19 February 2008

RENDANG TAK BERBUAH

Kala ini negara menuju ke arah mercu kegemilangan dengan segala macam pencakar langit..Namun,masihkah kita ingat pada saudara kita yang masih dalam kebuluran kesengsaraan?Sahabat-sahabat kita yang kini kesejukan kedinginan tanpa perlindungan?Apa lah gunanya kita hidup di atas muka bumi,yang punya sedikit kemampuan ini andai tak mampu menyumbangkan sesuatu walau sebesar zarah.Kalau tak punya tenaga pun untuk ke sana,tak salah andai diguna pakai apa yang kita ada.Mungkin bagi yang punya wang dihulur infak.Paling tidak sedekahkanlah senjata kita sebagai muslim,'doa'.

Suatu ketika saya di suatu sesi tutorial group bersama tutor universiti.Satu group ada lah kurang lebih 10 orang gitu.Sesi yang diperuntukkan sekitar sejam itu sepatutnya dihabiskan dengan perbincangan berkenaan assignment paper work.Namun dek kerana terkesima dengan kewujudan pelajar asing dari Malaysia ni,habis seluruh sesi itu dihabiskan dengan memuji kehebatan dan keagungan Malaysia.Saya yang mendengarnya tak habis kembang hidung terangkat punggung.Sememangnya Malaysia selaku pengerusi OIC menjadi sebutan ramai pemimpin Islam dunia.Sebut saja Dr Mahathir.Siapa tak kenal?Hatta pemandu teksi pun boleh kenal.

Apa yang menyebabkan saya benar-benar terharu,tutor ni benar-benar memuji sumbangan negara kita dalam dunia Islam sekarang.Kejayaan Malaysia sepatutnya menjadi ikutan negara Islam lain.”Mahathir raghil muhtaram”.Berkali-kali beliau mengulang kata-kata itu walaupun hakikatnya kini beliau tidak lagi pemimpin negara.Lihat,betapa masyarakat luar cukup memandang serta menyanjung tinggi negara kita.

Saudara pembaca semua.Adakah cukup untuk kita berbangga dengan sumbangan negara terhadap dunia Islam ini?Apakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita hebat tatkala negara terus menerus menghasilkan keluaran kereta nasional sendiri?Apakah kita boleh tersenyum lebar melihat Dr Shekh Muzaffar menjadi angkasawan pertama negara?

Jenguklah sejenak ke jendela Timur Tengah,Palestin contohnya.Masyarakat padat dalam keadaan yang cukup dhaif.Penduduk terus tersiksa.Di manakah letaknya sensitiviti kita sebagai saudara seagama?Jalan terpaksa dipecahkan untuk acara pengebumian dek kerana tiada bekalan simen yang mencukupi.Wad-wad hospital terpaksa memberikan cadar-cadar mereka bagi dijadikan kain kafan.Situasi ini sudah jelas menunujukkan betapa mereka sebenarnya memerlukan bantuan.Tiada gunanya kita bersenang selesa di kala saudara kita ini merintih tersiksa.

Pergi sejenak ke muka cermin.Tanya…Apakah sumbangan anda pada mereka?Apakah sumbangan kita pada dunia?Usah biarkan kita yang dijadikan serba lengkap ini tak punya erti apa-apa.Dunia Islam memerlukan cendekiawan-cendekiawan para pemikir yang mampu mencetuskan suatu revolusi baru ke arah kegemilangan yang kita harapkan.

Suatu pasukan bola sepak tidak akan menghasilkan suatu corak permainan yang menarik dan seterusnya memenangi sesuatu perlawanan,seandaikan setiap 11 orang tidak memainkan peranan masing-masing.Tiada istilah penumpang lah senang cerita.

Begitulah tamsilannya kita yang hidup di muka bumi ini.Andai sebuah keluarga ada 5 orang adik beradik,kita bukannya mengharapkan kelima-limanya menjadi seperi Mahathir,Suharto...Tidak.Seorang saja pun dah cukup.Namun nak cari yang seorang itu yang payah.

Jadilah kita ibarat pohon rambutan yang berbuah lebat.Dihujani buah-buah yang masak ranum.Apabila orang datang pasti akan memetikanya.Kita diciptakan dengan segala baik kejadian pelbagai keistimewaan.Serlahkanlah.Usah jadi pohon yang hanya rendang tapi tak berbuah.

0 comments:

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template