01 February 2008

sudah-sudah la tu

Sejarah telah membuktikan bahawa Sukarno mampu bercakap satu hari tanpa henti kalau beliau mahu.Kata-kata dan ideanya cukup tuntas dan bernas.Mampukah anda menjadi sedemikian rupa?

Suatu hari di majlis bersama artis terkenal tanah air.Tak perlulah saya sebut namanya.Selalunya mendengar beliau menyanyi di atas pentas,corong radio takpun menonton di televisyen.Namun hari itu saya berpeluang mendengar dan melihatnya berforum pula.Dah la tu,live lah pulak.Siap bersalam bergambar lagi.Terkesima dibuatnya saya.Kata-katanya sememangnya elok tersusun.Penuh inspirasi.Kalah Syukri Abdullah gitu.

Namun apakah itu sudah cukup untuk kita melabelkan orang sebegini hebat?Adakah kalau kita mampu bercakap yang hebat-hebat kita ni dikategorikan bagus?Itu Sukarno,itu artis terkenal tanah air.Amr Abdul Aziz r.a berkata:Sesungguhnya yang mencegahku dari banyak berbicara adalah rasa takut membanggakan diri."Sebahagian ahli hikmah pula berkata:"Apabila seseorang di dalam suatu majlis dikagumi kerana kehebatan bicaranya,hendaknya diam.Kalau ia diam lalu ia dikagumi kerana pendiamnya,maka hendaklah ia berbicara".

Suatu ketika di waktu senggang,saya sempat menonton suatu siaran rancangan drama televisyen melayu.Cerita ini mengisahkan si anak gadis kota yang tergila-gilakan seorang mamat kampung.Biarlah saya gelarkan si gadis ni Minah.Suatu ketika,terserempaklah mereka berdua.Minah pun apa lagi,digunakanlah kesempatan untuk tackle mamat yang macho ni.Puas macam-macam Minah cakap,tak henti-henti cari modal untuk terus berbicara dengan lelaki ni.Maklumlah bukan senang nak dapat peluang macam tu.Pujian tak payah cerita lagilah…Habis sekali nak tahu apa yang lelaki ni cakap kat Minah?Hanya tiga patah perkataan."mulut awak busuk"…

Aduhai kawan-kawan semua,kadang-kadang kita tak perasan akan buruknya orang banyak cakap dan yang tak pernah bagi peluang orang lain pula bercakap agar ia pula menjadi pendengar.Jadilah pendengar yang setia.Bukan apa,kekadang kita tak perasan yang orang sedang dok hangat mencebik kita.

Bagi mereka yang banyak cakap tu..mintak maaf ye.Bukan niat saya untuk mengutuk tapi ini pendapat dan pandangan peribadi saya yang fakir dan dhaif ni.Tak wajib betul harus salah.Memang kita diciptakan dengan pelbagai variasi.Banyak perbezaan.Ada yang banyak mulut suka bercakap.Tak kurang juga ada yang senyap membisu.Tapi yang paling best yang sedang-sedang elok.Bercakap dan diam apabila perlu.Adakah kita tergolong dalam kumpulan ini?Sama-samalah kita koreksi diri kita sendiri.

Haaha haa…Jangan salah faham.Nanti kang ada lepas ni kata saya suruh senyap memanjang.Bukan tu maksud saya.Tapi perlunya di situ apa yang dikatakan mutawassit dalam berbicara.Kan ada hadith yang menyebut:
"orang yang sempurna imannya ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari gannguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya itu ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah".

Justeru,apa tunggu lagi kawan.Jom hijrahlah kita.Dah nak masuk tahun baru ni.Buang-buanglah tabiat buruk kita.Kurangkanlah bekata-kata perkara yang kurang berfaedah.Saya ni pun apa kurangnya.Kalau bukan sekarang bila lagi…

1 comments:

silent reader~ on April 17, 2009 at 5:56 AM said...

salam...

macam mana pula kalau bercakap ikut mood?

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template