25 February 2008

"aku bukan laila MAJNUN..."

Langit mendung seolah-olah sudah tidak tertahan lagi.Sang mentari menyelinap menyembunyikan diri.Hari makin senja.Pian masih melayan lamunan bersandar di atas ayunan buaian buatannya sendiri di bawah pohon cemara.Kata-kata Mastura sewaktu di kelas tadi sememangnya mencabar kelelakiannya."Tak semena-mena terasa macam nak pijak-jak saja kepala budak si Mastura tu….aarrrgghhi"Pian berbisik sendiri.

Sejak mula-mula melangkah ke alam sekolah menengah dulu lagi sememangnya Pian dah menaruh perasaan pada si Mastura gadis pingitan kampung.Sebut saja namanya,siapa tak kenal.Namun walaupun menyedari betapa ramai saingannya dalam merebut hati gadis melayu terakhir itu tetapi Pian tetap tidak berputus asa mengorat si Mastura.Sudah beratus-ratus keping surat dikirim namun langsung satu pun tak pernah berbalas.

"Kau tu dah lah gemuk,pendek,katek,rendang…..tak ubah cam ayam serama bapak aku….pekat macam kopi pulak tu.Kau tak tengok cermin ka muka ko tuh haaa….Lupa kan sajalah hasrat impian kau tu"….Ekin,mulut becok kawan karib si Mastura pula menambah.Semuanya itu terus berlegar-legar di benak fikiran Pian.

Sememangnya Pian boleh lah dikatakan pendek di kalangan rakan seangkatan dengannya.Kalau beratur kat perhimpunan tu,dia lah yang paling depan dari darjah satu sampailah sekarang Tingkatan lima.Tulis kat papan hitam ,lagi lah…kena pakai kerusi baru ngam…

"Aku tak boleh terus begini…"desus hati kecilnya.Pian telah membulatkan tekad.Dia tidak mahu lagi menjadi bahan tawa semua kawan-kawan di sekolah terutamanya kaum hawa.

"Along..…tak yah lah ko berangan lagi….sudah-sudah lah tu….kita ni orang lelaki kalau tak ‘handsome’ pun tak pe...yang penting ni….hati ni kat dalam,budi bahasa,ilmu dan yang paling penting ni haa…"Mak Munah membebelkan anak bujangnya sambil menunjukkan tanda wang di ibu jarinya lantas tertawa kecil tanda gurauan.
Pian memang dah masak benar dengan telatah ibunya itu.Itulah satu-satunya tempat dia bermanja mendapat kasih sayang setelah kematian ayah dan 3 orang adiknya 5 tahun yang lalu dalam nahas jalan raya.Kini hanya dia saja lah yang menjadi harapan tunggal wanita separuh umur itu

************************************************************

Sudah seminggu pelajar baru Lowa University mendaftar.Pian mula mengubah penampilannya.Kalau dulu,dia seorang yang cukup peramah,pantang jumpa orang pasti akan disakatnya.Lawak yang bukan-bukan tak payah cakap lagilah.Ye lah mana tak nya dengan bentuk tubuh badannya sewaktu di sekolah dulu sape yang tak tertarik tertawa berdekah bila melihatnya.Lagi-lagi kalau dia buat lawak,memang ketawa sampai ke telinga.

Azam telah disemat sedalam-dalamnya.Pian mahu berubah.Napoleon Bonarpate menjadi idolanya.

"Dulu kau pernah dikatakan pendek semasa di kem ketenteraan.Namun berkat keazaman dan kekuatan usaha, akhirya berjaya juga kau menjadi maharaja Perancis dan akhirnya tanpa disangka berjaya menakluk hampir 3 suku dunia….kalau Napoleon boleh aku juga boleh….Pian boleh!!!"Bisikan inilah yang selalu bersarang di ruang kepalanya..

"Woi..bangunlah kau tak gi kuliah ke?"suara garau seakan nak pecah,Rahman rakan sebiliknya mengejutkan Pian dari lamunan keazamannya.Itulah tempat dia melepaskan perasaan suka duka sepanjang di perantauan.Baginya Rahman itulah adik,dia jugalah abang.

Hari-harinya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang dianggap dapat mengubah dirinya menjadi insan baru .Setiap malam dari manghrib hinggalah ke isyak masjid-masjid berhampiran menjadi teman setianya.Semua kelas-kelas agama dihadirinya.Baginya tidak lengkap seandainya berjaya sebagai ahli akademik tetapi tiada pegangan agama yang cukup.

Dicapai helmet buruknya lalu diputar habis pemulas motor kapcainya memecah kesunyian hening pagi.Jarak kuliah universiti dari rumahnya tak lah jauh sangat.Kalau bermotosikal ada lah 15 minit gitu.Motor buruk itulah yang menjadi teman setianya yang dibeli dari salah senior yang pulang ke tanah air. Habis digasak setiap hari.Ada juga kawan-kawan yang mencebik kekunoannya.Namun tu semuanya ibarat masuk telinga kanan keluar lalu punggung.Alah bisa tegal biasa.Semua tu sudah lali bagi Pian anak kampung yang berkelana ke tempat orang mencari ilmu.

*************************************************************

Kereta Mercedes benz E320 meluncur laju di atas jalan raya Parit Yusof Batu Pahat.Berkaca mata gelap berkumis nipis dengan perut yang sedikit berisi,Peter Pan memandu keretanya.Pemilik syarikat perniagaan besar di kampung tersebut.

Kampung Parit Yusof berubah kini.Satu persatu pemodenan dilaksanakan.Penduduk kampung merasakan perubahan yang amat sangat.Kehadiran lelaki asing kaya yang cuma dikenali sebagai Peter Pan benar-benar merubah segalanya.Lelaki itulah pemilik syarikat kejuruteraan perniagaan besar yang datang memajukan kampung itu.Namun,masyarakat setempat masih lagi sangsi tentang apakah sebenarnya tujuan dan motif kedatangan secara tiba-tiba lelaki luar itu.

Jalan yang dulunya tiada apa-apa kini telah berturap dari hulu ke hilir kampung.Kilang-kilang mula dibina.Banyaknya tidak terkira ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Setiap kali diadakan majlis kenduri atau apa-apa saja majlis pasti ada sumbangan.Semuanya itu dikatakan datang dari Peter Pan.

Apa yang menghairankan penduduk kampung,Mak Munah yang dulunya tinggal di rumah buruk yang menanti untuk roboh kini sudah berbanglo tanpa perlu lagi menoreh getah.Siap bertukang kebun ada pemandu peribadi lagi.

Suatu hari Kampung Parit Yusof mengadakan perhimpunan kembara bagi menghimpunkan anak-anak muda belia.Semua anak kampung yang merantau pulang ke desa.Maklumlah pertama kali diadakan majlis pesta sambutan seumpama itu sejak kampung itu dibuka.
Di waktu itu juga diadakan satu majlis penganugerahan kepada tokoh yang telah berjaya membawa perubahan drastik dan ketara kepada kampung itu.Namun ianya tidak lagi menjadi teka-teki kerana sebenarnya semua penduduk telah pun tahu siapakah gerangan bertuah itu.
"Siapa lagi kalau bukan Peter Pan"itulah kata-kata yang sering dilontarkan dan menjadi buah mulut di warung-warung kopi setiapkali berbicara tentang topik ini.

*************************************************************

Majlis yang dinantikan tiba.Kawasan padang bola di hujung kampung telah dibanjiri penduduk sejak awal pagi lagi walaupun majlis sebenarnya bermula pada sebelah malam.
Pesta itu penuh sesak hinggalah ke akhir penutup majlis tersebut. Maklumlah masing-masing ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Peter Pan yang sememangnya telah disebut-sebut sebagai tokoh harapan pada malam itu atas sumbangannya di kampung Parit Yusof.

Soffiyan Bin Mat Rabu!!!…tiba-tiba nama itu disebut.Gerangan yang menerima anugerah tokoh pada malam itu.Semua orang kampung tetamu yang hadir diam sejenak.Tak berkata walau sepatah pun.Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain.Cuba mengingat sesuatu yang telah lama pergi. Pesta yang tadinya gegak gempita laksana Stadium Bukit Jalil tiba-tiba senyap sepi.Tidak siapa yang tahu ke mana hilangnya seorang yang pernah menjadi bahan tawa lawak jenaka orang kampung.Tak kurang juga ada juga yang menjerit "Pian sudah kembali!!!".

Mastura,gadis idaman Pian sewaktu di bangku sekolah 10 tahun dulu juga ada di majlis tersebut.Duduk di sudut sebelah kiri barisan paling hadapan sekali.Dia kini bekerja sebagai guru tadika di kampung sebelah.Mastura terlopong.Macam pernah didengar nama itu,tapi seakan-akan lupa.

Langkah disusun rapi menuju ke atas pentas disaksikan seluruh warga kampung diiringi seorang wanita asing berkulit cerah ala-ala eropah.Sekali pandang tak ubah macam mendiang Puteri Diana.

Lelaki inilah yang menjadi wira kampung.Dia masih tidak berkata.Berdiri kaku di atas rostrum.Tepukan gemuruh tidak henti-henti diselangi siulan sabung-menyabung.
Ekin dan Mastura yang duduk bersebelahan menakup muka dengan jari-jemari yang terbuka,mata dibeliakkan seluas-luasnya seakan-akan tak percaya apa yang dilihat mereka.Pian kini telah berubah.. Pian ataupun Peter Pan???…

Akhirnya lelaki bertopi koboi itu bersuara sambil membuka topinya……"katek kembali….!!!"

Pian atau Peter Pan kini sudah menjadi pemilik syarikat perniagaan besar di kampungnya itu.Peter Pan yang dibangga-banggakan penduduk kampung sebenarnya adalah Pian.Ramai masyarakat kampung tidak sedar akan kehadiran semula Pian atau katek ke kampung kembali.Bagi mereka katek telah lama hilang pergi.

Memang sengaja Pian merahsiakan identiti sebenarnya dengan memakai panggilan Peter Pan.Bila ditanya mengapa buat begitu oleh Mak Munah."Biar diorang tahu siapa saya"Selamba saja jawapannya.

Lagipun kalau dulu dengan kaca mata sebesar penuh mukanya, berjerawat jambu batu penuh,kini sudah berkaca mata petak bujur-bujur sedikit.Tiada lagi lawak bodoh yang muncul setiapkali orang ramai bertemu Pian baru ini.Kalau dulu kulitnya macam bontot kuali punya hitam,sekarang mulai cerah dek kerana nasihat Francissca Peter,mak angkatnya semasa menuntut di unversiti dulu.Jika dulu jalannya tak tentu arah,kini semuanya diatur cukup rapi kemas.macho lah senang cerita.

Mastura yang dari tadi diam tercegat melopong,tiba-tiba menjerit berteriak meraung sekuat hati.Gadis di sebelah mengiringi Pian di atas pentas itulah isteri Pian yang dikahwininya semasa menuntut di Amerika dulu.Dikhabarkan wanita itu adalah anak kepada ahli perniagaan terkenal di sana.Bapa mertua Pianlah yang telah membuka perniagaan di kampung halamannya atas nama Pian.

Pian akhirnya telah membuka mata semua orang kampung.Pian mengakhiri ucapannya dengan ……."aku bukan laila majnun!!!"…Di kala itu Mastura lantas terus bangun meninggalkan majlis menangis sekuat hati membuatkan semua yang di situ tercengang terpinga-pinga seketika melihat adegan ala-ala Hindustan gitu…Majlis diam…kaget….Yang kedengaran hanya deruan enjin kereta serta bunyi cengkerik yang memecah ketenteraman malam.…Lag period beberapa second….

Kemudian disambung dengan laungan…………………....Pian……pian…...piann…...pian!!!!

-TAMMAT-

0 comments:

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template