13 July 2010

Kita Tak Miskin



Seorang anak kecil sedang berehat di buaian berteduhkan pohon rendang bersama ibunya…

Anak: Ibu, kita ini miskin kan? Sebab kita tiada apa-apa untuk diberikan pada orang lain.

Ibu: Tidak anakku. Siapa kita kita miskin. Lupakah kamu semalam kita punya wang 50sen dan kita berikan wang itu pada nenek tua sewaktu aku menjemputmu pulang dari sekolah.

Anak: Tapi bu kita cuma memberikan sejumlah wang yang sedikit dan dengan memberikan wang itu kita sudah tidak punya wang untuk makan malam kita. Kita miskin ibu.

Ibu: Duhai anakku. Lupakah engkau minggu lepas kita ada menumpangkan dua orang anak muda berteduh bermalam di pondok kita kerana mereka kesesatan. Lupakah engkau? Itu juga suatu pemberian anakku. Kita telah memudahkan urusannya.

Anak: Ya ibu. Tapi bukankah dengan menumpangkan mereka bermalam di pondok kita, pondok kita menjadi sempit. Malah aku sendiri tidak dapat tidur dengan selesa.

Si ibu tidak mengalah lagi…

Ibu: Wahai anakku. Setiap malam jumaat kita baca kan yassin dan kita sedekahkan buat ayahmu dan muslimin yang lain kan. Itu tanda kita masih punya sesuatu untuk diberikan.

Anak: Ibu. Aku belum tahu membaca. Aku belum lagi mengenal huruf. Sungguh apa yag kau katakan semua hanyalah pemberian-pemberian dari mu. Tapi tidak bagi aku. Aku miskin bu. Aku tidak punya apa-apa untuk diberi pada orang lain.

Sedang si anak kecil ini berfikir.. Lantas dia kembali bersuara…

Anak: Oh ya ibu. Aku pandai bercerita. Aku suka bercerita. Jadi aku boleh bercerita pada kawan-kawan ku tentang segala cerita yang aku ada, suka duka yang aku alami. Aku puas bila aku dapat sampaikan cerita-ceritaku pada teman-temanku. Aku suka melihat mereka gelak ketawa dengan cerita-ceritaku. Ibu, aku tidak miskin bu. Aku juga punya sesuatu untuk aku sampaikan pada orang lain.

Si ibu tersenyum lebar mendengar kata-kata anaknya.


P/s: Setiap daripada kita punya kelebihan. Cari dan serlahkanlah kelebihan itu. Berilah sesuatu pada mereka yang memerlukan. Walaupun mungkin ianya nampak remeh, tapi siapa tahu dengan pemberian kecil itu dapat menggembirakan mereka…

2 comments:

Anonymous said...

Salam..
amat menginsafkan dengan cerita ini..kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada pada kita dan bukan menghitung apa yang kita tidak miliki.

Ezainy on July 15, 2010 at 4:16 AM said...

wslm.

Kita manusia jarang menilai apa yang ada pada diri sendiri kerana kita sering sahaja melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Semoga kita diberi kesedaran dalam menilai dan mensyukuri setiap kelebihan yang tuhan beri pada setiap hamba-NYA. =)

 

Ketenangan hati

Bicara Penulis

Bicara Penulis

Hasil tulisan

Hasil tulisan

Berlewaran di Bumi Sahara Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template