14 May 2009

"SeJUJUR manakah kita..."


“Naik motor ramai-ramai tak ada cukai jangan buat pasal”. Suatu ketika dahulu kalau anda masih ingat, lagu ini pernah top di setiap corong radio. Namun, saya sendiri tidak faham apa mesej sebenar yang cuba disampaikan.


Sebentar tadi saya sempat berborak ringkas dengan pemuda arab mesir berkenaan murur di negara afrika ini. Katanya mesir ini tidak seperti Malaysia. “Masr ma fisy nizom”. Ah, kata yang sering sahaja kita dengar. Tapi ini kata daripada rakyat pribumi ini sendiri yang sudah bertahun menunggang motosikal namun tanpa ada sebarang lesen memandu. Andai ditahan pihak berkuasa bukannya susah katanya. Hulurkan saja Le20 pasti saja senyap. Tidak kira yang menerima itu muslim ataupun tidak.


Perlukah kita menganggap itu sebagai hadiah atau sebaliknya? Persoalannya. Mengapakah di negara yang dikatakan Ummu Dunia ini, masih lagi terdapat budaya serong ini. Sejarah itu penting kerana dengan sejarah mampu menjadi cermin pada kita. Tetapi, apa yang hendak dibanggakan hanya pada sejarah kalau realitinya ketika ini tidak sehebat mana.



Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya (Al-Israk:36)


6 comments:

[MH] on May 14, 2009 at 8:10 PM said...

Salam

hurmm.entah lah. Mungkin orang sini hidup terlampau susah smpaikan yang tidak elok dibiarkan berleluasa

SUsah nak komen bila topik begini timbul. Yang mampu setakat ni mungkin membendung diri sendiri agar tidak terjebak sama.

P.s:Lama bebenor tidak komen di sini. Smlm lepas study,ada belek buku bicara kesihatan perubatan :)

Ezainy on May 15, 2009 at 2:37 AM said...

to Fathiyyah,

Saya juga berharap agar tidak terjebak sama. Cuma, apabila ianya sudah menjadi budaya, itu yang payah. Barangkali itu hanya segelintir daripada mereka. Yang pasti tidak semua begitu.

p/s: Jagalah kesihatan pada musim-musim peperiksaan ini. Bukan apa, kadang-kadang ramai yang asyik study sehinggakan kesihatan tidak diambil kira.(^_^)

Effy Saiful on May 15, 2009 at 10:35 AM said...

haha..btul la ezainy..hrtu aku n nipah dah kena 'saman' dah..sebab masuk ke jalan Taki tu dari kedai halal bangkok.. nasib baik kena LE5 je..

ada org kata, ini 'hadiah'.. atau salah satu cara utk menunjukkan 'mahabbah' sesama rakyat mesir..

tp aku rasa alasan tu bole pakai utk baksheesh je.. sbb ini bkn sedekah, ini paksa!~ huhu

Iliana on May 15, 2009 at 8:45 PM said...

eh, ringkas sekali entri kali ini. selalunya berjela sampai tersandar saya mahu membaca hehe ;p

sebenarnya, dua-dua pun tak jujur. siapa suruh memberi dan siapa suruh menerima kan.

kalau di sini, siap pakai tag 'Saya Anti Rasuah' lagi. tapi, awal-awal dah bagitahu, nilai yang diperlukan untuk lepas.

macam mana tu?

Ezainy on May 16, 2009 at 4:10 AM said...

owh ye ke effy, tak tahulah pulak aku selama ni yang kat situ pun boleh kena 'saman'. Kenalah hati-hati cket pasni..hehe. Jalan kaki susah, naik motor pun sama. huh..(^_^)

p/s: Nampaknya lepas ni kenalah banyak-banyak bagi baksheeh ya. Tanda mahabbah katakan.:)

Ezainy on May 16, 2009 at 4:22 AM said...

Iliana,

Kadang-kadang bukannya kita tidak mahu berlaku jujur. Tetapi sudah dipaksa nak buat macam mana.

Tag 'Saya Anti Rasuah' itu hanya sekadar tulisan dalam bentuk fizikal sahaja. Tapi dalam pengamalan belum tentu. Manusia boleh lupa segala hanya kerana harta dan wang. Selagi mana kita punya pegangan yang kuat, insya ALLAH semua itu tidak akan berlaku.

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template