuk roboh kini sudah berbanglo tanpa perlu lagi menoreh getah.Siap bertukang kebun ada pemandu peribadi lagi.

Suatu hari Kampung Parit Yusof mengadakan perhimpunan kembara bagi menghimpunkan anak-anak muda belia.Semua anak kampung yang merantau pulang ke desa.Maklumlah pertama kali diadakan majlis pesta sambutan seumpama itu sejak kampung itu dibuka.
Di waktu itu juga diadakan satu majlis penganugerahan kepada tokoh yang telah berjaya membawa perubahan drastik dan ketara kepada kampung itu.Namun ianya tidak lagi menjadi teka-teki kerana sebenarnya semua penduduk telah pun tahu siapakah gerangan bertuah itu.
"Siapa lagi kalau bukan Peter Pan"itulah kata-kata yang sering dilontarkan dan menjadi buah mulut di warung-warung kopi setiapkali berbicara tentang topik ini.

*************************************************************

Majlis yang dinantikan tiba.Kawasan padang bola di hujung kampung telah dibanjiri penduduk sejak awal pagi lagi walaupun majlis sebenarnya bermula pada sebelah malam.
Pesta itu penuh sesak hinggalah ke akhir penutup majlis tersebut. Maklumlah masing-masing ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Peter Pan yang sememangnya telah disebut-sebut sebagai tokoh harapan pada malam itu atas sumbangannya di kampung Parit Yusof.

Soffiyan Bin Mat Rabu!!!…tiba-tiba nama itu disebut.Gerangan yang menerima anugerah tokoh pada malam itu.Semua orang kampung tetamu yang hadir diam sejenak.Tak berkata walau sepatah pun.Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain.Cuba mengingat sesuatu yang telah lama pergi. Pesta yang tadinya gegak gempita laksana Stadium Bukit Jalil tiba-tiba senyap sepi.Tidak siapa yang tahu ke mana hilangnya seorang yang pernah menjadi bahan tawa lawak jenaka orang kampung.Tak kurang juga ada juga yang menjerit "Pian sudah kembali!!!".

Mastura,gadis idaman Pian sewaktu di bangku sekolah 10 tahun dulu juga ada di majlis tersebut.Duduk di sudut sebelah kiri barisan paling hadapan sekali.Dia kini bekerja sebagai guru tadika di kampung sebelah.Mastura terlopong.Macam pernah didengar nama itu,tapi seakan-akan lupa.

Langkah disusun rapi menuju ke atas pentas disaksikan seluruh warga kampung diiringi seorang wanita asing berkulit cerah ala-ala eropah.Sekali pandang tak ubah macam mendiang Puteri Diana.

Lelaki inilah yang menjadi wira kampung.Dia masih tidak berkata.Berdiri kaku di atas rostrum.Tepukan gemuruh tidak henti-henti diselangi siulan sabung-menyabung.
Ekin dan Mastura yang duduk bersebelahan menakup muka dengan jari-jemari yang terbuka,mata dibeliakkan seluas-luasnya seakan-akan tak percaya apa yang dilihat mereka.Pian kini telah berubah.. Pian ataupun Peter Pan???…

Akhirnya lelaki bertopi koboi itu bersuara sambil membuka topinya……"katek kembali….!!!"

Pian atau Peter Pan kini sudah menjadi pemilik syarikat perniagaan besar di kampungnya itu.Peter Pan yang dibangga-banggakan penduduk kampung sebenarnya adalah Pian.Ramai masyarakat kampung tidak sedar akan kehadiran semula Pian atau katek ke kampung kembali.Bagi mereka katek telah lama hilang pergi.

Memang sengaja Pian merahsiakan identiti sebenarnya dengan memakai panggilan Peter Pan.Bila ditanya mengapa buat begitu oleh Mak Munah."Biar diorang tahu siapa saya"Selamba saja jawapannya.

Lagipun kalau dulu dengan kaca mata sebesar penuh mukanya, berjerawat jambu batu penuh,kini sudah berkaca mata petak bujur-bujur sedikit.Tiada lagi lawak bodoh yang muncul setiapkali orang ramai bertemu Pian baru ini.Kalau dulu kulitnya macam bontot kuali punya hitam,sekarang mulai cerah dek kerana nasihat Francissca Peter,mak angkatnya semasa menuntut di unversiti dulu.Jika dulu jalannya tak tentu arah,kini semuanya diatur cukup rapi kemas.macho lah senang cerita.

Mastura yang dari tadi diam tercegat melopong,tiba-tiba menjerit berteriak meraung sekuat hati.Gadis di sebelah mengiringi Pian di atas pentas itulah isteri Pian yang dikahwininya semasa menuntut di Amerika dulu.Dikhabarkan wanita itu adalah anak kepada ahli perniagaan terkenal di sana.Bapa mertua Pianlah yang telah membuka perniagaan di kampung halamannya atas nama Pian.

Pian akhirnya telah membuka mata semua orang kampung.Pian mengakhiri ucapannya dengan ……."aku bukan laila majnun!!!"…Di kala itu Mastura lantas terus bangun meninggalkan majlis menangis sekuat hati membuatkan semua yang di situ tercengang terpinga-pinga seketika melihat adegan ala-ala Hindustan gitu…Majlis diam…kaget….Yang kedengaran hanya deruan enjin kereta serta bunyi cengkerik yang memecah ketenteraman malam.…Lag period beberapa second….

Kemudian disambung dengan laungan…………………....Pian……pian…...piann…...pian!!!!

-TAMMAT-
Continue Reading...

BILA MURID NAIK TOCANG

Suatu pagi seperti biasa Cikgu Suraya masuk ke kelas 5 Cempaka untuk mengajar subjek Matematik.Sekolah Rendah Kampung Pasir seperti biasa riuh rendah dengan karenah murid-muridnya.Apabila mengajar,Cikgu Suraya mengangkat tangan kanannya lalu menunjukkan 5 biji limau di tangannya sambil bertanya kepada anak muridnya.

"Ada berapa biji limau di tangan kanan saya?"Murid-murid pun menjawab..."5 biji limau!!".

Selepas itu Cikgu Suraya mengambil lima lagi limau dan mengangkat dan menunjukkan dengan tangan kirinya pula kepada anak-anak murinya lalu bertanya…

"apa yang saya ada sekarang?".......Murid-murinya pun menjawab…"tangan yang besar"!@#$%
Continue Reading...

19 February 2008

RENDANG TAK BERBUAH

Kala ini negara menuju ke arah mercu kegemilangan dengan segala macam pencakar langit..Namun,masihkah kita ingat pada saudara kita yang masih dalam kebuluran kesengsaraan?Sahabat-sahabat kita yang kini kesejukan kedinginan tanpa perlindungan?Apa lah gunanya kita hidup di atas muka bumi,yang punya sedikit kemampuan ini andai tak mampu menyumbangkan sesuatu walau sebesar zarah.Kalau tak punya tenaga pun untuk ke sana,tak salah andai diguna pakai apa yang kita ada.Mungkin bagi yang punya wang dihulur infak.Paling tidak sedekahkanlah senjata kita sebagai muslim,'doa'.

Suatu ketika saya di suatu sesi tutorial group bersama tutor universiti.Satu group ada lah kurang lebih 10 orang gitu.Sesi yang diperuntukkan sekitar sejam itu sepatutnya dihabiskan dengan perbincangan berkenaan assignment paper work.Namun dek kerana terkesima dengan kewujudan pelajar asing dari Malaysia ni,habis seluruh sesi itu dihabiskan dengan memuji kehebatan dan keagungan Malaysia.Saya yang mendengarnya tak habis kembang hidung terangkat punggung.Sememangnya Malaysia selaku pengerusi OIC menjadi sebutan ramai pemimpin Islam dunia.Sebut saja Dr Mahathir.Siapa tak kenal?Hatta pemandu teksi pun boleh kenal.

Apa yang menyebabkan saya benar-benar terharu,tutor ni benar-benar memuji sumbangan negara kita dalam dunia Islam sekarang.Kejayaan Malaysia sepatutnya menjadi ikutan negara Islam lain.”Mahathir raghil muhtaram”.Berkali-kali beliau mengulang kata-kata itu walaupun hakikatnya kini beliau tidak lagi pemimpin negara.Lihat,betapa masyarakat luar cukup memandang serta menyanjung tinggi negara kita.

Saudara pembaca semua.Adakah cukup untuk kita berbangga dengan sumbangan negara terhadap dunia Islam ini?Apakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita hebat tatkala negara terus menerus menghasilkan keluaran kereta nasional sendiri?Apakah kita boleh tersenyum lebar melihat Dr Shekh Muzaffar menjadi angkasawan pertama negara?

Jenguklah sejenak ke jendela Timur Tengah,Palestin contohnya.Masyarakat padat dalam keadaan yang cukup dhaif.Penduduk terus tersiksa.Di manakah letaknya sensitiviti kita sebagai saudara seagama?Jalan terpaksa dipecahkan untuk acara pengebumian dek kerana tiada bekalan simen yang mencukupi.Wad-wad hospital terpaksa memberikan cadar-cadar mereka bagi dijadikan kain kafan.Situasi ini sudah jelas menunujukkan betapa mereka sebenarnya memerlukan bantuan.Tiada gunanya kita bersenang selesa di kala saudara kita ini merintih tersiksa.

Pergi sejenak ke muka cermin.Tanya…Apakah sumbangan anda pada mereka?Apakah sumbangan kita pada dunia?Usah biarkan kita yang dijadikan serba lengkap ini tak punya erti apa-apa.Dunia Islam memerlukan cendekiawan-cendekiawan para pemikir yang mampu mencetuskan suatu revolusi baru ke arah kegemilangan yang kita harapkan.

Suatu pasukan bola sepak tidak akan menghasilkan suatu corak permainan yang menarik dan seterusnya memenangi sesuatu perlawanan,seandaikan setiap 11 orang tidak memainkan peranan masing-masing.Tiada istilah penumpang lah senang cerita.

Begitulah tamsilannya kita yang hidup di muka bumi ini.Andai sebuah keluarga ada 5 orang adik beradik,kita bukannya mengharapkan kelima-limanya menjadi seperi Mahathir,Suharto...Tidak.Seorang saja pun dah cukup.Namun nak cari yang seorang itu yang payah.

Jadilah kita ibarat pohon rambutan yang berbuah lebat.Dihujani buah-buah yang masak ranum.Apabila orang datang pasti akan memetikanya.Kita diciptakan dengan segala baik kejadian pelbagai keistimewaan.Serlahkanlah.Usah jadi pohon yang hanya rendang tapi tak berbuah.
Continue Reading...

05 February 2008

"JACK ???"



Tarik Nafas perlahan hitung sampai 7.Tahan.Hembus dalam kiraan 7.Kenapa saya kata begini?Bagi yang sedang marah-marah tu sudah-sudah lo.Yang dah penat berjam-jam studi pulak rehat-rehatlah sekejap.Ambil ketenangan.Kerana dengan ketenangan itulah,setiap tindakan dan pilihan yang kita lakukan adalah tepat.

Seorang doktor begitu memerlukan decision making yang sangat mantap.Maka beruntunglah bagi mereka yang lahir pada Bulan 11 kerana ada fakta yang mengatakan mereka ini tergolong dari kalangan yang punya the highest decision making.Ini bukan saya cakap.Tapi menurut kajian beberapa pakar penyelidik.

Anda semua pastinya pernah berjaya.Tidak kira dalam apa bidang yang anda ceburi.Pelajaran,sukan,pertandingan atau apa jua pun.Kejayaan sememangnya sinonim dengan hamburan pujian yang mencurah-curah.Kadang-kadang apa yang kita lakukan pun kita inginkan pujian.Betul tak?Justeru,apa yang kita rasa apabila kita ni dipuji menggunung?Adakah kita ni terus mendabik dada?Atau tunduk dan mengucapkan kalimah syukur?Ataupun takde respon?


Namun,lazimnya,apabila seseorang itu diberi pujian maka pasti selalunya individu tersebut akan berasa bangga.Mana tak nya orang cakap kita bagus mestilah kembang hidung terangkat punggung.Tak gitu?Tak banyak sikit mesti ada.Jangan nak tipu.


Namun apa yang menghiraukan di sini,seandainya rasa bangga ini terbawa-bawa kepada perlakuan dan juga pertuturan kita.Saidina Umar pernah suatu ketika mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain.Lalu bertanya Saidina Umar

Umar:Pernahkah engkau berpergian dengannya?
Lelaki:Tidak
Umar:Sudahkah engkau bergaul dengannya dalam urusan jual beli atau
kerjasama lainnya.
Lelaki:Tidak
Umar:Pernahkah engkau bertetangga dengannya di waktu pagi dan petang?
Lelaki:Tidak
Umar:Demi Allah yang tiada tuhan selain dari-Nya.Saya berpendapat
sesungguhnya engkau belum mengenalinya lagi.

Justeru,kawan-kawan semua usahlah memuji berlebih-lebihan kat orang tu.Bukan tak boleh.Tapi jangan melampau.Memang kebaikan ada tetapi di situ terdapat juga keburukan.Bukan apa kadangkala pujian itu menyebabkan seseorang itu berasa senang padahal mungkin ia orang zalim atau fasik.Dengan pujian juga akan meyebabkan kita yang dipuji akan berasa lemah dan tidak mahu terus berusaha mempertingkatkan kemampuan diri.Kerana itulah Rasulullah bersabda:

"Kamu telah memotong leher temanmu,seandaiya ia mendengarnya nescaya
ia tidak akan bahagia."

Sama-samalah kita memuji teman sekeliling kita tapi usah melebih.Kadang-kadang kita tidak sedar bahaya kalau kita ni dipuji berlebih-lebihan.Pernah tak anda dipuji menggunug pendek kata mengampu la katakan?Lagi-lagi kalau naik teksi.Puas dia "jack" kita,lepas tu minta bayar lebih.Ini baru satu contoh yang mungkin pernah saya alami sendiri mungkin juga kawan-kawan.Ini cuma teksi.Kita tak cerita lagi berkenaan perkara-perkara yang lebih besar.
Ambillah iktibar dari hasil tulisan ini.Sememangnya kawan-kawan semua pernah mendengar kisah-kisah sebegini,namun ambillah ia sebagai perkongsian bersama….
Continue Reading...
 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template