05 February 2008

APA ADA DI DALAM ?


Salam muhibbah.Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya.Sihat fizikal,jasmani dan juga rohani.Kali ini saya ingin membicarakan tentang pentingnya ikhlas dalam setiap tindakan yang kita lakukan setiap hari…ni lagi?takde tajuk lain ke?Salah ke kalau saya sekadar memberi peringatan.Bagi yang punya masa teruskan membaca namun bagi yang sibuk sangat jaga anak tu terpulanglah..Pernahkah kita terfikir bahawa segala yang kita lakukan salama ini diniatkan kerana Allah.?Ataupun apakah yang kita lakukan selama ini hanya kerana manusia ataupun harta benda.

Kawan-kawan semua tentunya telah pun jelak mendengar isu atau topik ini tetapi percayakah anda semua kalau saya katakan dengan niat yang ikhlas kita mampu mengawal emosi,perasaan dan juga setiap tindakan kita.Kenapa?

Pernahkah anda melihat masyarakat arab Mesir meraung meratapi pemergian saudara yang dikasihi tatkala melintasi rumah-rumah mayat?Masih ingatkah anda pada adik-adik kita yang menangis berminggu-minggu tatkala gagal dalam suatu-suatu peperiksaan besar?Pernahkah anda melihat kawan-kawan kita maki hamun marah-marah apabila sesuatu yang dikehendakkan tidak tercapai?Wahai saudara semua,tak usahlah begitu.Kembalilah semula kepada niat asal kita diciptakan di atas muka bumi ini.Andai semua yang kita lakukan ikhlas semata-mata kerana-Nya,kita akan lebih tenang dan percaya setiap apa yang berlaku adalah dugaan takpun sebagai ujian dari Allah tentang sejauh mana kita menggunakan nikmat ikhlas dan sabar yang dikurniakan kepada kita.

Kini ramai di kalangan kita yang sebenarya terlepas pandang akan pentingnya niat kita iaitu ikhlas dalam melakukan setiap tindakan.Pernah suatu ketika nabi menceritakan yang mana diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim.Suatu ketika dahulu terdapat tiga orang sahabat yang tersesat jalan.Lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua.Tatkala mereka berlindung di dalam gua tersebut maka tertutuplah gua itu dengan batu yang sangat besar.Maka terperangkaplah 3 orang kawan kita ni tadi.Lalu mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas semoga segala amalan ikhlas yang mereka lakukan selama ini dapat membantu mereka terselamat daripada musibah tersebut.

Salah seorang daripada sahabat berdoa dengan menyebutkan amal baktiya yang ikhlas kepada kedua orang tuanya.Beliau tidak membenarkan anak isterinya menjamah makanan selagi mana ianya tidak dimakan oleh ibu bapanya.Pernah suatu hari beliau membawa makanan sebaik pulang dari kerja tetapi di kala itu orang tuanya telah pun tidur.Beliau tidak menjamah makanan itu sehinggalah keesokan harinya.Tuhan menerima amalan ikhlasnya maka terbukalah sedikit pintu gua tersebut.

Seorang lagi sahabat berdoa sambil menyebut yang beliau pernah hampir melakukan zina dengan sepupu yang dikasihinya.Tetapi beliau tidak melakukan perkara tersebut apabila sepupuya itu menyebutkan berkenaan tuhan .Perbuatannya meninggalkan kemungkaran itu diterima tuhan maka terbukalah sedikit lagi batu di pintu gua tersebut.

Manakala sahabat ketiga berdoa sambil menyebut bahawa beliau pernah tidak mengambil gaji daripada pekerjanya yang terlupa untuk mengambil gaji tersebut.Lalu beliau melaburkan gaji pekerja tersebut.Tatkala pekerja tersebut menuntut gajinya, beliau pun memberikan gaji pekerja itu beserta keuntungan hasil dari pelaburan tadi.Maka ianya dterima tuhan sebagai amalan yang ikhlas lalu terbukalah sepenuhnya pintu gua tersebut.

Kita dapat lihat di sini betapa pentingnya ikhlas dalam amalan seharian kita.Justeru,usahlah sesekali kita memandang enteng dan remeh perkara ini.

Dalam Ihya Ulumuddin dilaporkan bahawa Ali berkata,"Mereka yang suka menunjuk-nunjuk(riyak)mempunyai tiga tanda:Apabila bersendirian malas beriadah,sebaliknya apabila bersama-sama dengan orang ramai dia menjadi rajin.Apabila dicaci,amal ibadahnya dikurangkan.Sebaliknya apabila dipuji dia menambahkan amalannya".

Sekadar ingatan bersama ikhlaskanlah niat kita menuntut ilmu di bumi mesir ini.Di kala imtihan yang bakal menjelang,kadang-kadang niat asal kita ke sini mungkin lari dan hilang.Dah jumpa booster momentum kata kan..Kejarlah kejayaan pangkat kecemerlangan setinggi mana pun.Tapi khalli balak usah ada sekelumit rasa riak di hati untuk bermegah apabila berjaya kelak.Ilmu yang berkat letaknya di dalam.Tak siapa yang tahu.


Semoga coretan ini dapat mengubah hati ini supaya lebih ikhlas dalam melaksanakan taklifan di atas muka bumi ini….

0 comments:

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template